...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Saturday, September 27, 2008

Buat lelaki akhir zaman ini....

Lelaki di akhir zaman ini...

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

-Sekadar renungan -

* Sajak ini ku peroleh daripada seorang sahabat di friendster. dan terus berminat untuk memberinya dibaca oleh semua LELAKI. sungguh, saya juga mencari...........

Monday, September 22, 2008

Ketakutan menghadapi kematian. saya bermimpi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Malam tadi, semasa solat terawikh, saya merasakan degupan jantung saya laju.. sangat laju. saya merasa gementar. nafasku pendek- pendek. seperti biasa, berfikir apakah Tuhanku memandang kearahku? apakah aku berkesempatan untuk menunaikan lagi solat terawikh untuk hari seterusnya?

Ya Rabbi, ampunilah seluruh dosa- dosaku...

Malam yang sepi...

saya hanya memandang kearah katil. kosong. diri ini masih takut untuk tidur.. adakah masih punya waktu untuk saya menikmati oksigen ini pada hari esok? apakah cukup segala amalanku untuk bertemu dengan Allah Tuhanku?

Segera saya putarkan lagu alhamdulillah by opick. lagu yang sungguh mendamaikan hati.

(nota: lagu yg sedang dimainkan ini).

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah wa syukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Saya merasakan sungguh bahagia... rasa ingin tersenyum sahaja. (saya tidak gila ya?)
kerna memikirkan saya sangat bersyukur kerna dapat merasai ketenangan ini.

bersyukur jua kerna saya mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang sungguh menyayangi saya.. sentiasa mengajar saya, tidak jemu- jemu menasihati saya walaupun saya boleh dikatakan agak degil juga.. =') -terkenangkan kisah- kisah silam.

saya ingin menyatakan disini, saya amat menyayangi sahabat- sahabatku....

kak ros yang sangat saya sayangi, kak ana yang sangat saya rindui, kak zarina, kak su, kak ayu, kak raudhah, ayu, dayah, hajar, alin, fiza, nur, ika, lina, dan semuanya............

...semua sahabat- sahabat di Masjid As- syakirin... sungguh saya mencintai semua.....

namun, yang paling penting, untuk bertemu cinta hakiki, iaitu...

Allah Subhanahu Wa Ta'ala......

Tuhanku...

*****************************************************

selesai sahaja segala kerja- kerja dunia, saya terus ke katil.. lalu mengucapkan...

"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad utusan Allah"

terlena..

Tiba- tiba saya berada di sebuah tempat. jua boleh dikatakan sebuah pondok yang cantik. ramai orang di situ. semuanya wanita. ada yang muda, ada juga yang sudah berumur. semuanya berpakaian serba putih. saya hanya memerhati sekeliling. masing- masing tidak peduli.

saya berjalan- jalan di ruang itu. kelihatan disekeliling kami berterbangan rangkaian- rangkaian bunga- bunga ros putih. sangat banyak. ku lihat bunga- bunga berterbangan itu diselang- seli wajah- wajah manusia seperti mencari sesuatu.

ada seorang wanita tua berjalan- jalan. saya tidak pasti apakah sempat atau tidak saya berbual dengan wanita tersebut. namun, tiba- tiba wanita itu longlai, terhuyung- hayang, sedikit demi sedikit terus terjatuh dan terbaring di atas lantai....

innalillahi wainna ilaihi rajiun...

saya hanya terkedu melihat situasi itu. saya merasa ketakutan. apakah selepas ini giliran saya. saya terlalu takut... Ya Allah....

Terus ku lihat kelibat sahabatku, aien. saya terus mendakapnya. namun saya merasakan nafasku sudah semakin tipis.

nafasku semakin pendek.

namun terus berusaha bernafas

walau dalam ketakutan..

nafasku tersangkut- sangkut..

semakin susah bernafas.

Ya Allah, aku dahagakan udaraMu................................................

terasa hingga ke kerongkong......

Lailahaillallah..........

"Kok, kok, kok. ayam berkokok.. ayam dah kena penyakit........."

(nota: ini nyanyian dalam ceramah ustaz akhil hayy yang ku jadikan ringtone telefonku)

temanku mengejutkanku untuk bersahur. jam 4.50 pagi.

Alhamdulillah, saya masih hidup...

