...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Monday, December 10, 2007

ZzZzzZ.. Sebelum Kita Tidur...... kroih.. kroihh...

Assalamualaikum saudara2ku sekalian..

Em, malam tadi nurul terjumpa buku Warta, Jabatan Agama Johor.. bil. 444.. ada artikel best taw!

hmmm... sebelum ni, kawan2 mesti dah tahu kan, sebelum tidur, kita kena baca surah al- ikhlas, selawat, istighfar, tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.. tapi ni nurul nak beritahu apa fadhilat yg kita dapat kalau buat amalan ni... menarik tauu...... =p

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra:
Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

..:: Sebelum khatam Al- Quran
..:: Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat dihari akhir
..:: Sebelum para muslim meredhai kamu
..:: Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur, bacalah:

..:: Al- Ikhlas tiga kali seakan- akan kau mengkhatamkan Al- Quran
..:: Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat
..:: Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu
..:: Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan- akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

hmmm... begitulah kawan2... =)
semoga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya ya.... =)

Selamat malam..... gud nyte.. =p

jzkk..

Thursday, December 6, 2007

Saya Mahu Suami Yang....... =p

Sape nak kahwin?? Angkat tangan!!!! Hehe.. nurul pun angkat tangan jugak lah.. =D

Di sini, nurul nak kongsi 1 artikel yang nurul baru baca dalam majalah Dara.com bulan ni…. Tapi, nak pilih calon suami ni bukannya senang sayang oi…. Lagi2 dalam dunia global sekarang ni.. segalanya tanpa sempadan kan? Tanpa iman terhadap Allah SWT, sudah pasti sikit2 pun kita akan terpengaruh juga… Nurul perhatikan kebanyakan remaja sekarang, asal suka je, asal hensem, ayat manis sikit, terus percaya bulat2.. terus serahkan sepenuh jiwa dan raga.. bagi sentuh sana sini dan sebagai- bagai- bagainye.. dah kenal bertahun2 pun, bila dah kahwin, lain pula jadinya.. . baru la nak mengadu menangis sane sini.. em… macam mana ni ye??

So, di sini, nurul kongsikan sedikit tips macam mana nak pilih calon suami anda!
Nurul pun nak praktikkan lah ni… hehe.. =p

Andai cinta hendak diberi

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti.. Itulah sedikit rangkap lagu Raihan. Lantaran Kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang……..

Jeng, jeng, jengggg!!!!

Kuat agamanya
Biar sibuk macam mana pun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah saw menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredabiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, ‘ kelab malam’, pub dan bar?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia!

Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar kearah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Hmm… carilah yang lain ye!

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

Haaaa…. Itulah dia tips untuk cari calon suami! =D

Kepada wanita, selamat mencuba! Carilah suami yang terbaik untuk masa depan kalian… =D [doakan diriku jua… =)]

Kepada lelaki yg membaca artikel ini, sila penuhi syarat2 ini untuk menjadi idaman dan contoh kepada masyarakat terutama dalam menaikkan kegemilangan agama Islam! =) Anda bakal ketua keluarga yg bakal mencorakkan warna2 ceria atau kelam keluarga anda!

Apa yg baik datang dr Allah swt dan yg buruk dr kelemahan nurul sendiri..

Jzkk.

Wednesday, December 5, 2007

My RoOm '8' ;p

ROOM8 NURUL.. hehe.. =D
[KAK ZURA ter' RiNdu', ZAJA ter'ChInt3', HUSNA ter'CayUnK']
I MiSsSsssssSSSssSss YoUuuuUUUuuuu!!!!!!!

Pintaku..

assalamualaikum....

nurul merasakan diri nurul terlalu banyak kekurangan.. walaupun banyak bende yang nurul kecapi kini tapi makin nurul kenal dunia, makin nurul rasa diri nurul makin jahil dengan ilmu.... kadang2 orang mengharapkan yang terbaik daripada diri nurul.. orang lain yakin nurul boleh buat yang terbaik dalam itu dan ini... nurul takut tak dapat buat yang terbaik walaupun sokongan kawan2 mengatakan nurul boleh buat yg terbaik...

Ya Allah.. nurul amat berharap agar nurul diberi kekuatan Ya Allah.. nurul sangat takut memegang banyak sangat tanggungjawab... Kau tahu Ya Allah, pelbagai ragam dan jenis hambaMu yang aku hadapi. sifat aku yang terbuka berkawan dengan sesiapa, kadang2 aku takut tak dapat mengawal emosi. maka, kurniakanlah aku Ya Allah keimanan yang ketaqwaan terhadapMu yang jitu Ya Allah...