Ya Allah, ampunilah segala dosa- dosaku, dosa kedua ibu bapaku, doa adik- adikku, dosa sahabat- sahabatku, dosa guru- guruku, dosa pemimpin- pemimpinku, dosa saudara- saudaraku samada yang masih hidup dan yang telah pergi jauh menghadapMu....

amin.

saya rindukan Dia.. sungguh.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....... Aku merinduiMu....

Ahamdulillah wa Syukurillah... Bersyukur padamu Ya Allah....

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang hambaMu merasa nikmat kebahagian ini.. Aku sangat gembira dengan kebahagiaan dan ketenangan ini...... =')

Titisan air mata kegembiraan ini kuharapkan tidak akan berhenti mengalir.... titiskanlah ia Ya Allah.. titiskanlah ia kerana aku terlalu merinduiMu.....

Telah tiba malam ke 22... Semoga diri hina ini berpeluang bertemu dengan malam lailatulqadar....

diri ini berasa gementar setiap kali membaca surah alfatihah jua setiap kali mengucapkan 2 kalimah syahadah dalam solat..... aku merasakan helaan nafasku pendek2 saja.. oleh kerana gementar tika menghadapMu... sering timbul persoalan dalam diri, apakah antara ramai2 yang sujud padaMu, adakah Tuhanku memandang kearahku.... Pandanglah hambaMu yang kerdil lagi hina ini Ya Allah Ya Tuhanku....

selesai solat, sungguh aku merasakan bahagia yang sangat..............

Subhanallah.....

Friday, September 19, 2008

Kisah kos yang saya pelajari dan hidup sbg setiausaha.. (especially to saerah..)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai melaksanakan terawikh malam ke 19.. sudah nak masuk fasa yang ke 3.. Berdoalah semuanya moga ketemu dengan malam LailatulQadar...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Penulisanku ini kuhadiahkan buat sahabatku Saerah.... hehe.. Saerah memintaku bercerita sedikit mengenai kos pembelajaranku jua tugas sebagai setiausaha.. =) moga Allah membantuku dalam perkongsian ini..

Hmm.... buat pengetahuan Saerah, syu belajar di UiTM Johor dan mengambil jurusan Diploma in Business Studies.. Dulunya, semasa sekolah, syu dalam aliran sains tulen. Langsung tiada pengalaman dalam akaun. syu pun tak expect langsung kos business ni rupanya kena belajar akaun dan hal- hal perniagaan. pada asalnya, memang susah nak terima tapi lama- kelamaan business adalah suatu yang amat menyeronokkan! =D

Antara yang syu belajar dalam kos business ni, contohnya.. account, finance, hal2 mengenai komputer, public relation, operation behavior, operation management dan macam2 lagi.. semuanya sangat berguna untuk business. tapi, saerah mestilah kreatif untuk mencipta bisnes. bukan sekadar belajar sahaja. itu untuk menjadi seorang business woman yang berjaya lah. mahu buka perniagaan sendiri, kena pandai cari peluang. Tapi, kalau taknak bukak bisnes pun, banyak cabang saerah boleh sambung masa degree nanti. contohnya, saerah boleh ambil kos bachelor marketing, finance, islamic banking, international business dan sebagainya.

kalau syu, syu lebih suka buka perniagaan sendiri. doakanlah syu... selagi ada kemahuan, disitu ada jalan, insyaAllah... =)

setakat di universiti, ada beberapa business syu pernah try.. antaranya, buka gerai di minggu usahawan(jual roti rock! dll.. hehe), siswanet membership(talian celcom postpaid), pek universiti celcom, brooch, kerepek, emm.. ape lagi ya? syu dah tak ingat.. hehe. banyak yang syu belajar dr pengalaman.. apa yang kita belajar, kita praktikkan, baru seronok! hehe. lagi2, kos ni takde praktikal sepertimana kos2 yang lain. jadi, kena la cipta praktikal sendiri =)

hm, baru teringat.. saerah pernah dengar tak perniagaan francais? masa syu semester ke-3, syu berpeluang ke program francais di The Zone Hotel, JB... di sana, ramai francaiso yang menawarkan perniagaan francais. at the last program, syu isi borang ujian psychometric.. kalau kita pass ujian ni, kita akan dipanggil interview untuk belajar di institut IKRAM, Bangi selama lebih kurang 6 minggu dan kita akan terus dapat buka perniagaan francais mengikut pilihan kita dan akan diberi loan sebanyak 90%! kita juga akan diawasi&dijaga perniagaan kita oleh francaisor selama setahun sebelum kita bergerak sendiri. best kan?

Dan, alhamdulillah, syu berjaya dalam ujian tu, dan dipanggil interview.. jumpa lecturer, bincang nak buat bisnes ape, sampai syu rasa nak bukak bisnes dan jadi student PJJ(belajar sambil bekerja).. tapi, bila bincang2 dengan ibu syu, ibu syu kata habiskan belajar dulu dan syu pun rasa masih banyak tanggungjawab sebagai mahasiswa yg belum selesai.. jadi, syu tak pergi interview tu...

hmm.. buat pengetahuan saerah, Malaysia sememangnya sedang berusaha kearah melahirkan lebih ramai usahawan2 melayu di negara kita.. jadi, banyak sangat peluang untuk kita sebenarnya.. kalau takde idea nak bukak bisnes pun, bukaklah francais.. boleh dapat pengalaman dulu.. kan?

hmm.. ok lah, sekarang syu nak cerita tentang tugas sebagai setiusaha pulak.. =)

hmm.. alhamdulillah, dah hampir 2 semester syu pegang jawatan sebagai setiausaha mpp di kampus UiTM Johor.. Tugas sebagai setiausaha, syu kenalah ikut YDP kesana kemari meeting.. kalau takde YDP, syu kena ganti.. kehulur kehilir, kesana kemari... sampaikan syu rasa bila nak ke UiTM Shah Alam atau KL tu dah macam nak balik kampung tiap minggu je.. huhu.. tapi kadang2 YDP pergi sendiri.. selain dari tu, tugas sistem filing, surat menyurat, minit mesyuarat, laporan dan sebagainya. selain itu, kita juga kena alert pada tarikh- tarikh penting dan ingatkan pada rakan- rakan seperjuangan yang lain melalui sms atau tulis pada whiteboard di pejabat mpp.

Tapi, disamping syu sebagai setiausaha di kampus, syu juga baru sahaja semester ini memegang jwtn sebagai ketua sekretariat unit rakan muda.. jadinya, kadang- kadang syu agak busy dengan tugas ini. alhamdulillah, naib setiausaha banyak membantu... saerah pasti tahu kan tugas setiausaha memang agak berat dan banyak juga tugasnya. tapi, kita akan berkenalan dengan lebih ramai orang sebab banyak 'berutus surat' dan berhubung dgn orang luar.. hehe.

Paling penting, bagaimana menyusun maklumat dalam komputer supaya mudah dicari oleh rakan2 kita. tapi, fail syu kadang- kadang berterabur jugak.. pening gak kepala nak cari.. haha. tapi, jadi s/u ni kena lah tahan sikit kadang2 kena marah dgn big boss... tak leh buat keja salah sikit =( tapi, kena fahamlah big boss lagi banyak hal dia nak fikir... hehe. yang penting, bila buat tugasan tu, janganlah berkira.. anggaplah amalan kerja kita tu rezeki dr Allah SWT untuk hambaNya mencari ilmu... =)

cukup x? ke nak syu bercrite lagi? kalau nak, bagitau la.. nnt syu try untuk berkongsi dengan lebih baik k..?

syu lapa la.. nak gi makan dulu eh? hehe..

salam alaik.

Tuesday, September 16, 2008

Alhamdulillah, kebahagiaan masih menjadi milikku hari ini...

Cinta...

Cinta itu milik Allah...

Ibu sayang saya... Ayah sayang saya.... Ayu sayang saya... Semua orang sayang saya... tapi sayang itu milik Allah..

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.....

Ya, Allah sangat menyayangi saya...

Saya terlalu merindui Dia.. saya terlalu merindui kekasihNya, Rasulku....

Saya sentiasa berfikir.. saya lihat, Allah memandang ke arah saya dengan penuh kasih...
Nabi Muhammad Rasulku jua tersenyum sangat manis pada saya.........

Saya merasakan Tuhanku dan Rasulku, berada terlalu hampir dengan saya...

saya bahagia..

Sahabat- sahabatku, saya merasai kebahagiaan.... ketenangan.... kedamaian.... yang tidak kurasakan pada yang lain..

Semalam saya menerima sejambak bunga kekwa.... Saya yakin, Allah memberinya pada saya..... Saya pasti sedih jika bunga itu layu nnt.....

Allah... aku merinduimu sesungguhnya......