Aku sedih Ya Allah... aku sedih lihat rakan- rakanku yang ramainya masih tak sedar akan tanggungjawab mereka sebagai Islam Ya Allah.. ada juga memberi dan mencabar sekuat2nya pada diriku Ya Allah.. Ya Allah.. aku ini insan kerdil hina.... ilmu yang aku ada hanya sedikit cuma.. bantulah aku Ya Allah.. Bantulah aku dalam perjuangan ini....

Ya Allah.. aku mohon Ya Allah..
Ya Allah.... aku benar- benar mohon Ya Allah..
beri aku kekuatan........

Monday, December 3, 2007

Tentang D + O + S + A = DOSA

Dari Abdullah ibn Abbas

Wahai diri yang melakukan dosa!
Janganlah rasa terhindar dari seksaan dosamu itu, kerana tabiatmu itu adalah lebih besar dosanya daripada dosa asal.
Apabila kamu tidak rasa malu dengan dua malaikat penjaga yang berada di kanan dan kirimu, itu adalah dosa yang lebih teruk daripada dosa asal.
Ketawa selepas membuat dosa, tidak mengetahui seksaan yang bakal tiba adalah lebih parah dosanya juga.
Rasa gembira atas apa yang kamu peroleh daripada melakukan dosamu itu, adalah lebih besar dosanya.
Rasa sedih kerana hilangnya peluang mendapat pulangan atau hasil daripada dosa yang dibuat, juga dosa yang lebih besar.
Rasa tertekan atau takut, apabila angin bertiup pada langsir jendelamu, kerana takut terdedah apa yang kamu lakukan, adalah dosa lebih besar,
dan apabila hati tidak bergetar, dan mengabaikan ilmu yang kamu tidak pernah lekang darinya, walaupun hanya sebahagian saat yang kamu ada, daripada sisi pandang Allah, Tuhan yang berkuasa dan besar- itu adalah dosa yang lebih teruk dan besar dosanya.
-Abdullah ibn Abbas

Syair CINTA buatMu...


Ku titipkan ia buat kawan2 semua...

Rabi'ah Al- Adawiyah

1. Suatu saat Sufyan At- Tsauri bersama Rabi'ah: dia berdoa: " Ya Allah, berilah redha kepadaku. " Rabi'ah berkata: "Tidakkah malu bila Allah tidak memberikan apa yang engkau minta itu?"

2. Ruwaym berkata: "Taubat ialah hendaklah kamu tidak akan mengulangi lagi perbuatan- perbuatan dosa, sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang wali wanita, Rabiah: "Saya memohon keampunan kepada Allah dari sedikitnya perbuatan benar dari diriku".

3. Alangkah sedikitnya rasa sedihku. Bila engkau benar- benar merasa sedih, maka tidak akan ada kesempatan untuk bersuka- suka.

4. Permohonan keampunan kita itu memerlukan pengulangan yang banyak.

5. Sufyan At- Tsauri memohon nasihat kepada Rabi'ah dan berkatalah beliau: "Engkau seorang yang baik, sekiranya engkau tidak mencintai dunia".

6. Beliau bersyair mengenai cinta kepada Allah sebagai berikut:

Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,

cintakan diriMu

dan cinta kerana Engkau patut dicintai.

Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.

Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,

aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.

Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,

tetapi puji dalam hal ini,

dan itu hanya milikMu.

Sunday, December 2, 2007

Keluarga Bahagia... =)

Keluarga Bahagia
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHearth

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita
Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga
Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu
Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah.....
Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

Kahwin??? Kenduri??? =D

Banyak betul kenduri kawen cuti sekolah ni kan? alhamdulillah.. aku doakan semoga pasangan2 ini semua akan kekal bahagia hingga ke anak cucu dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya, amin... =)

cuma, ada sesuatu yang aku sedikit kurang suka...

em, kebanyakan kenduri kawen yang aku pegi, mesti ade karaoke, dengan DJ memutarkan lagu2 yang amat membingitkan.. aku tau mungkin ada yang dah biasa berkaraoke dan berasa seronok dengan keadaan itu.. tapi kenapa tidak kita ubah dengan bercirikan islamic...??

apa ya salahnya kalau DJ tu putarkan lagu2 nasyid yang mendamaikan jiwa.. selawat2 yang menenangkan hati.. selesa lah sedikit dan tenang hati kami nak menjamu juadah2 yang telah pun disediakan tu... yer tak?

aku harap akan datang kebanyakan rumah2 kawen yang aku pegi akan memberi keselesaan kepada seluruh tetamunya.. aku gerenti... =) islam dah ajar yang terbaik! follow aja deyhh... =p

(bila plak aku dapat jumpe calon aku? mak aku tiap hari dok ungkit pasal menantu plak uh... hem... aku baru je sweet 19 maaa.... =( apa2 pun, jodoh di tangan Allah SWT.. Moga aku ditemukan lelaki yang boleh membimbing aku.. -dah le aku ni huru- hare! hehe =p)

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM !

Assalamu'alaykum..

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM

Kali ni ana nk ajak antum semua muhasabah balik diri kita yg bergelar pemuda ni. Adakah semua ciri2 ni sudah tersemat kukuh dlm hati kita dan telah kita jelmakan melalui perbuatan?? peringatan penting buat diri ini..Pemuda adalah harapan setiap bangsa utk mengembalikan keagungan mereka..

Pemuda Islam perlulah:
• Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri (sgt pnting!!)
• Faham dakwah dan cara kerja yang betul (Dakwah kurun ke 15 Hijrah)
• Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM- (5:3) manusia sdg mnuggu2 kita..
• Ianya perlukan pengorbanan (rujuk kisah Seerah Nabi dan Sahabat) pgorbanan dr segala sudut
• Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng, tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam.

Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori)
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali)
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama (manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga syahid!!

Slogan & keyakinan kita :
• " Allah matlamat ~ Rasul Ikutan ~ Quran perlembagaan ~ Jihad jalan ~ Mati syahid cita-cita tertinggi "
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.
Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)

Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas
• Menjadi pemerintah dunia (Ustaziyyatul 'Alam)
*Tak boleh pilih2..semua perlu dicapai..

--------------------------------• Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin ke arah ini maka sila cari cara & jalan lain.
• Kita bukan lemah (3:173)
• Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll. Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
• Orang Islam ialah: " PENDITA dimalam hari dan SATRIA disiangnya "
• Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
• Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
• Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita. (kebenaran yg tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun!!)
• Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam (tajarrud)
• Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)

p/s: terasa byk sangat yg perlu diperbaiki.. ana teringat kata2 dr penulis buku "al-munthalaq" karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid yg dibacakan oleh penceramah semasa ana mengikuti sebuah tamrin yg mengatakan putera-puteri Islam kini telah diasuh dari seekor ANAK SINGA yg GARANG menjadi seekor KIJANG yg PENGECUT. Ana petik sedikit ayat beliau yg menarik ini:

" Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mereka asuh anak anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama', ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam. Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya..! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.."

Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama' kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Realitinya memang benar2 terjadi kerana kita remaja kini telah disibukkan dengan hal-hal yg remeh-temeh dan malahan yg paling mengecewakan ianya tiada lgsung berkaitan dgn Islam. Memang tidak dinafikan, jika anak2 kijang ini ditegur, alasan demi alasan akan diberi semata-mata utk mengiyakan apa yg telah mereka perbuat tu. Dan yg lebih dasyat lagi sehingga ada yg cuba berselindung disebalik nama dan hukum-hakam Islam melalui secebis ilmu yg mereka perolehi. Alangkah hinanya kita jika menjadi salah seorang dr pencemar2 Islam itu sendiri.

Allahu ta'ala a'lam..yg baik 2 dtg dr Yg Maha Esa dan yg lemah itu adlh diri ini sndiri..
tegur jika silap..

Jzkk..

sumber: group permasuitmj

Saturday, December 1, 2007

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia?

¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.

¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

sumber: http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=2149

Kak Waheeda my sister?


Ini kakak saya... hehehe...
percaya?? boley percaye ke......
baek korang jangan percaya.. sebab,
aku tipoooo.......
Kak Waheeda...... !!!
love you!!!
mmuuuuaahhhhh3x!!! =D

kami N.A.K.A.L!!!


Aku ada 1 pengalaman yang tak bleh dilupakan bersama rakan2 kat wing aku. ade bende sikit N.A.K.A.L yang kitorang buat, termasuk aku laa... hihihii.... =p
(aku sediakn ini buat peringatan member2 batch aku wing aku)
hehe.. =D akhir semester 02.
Masatu, kitorang baru je habis paper final ECO.. jadi sebelum cuti sem, kami pun nak le enjoy bersama! hehe =D
kitorang keluar petang lepas asar.. mula2 agenda kitorang macam biase la... shopping! nak bowling rase macam x sempat je.. iskk.. isk.... lepas dah berpeleseran area billion segamat tu, kitorang bergerak ke GIANT! hehe.. aku masatu dah le kering. huhuhu... jalan punye jalan, dah petang sangat.. lepastu nak keluar dr GIANT.. kitorang melantak aiskrim secara ber'jemaah'.. hehe...
[makan aiskrim secara ber'jemaah']
kami bukan peminte sedekah jalanan wokeeyyy.......
Lepastu, dah nak maghrib, kitorang amek keputusan solat kat Villa Hotel.. ntah dah berapa kali aku menebalkan muka nak tumpang solat kat situ disebabkan takde surau terdekat. Banyak kali aku dapat masuk hotel ni free... hehehe.. tiap kali aku pegi mesti lain2 jenis bilik aku dapat.. =p mekasih banget kepada Villa Hotel, Segamat! =)