Kekalkanlah perasaan Cinta dan sayang ini sehingga aku bertemu denganMu nnt...

Sahabat- sahabat, saya amat berharap kalian seluruhnya dapat merasakan kebahagian seperti yang saya rasakan.... kebahagiaan yang tidak dapat ku ungkap dengan apa jua kata- kata.....

Doakan aku kekal dalam perasaan damai ini......

Amin..

ku jumpai apa erti kehidupanku sahabatku..

Astaghfirullahalazim... astaghfirullahalazim... astaghfirullahalazim.... astaghfirullahalazim...

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad utusan Allah..

Allahumma solli A'la saidina Muhammad, Wa a'la alihi Wasohbihi Wasallam.

Ya Allah, ampunilah dosa- dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik- adikku, dosa sahabat- sahabatku, dosa saudara- saudaraku.... Kurniakanlah kami hidayahmu Ya Allah.. Lindungilah kami di bawah naunganMu sehingga kami pergi menghadapMu Ya Allah...

Ya Rasulullah, kami merinduimu... Terima kasih Ya Rasulullah atas perjuanganmu memperjuangkan Islam untuk kami.. Ya Rasululllah, syafaatkanlah kami umatmu....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

sahabat- sahabatku, saya merasai kenikmatan hidup ini.. saya merasai kenikmatan Islam, saya merasai kenikmatan saya dalam bulan Ramadhan sekarang.. saya merasai Allah dekat dengan saya.. saya merasai Nabi Muhammad tersenyum pada saya... saya merasai indahnya solat itu.. saya merasai kebenaran Al Quran... saya merasai betapa agongnya setiap kejadian Allah SWT... saya kagumi kebesaran Allah dalam mencipta diri saya seorang manusia dan seluruhnya.. saya merasai malaikat berada di kiri kananku, saya merasai saya sentiasa diperhati.. saya merasai, kematian...

sahabat, saya baru sahaja pulang dari program ESQ Leadership Seminar di KL International Hotel pada 13-14 september lepas.. Subhanallah, sahabat- sahabat, saya menjumpai seluruh apa persoalan jiwa saya selama 20 tahun saya hidup di muka bumi Allah SWT ini.. Terima kasih Allah....

Saya terkelu juga tidak pasti bagaimana cara untuk saya terangkan disini mengenai program ini..
Yang pastinya, kini, selesai program, saya yakin juga berharap Allah telah mengampuni seluruh dosa- dosa dari sekecil hingga sekeji dosa... Saya ingin dan berharap saya telah menjadi seorang yang suci, putih, bersih ibarat saya baru dilahirkan ke dunia..... beginilah saya rasakan sekarang.. sebuah kedamaian... sebuah kebahagiaan yang tidak dapat diungkap dengan apa jua kata- kata...

Ya Allah, Kau kekalkan dan istiqamahkanlah perasaan ini Ya Allah.... Aku ingin sentiasa dekat denganMu Ya Allah.. aku ingin sentiasa berada dekat dan rapat dengan kekasihMu jua nabiku, Nabi Muhammad SAW.. Aku tidak mahu berpisah dariMu dan kekasihMu Ya Allah.. Kau sucikanlah hatiku sentiasa agar aku dapat sentiasa ingat padaMu.. Aku cintai jua rinduiMu Ya Allah, Ya Rasulullah... Aku sentiasa berfikir Tuhanku dan Rasulku sentiasa memandang kearahku dengan kasih sayang yang terlalu indah.... Aku merasakan kebahagiaan yang sangat.............. Kekalkanlah perasaan sayang dan cinta ini agar aku dapat bertemu denganMu dan Rasul dengan penuh bahagia dan gembira.....

Ya Allah, aku ingin keluargaku, sahabat- sahabatku, pemimpin- pemimpinku, saudara- saudaraku, merasa bagaimana kebahagiaan ini... Kau kurniakanlah hidayah jua cahaya indah ini kepada mereka.... amin.

wassalam..

layari: http://www.esq.com.my/

Thursday, September 11, 2008

aku pulang rumah pd malam kemerdekaan..