[ tumpang solat di Villa Hotel, Segamat]

hahahahahaha!!!! masa yang ditunggu2! kitorang pegi fun fair! jalan punye jalan kaki woooohhhhh..... seronok sangat masa tu!!!!! mainan yang paling aku suke maen, Roller Coaster! hehehe.. aku duk depan sekali uh.. punye la semangat! masa ni la sesi melepaskan tension dan tekanan menjawab final exam! =p

[hepy terbabaz hohooo....]

[=D]

Lepas dah penat dan dah puas, kitorang balik semula ke jalan yang benar.. hihi. kitorang pun gi makan sebab kelaparan!!! then, tengok jam dah pukul 10.. ni kira betul2 habes tension nih! hehe. nak balik, shhhhh..... (takut kene saman dgn pak guard!) hehe. makanya, kitorang amek keputusan malam tu tido hotel beramai- ramai!! ni la kire kemuncak keNAKALan kami! hikhikhik... sungguh tak bertanggungjawab punye students!!! =p kongsi2.. hotel RM50 1 malam... sorang RM5 la.. kitorang semua ade 10 orang! hahahak! =D

[jadi mayat sementare]



Sopan kan semua pakai baju kurung? mane plak kitorang dapat baju kurung ni?? haha.. kitorang terlupa pulak yang esoknya tu hari isnin.. jadi kitorang contact sorang student kat UiTM minte tolong hantarkan baju kurung.. hahaha!
kami pun selamat sampai ke UiTM tengahari esoknya tanpa ditahan dan disaman.. hihihi.. kepada u all, jangan tiru ok! (dun try this at home.. =D)
ianya kenangan terindah buat diri aku dan sahabat2..
i love u all!! wing B level 1, Kolej Baiduri!!!
muuuaaahhhhxxxxxx!!! =p

Sahabat- sahabat seperjuangan =)

Persatuan Mahasiswa Islam Masjid As- Syakirin (PERMAS), UiTM, Johor
Lawatan ke Planetarium Al- Khawarizmi, Melaka

Ku Harapkan Ukhwah Yang Terbina Ini Kekal Hingga Ke Syurga....

TAKBIR!

ALLAHUAKBAR!!!

Anak aku? Anak kamu?

DIDIKLAH ANAKMU MENGENAI ALLAH SEJAK DARI KECIL..

Aku amat menegaskan hal ini. apa yang terjadi pada dunia global kini, dah tentu korang dah tau kan.. so tak perlu untuk aku bercerita panjang.

cuma apa yang aku harapkan, didik anak2 sejak dari kecil lagi.. kerana bayi yang lahir itu ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. aku sedih dan kasihan lihat masyarakat sekeliling terutamanya rakan2 seperjuangan tak sedar hal ini.

aku nak cite sikit pengalaman hidup aku.

aku dulu2 lebih jahil dari kini. Aku nak pegi kedai depan rumah, pakai tracksuit pun parents aku tak bagi.. aku siap menjawab lagi, "ni kan dah tutup aurat." macam2 lah... aku rasa sangat- sangat terkongkong masa tu. Tu tak boleh, ni tak boleh... selalu jugak aku menangis.. Nak kata aku mengaji, boleh kira berapa kali aku mengaji... ishh.. teruk la aku masa tu.

(aku taknak cite panjang takut korang busan plak)

tapi, kini, baru aku sedar yang ape yang mak ayah aku kata, tegur semuanya betul.. alhamdulillah sangat dan aku sangat2 berterima kasih pada mak ayah kerana banyak bebel, warning, tegur aku macam dan seksa jiwe raga batin aku... iskk.... isk....

aku amat beruntung memiliki mereka...... alhamdulillah..

Terima Kasih Ibu Ayah...... =')

Aku berharap kalian yang bakal jadi mak ayah masa akan datang ni, jadikanlah pengalaman aku ni sebagai pengajaran malah lebih baik... aku berharap generasi akan datang akan lebih baik daripada generasi kini... untuk kebaikan kita bersama. amin..