Malam kemerdekaan..

saya pulang ke rumah pada 31 ogos 2008 yang lepas.. kebetulan minggu itu saya tidak mempunyai apa- apa program di universiti. kelapanganku itu aku gunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang..

malam itu saya bersama keluarga keluar makan pada lebih kurang jam 10.00 malam. saya berasa sungguh gembira kerana rasanya sudah beberapa lama saya tidak makan semeja bersama keluarga. kebetulan juga masa itu cuti sekolah. adik- adikku semuanya berada di rumah. alhamdulillah. saya juga sempat merakam video telatah keluarga saya berkata- kata. ia semestinya akan menjadi sebuah kenangan yang abadi..

saya melihat jam. 11.45 malam.

"ayah, lagi 15 minit countdown merdeka ni. jom lah tengok countdown!"

adik- adikku ada yang menyokong, ada yang tidak. ayahku tidak kisah, ibuku pula malas. angah dan ayu mahu pergi tapi opi dan izul tidak. hmm.. itulah keluarga.. walaupun dalam sebuah keluarga, sememangnya mempunyai pendapat juga idea yang berbeda.

ayahku segera membayar semuanya.

"Terima kasih ayah sebab belanja kami makan.."

kami pun menaiki kereta dan terus menyusuri jalan malam itu untuk ke countdown. sedang ayah membawa kereta, kereta ayah hanya bergerak seperti biasa, di atas jalan yang betul( atau melalui jalan yang benarrr..), tiba- tiba kereta BMW sebelah kami bergerak terlalu kanan sehingga tiba- tiba..

"ssrreeettttttt......!"

BMW merah tersebut bergesel dengan kereta proton WAJA silver ayah. kami semua memandang kearah kereta itu serentak. namun, lelaki muda cina tersebut hanya menunjukkan pergerakan tangan menunjukkan bahawa tidak ada apa- apa yang berlaku. namun, ku lihat ada bahagian bumper keretanya tertanggal, agak teruk. ayah mahu berhenti tapi kereta tersebut terus menyusur laju.

ayah berhenti di sebelah kiri jalan. alhamdulillah, kereta ayah tiada apa- apa. hanya bergesel dengan kereta BMW tersebut dan meninggalkan kesan cat berwarna merah yang boleh dihilangkan dengan hanya mengelapkannya dengan kuat sedikit sahaja.

kami terus ke dataran kulai, namun.. hampa. tiada countdown. kami pun terus membuat keputusan pulang semula ke rumah. hanya makan angin suka- suka.

5... 4... 3... 2...1...... tepat 12.00 malam.

"Boom..! Boom...!"

kami memandang ke arah bunyi tersebut di sebelah kiri.

wah, kami terlihat percikan bunga api berwarna- warni menandakan telah tibanya detik kemerdekaan. saya terus meminta ayah ke sana. namun, ibuku tidak mahu tapi ayahku mengerti tujuanku. ayah terus bergerak ke sana. saya bukan hanya untuk melihat percikan bunga api yang meriah tapi untuk melihat suasana menyambut kemerdekaan pada malam tersebut.

"kan ibu dah cakap tadi, tak payah pergi... susah nak parking.. ibu tak suka tempat- tempat macam ni. agaknya sebab kita nak pegi tempat macam ni lah, kereta kita tadi tiba- tiba boleh excident pula.."

ibu sememangnya tidak setuju dari awalnya. memang, jalan sangat sesak. namun, sempat jua melihat bunga api sekejap. tapi hal yang saya sedihkan ialah, bagaimana rakyat malaysia yang melaungkan merdeka, merdeka dan merdeka.. juga dengan bangganya mengibarkan bendera jalur gemilang itu. huh, saya sungguh kecewa.

selesai sahaja rakyat malaysia melaungkan merdeka, terus dimulakan dengan persembahan karaoke. majoritinya adalah melayu dan indon. tidak pula ku lihat kelibat bangsa lain di dalam konsert tersebut. menyanyikan lagu ella, tapi penyanyinya entah siapa, dengan suara yang agak sumbang melalak di atas pentas. agaknya itulah merdeka pada pemikiran mereka. yang ramai- ramai di bawah pula berkhayal 'melayan' tekak- tekak sumbang tersebut. senang kata, gayanya seperti di dalam disko walaupun waktu itu di hadapan IOI Mall, Bandar Putra, Kulai. Dengan dua- dua tangan di atas dan bergelek- gelek lelaki perempuan tanpa segan silu. sungguh memalukan. mereka mempunyai maruah dan harga diri atau tidak?

saya melihat ke arah polis- polis di situ yang ibarat tunggul mati. dah la tunggul, mati pulak tu.. mereka ibarat tidak mampu berbuat apa-apa. pelik saya.. bagaimana event seperti ini boleh lulus. tanyalah pada siapa pucuk pimpinannya..

kami berpatah balik pulang ke rumah. hanya singgah sekejap sahaja. saya pulang dengan hampa.

ini kah yang dikatakan harapan bangsa? saya teringat jenaka oleh Ustaz Akhil Hayy.

"agaknya, kalau kekal beginilah rentak hidup orang muda, agaknya dalam parlimen nanti terdiri daripada penagih- penagih dadah, bohsia- bohsia, pimpinan semua cakap meleret- leret macam orang khayal.... hmm.. gua rasa kalau lu orang bikin tanah macam ni, boleh buat banyak duit.. benda ni semua takde faedah.. gua lalok arr..."

agaknya macam tu keadaan dalam parlimen akan datang? kerana semua minda telah musnah.

saya sangat menyayangi sahabat- sahabat saya. saya sangat menyayangi saudara- saudara saya.. saya sangat menyayangi negara Malaysia.. saya sangat menyayangi Islam..

dimanakah tanggungjawab kalian sayangku???

Monday, September 8, 2008

Program Rakan Muda... hehe.

ini commentku di group rakan muda.. saje je letak kat sini sekali.. =)

salam ramadhan.. err... kene bagitau jawatan gak ke? saya nurul syuhada, ketua sekretariat unit rakan muda uitm johor.. yup, semester ini mmg sedikit padat dgn RMWD IPT.. alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar...

Program RMWD IPT sememangnya sangat baik dijalankan kerana dapat merapatkan hubungan pelajar universiti dengan penduduk kawasan luar bandar. kita sedia maklum kebanyakan penduduk kawasan luar bandar sememangnya kurang terdedah dengan pelbagai ilmu di luar kotak pemikiran mereka. Contohnya, mereka tahu mengenai kepentingan Islam dipraktikkan dalam seluruh kehidupan, mereka tahu mengenai isu- isu semasa amat penting, mereka tahu permainan pemikiran manusia di zaman global itu penting, namun disebabkan mereka di bawah jagaan ibu bapa dan tinggal di kawasan yang agak terpencil, ini membuatkan mereka kurang menerima pendedahan luar disebabkan oleh komunikasi yang kurang meluas. oleh yang demikian, diharap agar kehadiran pelajar universiti dapat membuka minda mereka disamping berkongsi pengalaman untuk melahirkan lebih ramai orang yang lebih berjaya. Sebenarnya, penduduk kampung sememangnya dahagakan aktiviti berfaedah terutama dikalangan remaja disamping ia dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam pelbagai kegiatan yang tidak berfaedah. Diharapkan agar mana- mana IPT yang terlibat dgn RMWD IPT akan menjalinkan tali silaturrahim secara berterusan dengan keluarga angkat dan pihak belia juga JKKK kampung berkenaan. Anda hebat!

Khamis ini juga insyaAllah akan diadakan program jejak warisan.. asalnya aktiviti dalam program ini ialah membuat dodol, bubur lambuk dan sebagainya tapi diubah kepada program gotong royong membersihkan kawasan perkuburan.. moga program ini memberi impak yang baik kepada semua peserta lagi2 dalam bulan ramadhan ni.. selain dapat mengingatkan peserta mngenai kematian yang datang tidak diduga dan menyedari bahawa 1 hari nanti kita juga akan kembali ke tanah jua. Remaja adalah tunggak masa depan negara!

Baru2 ini juga telah diadakan program belia remaja (Y2Y) dun peringkat daerah segamat di ulu tiram, johor. Program itu kebanyakannya disertai pelajar- pelajar yang bermasalah. saya telah dipilih sebagai penghuluwati program tersebut. program yang dijalankan amat menyeronokkan namun kadang2 agak tension juga dengan budak2 ni tapi takpelah.. nama pun adik- adik.... namun, bila dikaji dan diperhatikan, disebalik riak muka mereka yang sentiasa gembira (macam takde ape2 masalah), disebalik kenakalan mereka melawan cakap, kebanyakan mereka punyai masalah peribadi yang tersendiri.. mmg tepat, orang yang terlalu gembira, selalunya pasti ada something wrong somewhere.. hmm... sebenarnya mereka punya hati yang baik cuma mungkin latar belakang keluarga dan juga beberapa masalah peribadi. namun, mahasiswa haruslah cuba sedayanya mendekatkan diri dengan mereka dan cuba untuk mengubah mentaliti mereka kerana mereka sememangnya seorang yang berjaya!