Satu Lagu Untuk Kalian... =)
(kat blog ni ade.. scrool bawah)

Harapan Pada Ayah Ibu
Album : Tika Itu

Munsyid : UNIC

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa
Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Didiklah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu

kemuncak pertama hidupku (PLKN)


Pelatih Wanita Terbaik PLKN
Kem Putra- Putri, Alor Gajah, Melaka
Siri 3, Kumpulan 1
Pada aku, ini adalah kemuncak pertama dalam hidup aku...
aku rasa inilah sebenar- benar kejayaan dalam segala apa yang aku libatkan diri sebelum tu..
Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas anugerah ini.. amin.
Mudah- mudahan aku diberi petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki kelemahan diri..
Juga disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 semasa siri tersebut, cikgu2, jurulatih2 semua...
(gelap kan muka aku??? hehe)
aku amat merindui PLKN!!!

Larian Suatu Yang Seronok???



Ni la hamper pertama yang aku dapat masa semester 01 di UiTM, Johor..
Aku sebagai mahasiswa dan remaja amat menggalakkan supaye rajin2 la anda berjogging! sebab jogging ni sangat baik untuk kesihatan! =D
macam aku, tiap minggu kalau ade masa free, lepas subuh, aku akan keluar pada jam 6.45 pagi... aku akan terus pegi padang depan kolej aku.. kemudian barulah aku akan jogging macam biase non-stop keliling kampus mengikut kemampuan. jogging awal pagi ni, pertamanya, udaranya sangat segar dan fresh! keduanya, tak ramai orang.. laki pun takde..
ni aku nak cite.. bila aku berada di padang sorang2, satu rasa insaf tu akan datang dalam diri. masa ni la aku akan muhasabah diri... kadang2 pernah juga aku berkata dengan sekalian pokok2 di padang tu.. sebab aku tahu, semuanya hidup dan mengabdikan diri kepadaNya... kalau yang nampak, mesti kata aku dah layak masuk hospital bahagia. hehe =)

nak rase tak ape yg aku rasa? try laaa...... hehe =D
Majulah Sukan Untuk Negara!

aku jadi cikgu PASTI.



Ni la muka- muka budak2 PASTI yang aku mengaja sekejap.. tolong mak.. hehe. huwaaahhh... banyak pening loh mau jaga budak2 ni...
masatu aku ajar hari jumaat.. pagi jumaat ni senaman dulu.. fuh.. mau tak yang laki tarik tangan kanan, "cikgu, cikgu, jom la maen bola!!!". tangan kiri aku plak ditarik budak pompuan,"cikgu nurul, jom la maen nenek2 si bongkok tige!".. huwaaa..... tapi, aku maen je dua2 sekali.. polis entry aku maen.. kejar- kejar, sembunyik- sembunyik, musang dengan ayam, itik dengan ayam, ape segala binatang laa.... hehehe... tapi best! bukan selalu aku boleh jadik budak2 ni.. seronok layan diorang walopon letih jugak aku. maen bola sampai kaki aku kene tendang dgn budak2 ni.. adehh.... tapi tak lah sakit. lembik je budak2 ni.. hihihi. =D

bile mengajar plak, kalau time aku x garang, cube bayangkan.. budak2 5 tahun ni nakal banyak.. aku tengah ngaja, boleh pulak dia duk lepak baring atas meja! huhuu.. memang aku salute la sape yang jadi cikgu tadika ni. tapi budak 6 tahun ok skit.. dengar kata... =)

bile aku ngaja plak, bile aku ngaja pasal bola, mula laaa semua nak cerita pasal kisah bola diorang.. maen bola dgn ayah la.. tertelan bola la.. hehehe... kalau aku cite pasal katun, segala jenis katun keluar.. mau kecoh 1 bangunan. tapi kalau aku nak diorang senyap, aku follow up diorang zikir.. tenang sikit dunia hoo.......

aku rindu ar kat budak2 kecik nih... ='(

Busana Muslimah


Kenangan masa aku semester 02...
Johan Pertandingan Busana Muslimah...
ntah hape2.. bila fikir balik, masa ni la 1st time muke aku kena ditokok- tambah... =D tapi ia meninggalkan kenangan yang sangat manis terutama ukhwah antara kami yang sama2 membantu aku dalam pertandingan ni.. rindunya..... =)
semua perempuanlah yang terlibat..
kenangan ini juga adalah kemuncak kedua dalam hidup aku... =)

pentingnye PENGARUH?

aku menyatakan PENGARUH adalah perkara terpenting dalam menjadi seorang pemimpin...

adakah kalian setuju? atau tidak?