Rasanya, itu saja dululah yang dapat saya kongsikan kerana kesuntukan masa.. semoga bertemu lagi!! selamat berpuasa kawan2..! =)

Tuesday, September 2, 2008

Kepulanganku ke kampung berpuasa.. =)

hmmm... nak cerita apa ea...? tempoh hari saya pulang ke kampung.. bertemu dengan atok yang sudah semakin hari semakin sihat.. sampai kampung, saya peluk cium nenek, saya peluk cium atok.. rindunya pada mereka... saya teringat beberapa masa sebelum ini saya ke hospital meninggalkan segala tugasan2 pentingku di universiti untuk melihat keadaan atok di hospital.. sedihnya waktu itu Tuhan saja yang tahu... tika itu atokku tidak ceria seperti kebiasaannya.. saya sangat bersyukur atokku sudah sihat...

hmmm, saya jua terasa sedih kerana orang kesayangan saya tak berkesempatan berpuasa bersama keluarga kerana komitmennya di kampus.. saya doakan dia pulang berhariraya di sini nnt ya.. =)

mengenai puasa kali ini, alhamdulillah mudahan dalam jadual saya tidak terlalu padat dgn aktiviti seperti kebiasaannya.. ku kira, inilah realiti kehidupanku.... sememangnya, saya seorang remaja wanita yang sangat nakal dan lincah! ;p

saya suka pulang ke rumah di taman aman ni, bukan hanya kerana rindu untuk bertemu keluarga, namun pelbagai pelajaran yang saya dapat bila pulang rumah.. pertamanya, alhamdulillah kerana dapat berpuasa pertama bersama keluarga yang tersayang... ibu, ayah, angah, abg opi, abg cik, dan ayu.. saya menyayangi mereka.. =)

sampai ja di rumah semalam, belum sempat mandi lagi, saya duduk bersembang bersama ibu, bercerita macam2 sampai ibu saya pening mendengar cerita yang berbelit- belit. hehehe. terus, ibu sudah pastinya bercerita tentang gimana hendak mencari calon suami.. dan ibu sangat menekankan kekuatan agama, kematangan berfikir, sikap jua tidak panas baran.. haha. berulang2 kali juga ibu bercerita apa yang ibu dapat dalam usrah yang lepas, mengenai ciri2 ahli- ahli syurga.. ibu berulang kali mengatakan ayah mempunyai ciri- ciri tersebut.. saya mengidamkan suami seperti ayah.......

selain penyabar, tenang, dan lain2nya, satunya, ayah seorang yang jiwanya sangat rapat dengan masjid.. kalau di taman aman ini, surau... saya sangat mengagumi ayah.... ayah sentiasa ke surau solat berjemaah jika diluar waktu kerja.. alhamdulillah, opi dan izul ke terawikh tadi memakai jubah serta kopiah.. kelakar juga tapi saya suka melihat adik2 saya.. saya sangat bersyukur memperoleh adik2 kesayangan seperti mereka.. senakal2 mereka, mereka punya hati yg baik.. =) sikap dan sifat ayah yang luhur itu mengalir dalam jiwa adik2.. doa moga mereka mampu menjadi imam seperti ayah... opi juga petang semalam azan di surau jua baru2 ini telah pergi ke kursus imam dan bilal bagi persediaan terawikh di sekolahnya.. opi sebagai bilal di sekolahnya.. =) saya bersyukur sangat...

ibu juga saya kagumi.... teringat tadi, balik dari terawikh, ibu mengajak kami bertadarus... setiap seorang baca 2 mukasurat, ibu, saya, angah, opi, izul, ayu... berganti- ganti. saya kagumi adikku, ayu.. masih kecil (8 tahun) tapi bacaannya lancar... malunya.. tajwidnya ku kira lebih bagus dari kami adik- beradik... kekadang, ibu mengaji bersama ayu, dan saling menyemak tajwid bacaan mereka bersama- sama.. terkedu. hehe. ayah pulang dr surau selepas mengimamkan terawikh 20 rakaat (kami 8 rakaat ja.. hehe), ayah tersenyum...

sesungguhnya, saya sayangi keluarga ini.. jua berharap akan memperoleh keluarga seperti didikan ayah dan ibu...... amin..

"Selamat Berpuasa"