...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, April 30, 2009

Ah.... aku tak layak berdakwah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat kurniaanNya yang masih seluruh alam dapat menikmatinya hingga saat ini.

"Ah.. aku tak layak berdakwah! diri aku ni bukannya betul sangat!! aku masih jahil ilmu untuk disampaikan! aku bukan bertudung labuh atau berkopiah!!"

Seringkali alasan sebegini kita dengar, saya sendiri. bisikan- bisikan ini seringkali hadir dalam perjalanan menyampaikan Islam.

sahabatku....

"Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu." - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

"Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari" -Hadis Riwayat Al- Tabrani

"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepada-Nya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan(kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini." -Surah Muhammad: 38

Allah menyuruh kita memikul amanah sebagai da'e dan Allah melarang kita berputus asa daripada rahmat-Nya.

Sahabatku...

"Tawaduk suatu sifat terpuji. Perasaan tak mampu dan tak layak memang perlu ada dalam diri kita tapi apabila ia terlalu menguasai diri, itu bukan tawaduk lagi namanya sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja mulia ini." -monolog umi kpd anaknya, Asiah Yusra, novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha.

Saling mendoakan dan memperingati ya... =)

wallahu'alam.

Tuesday, April 28, 2009

Hidayah.

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerna kita semua masih dapat menghirup nikmatnya oksigen Allah SWT, hingga saat ini... ya, betapa cintanya Allah pada kita hingga tidak diabaikan setiap seorang daripada kita walau sesaat pun. =)

Oh, ya.. teringat 1 messege sahabat saya.

"Tuhanmu menyayangimu.. percayalah... dalam setiap hela nafasmu, tertulis seribu cinta Tuhanmu... setiap degup jantungmu, terukir seru rindu Tuhanmu... Bersyukurlah, jangan kau kufur... biar cinta itu subur... agar disuatu hari yang cinta itu nanti minta dibuktikan, kau pasti berbangga dengan kebesaran Tuhanmu, yang kau segarkan dalam jiwamu..."

dari hari ke hari saya rasakan betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang Allah SWT.. hinggakan merasakan betapa diri ini kotor hina lantaran dosa- dosa setiap hari... namun, sekalipun Allah tidak membenci malah dianugerahkan seberapa banyak nikmat pada diri setiap waktu..

Cinta Allah adalah segalanya.. ya, saya yakin sebenar- benar yakin, CINTA ALLAH ADALAH SEGALA- GALANYA.....

Rasa macam betapa banyak peluang dalam hidup saya yang saya tidak manfaatkan sebanyak mungkin dalam tujuan dakwah.. rasa ingin berpatah- balik namun apakan daya, hidup perlu diteruskan kan? ;) , dan mudahan menjadi insan yang lebih baik dalam melahirkan lebih ramai mujahid dan mujahidah... mudahan ia menjadi sebuah praktikal dalam hidup. saling mendoakan ya.... =)

kepada semua sahabat- sahabat, akak- akak dan adik- adikku, yang sentiasa bila berjumpa, sentiasa sama- sama saling memperingati tentang ISLAM sebagai AD- DIN..., saya berterima kasih pada kalian.... Bersyukur padaMu Ya Allah kerna menganugerahkan aku ukhwah yang sebegini indah....

Ya Allah, betapa rindunya hati ini padaMu.........

istiqamahkanlah perasaan ini....

Saturday, April 11, 2009

Saya demam. Terima kasih Miza... =)

Assalamualaikum.

2 hari lepas, saya demam dan menyebabkan badan saya terlalu lemah dan tak boleh terlalu banyak bergerak walaupun dipaksa. siapa suruh lincah sangat kan? hehehe..

apa pun, thanks especially to my 'roommate', Miza who take good care of me! =)

mmuuahhx! sayang Miza! ;p

Love you!

Thursday, April 9, 2009

Keputusan Pilihanraya 2 buah bukit!

Assalammualaikum sahabat- sahabat.

Walaupun rasanya diri saya masih belum layak mengundi (this coming 24 sept 09, i'm 21!), namun demikian mungkin sudah bersama dalam dunia politik sejak kecil.. =)

Alhamdulillah, pilihanraya di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dimenangi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

TAKBIR!

Metro, 8 April 2009



Wednesday, April 8, 2009

Perubahan.

Assalamualaikum.

hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.

hari ni cuti kerna Hari Lahir Sultan Johor, moga baginda dikurnia redha Allah SWT.

Mengimbas kembali.

zaman sekolah: Komander
zaman universiti: Setiausaha

Dua dunia berbeza.

zaman sekolah.

saya rindui zaman sekolah dulu. penuh dengan kelasakan dan ke'ganas'an! menjadi seorang komander dari sekolah hingga PLKN menjadikan diriku kelihatan seorang yang sangat lasak+sempoi+gamble+...... memang saya suka! hehe.

suatu hal yang paling saya tunggu(boleh dikatakan matlamat utama) setiap kali camp adalah jungle tracking, meredah hutan, semak, lumpur.. wah, gile best! hehe.. takde nahas, cari nahas! takde masalah, cari masalah! melompat- lompat saja..., itulah diriku.. ;)

tapi, satu rahsia: tak pernah kena pacat.

zaman universiti.

ada jugalah.... pernah menjadi komander pada semester 1 dan 2 dalam bomba dan sering menjuarai larian jarak jauh di universiti( semester 1 hingga 3).. =)

namun, paling memberi kesan, menjadi seorang setiausaha. berbeza sangat! selalu duduk di dalam office, menaip surat, menyiapkan laporan, mengemaskini data, juga menjaga personaliti sebaik mungkin. juga selalu diminta menjadi pengacara majlis. semua ini merubah diriku kelihatan, ya... mungkin seorang yang lemah lembut dan ayu... (iye ke?) sangat sibuk dan tiada peluang mengikuti aktiviti outdoor yg lasak dan lebih challenge.

nak dikatakan disini,

sebenarnya saya merindui zaman yang 'adventure'.. saya rindu untuk masuk ke hutan, mendaki gunung dan sebagainya. dulu, saya hanya mengikuti aktiviti2 ini untuk enjoy.. namun, kini, alhamdulillah, saya telah faham.. mengapa Allah menciptakan semua ini untuk kita benar- benar menginsafi kebesaran Allah SWT, Subhanallah.

Moga suatu hari nanti impian saya tercapai. saya nak memulakan penjelajahan menjejaki hutan dan gunung!

impian: gunung tahan dan gunung kinabalu.

amin.

Monday, April 6, 2009

Ya Rasul Ku Rindu Hikmahmu...

Sumber: Buku "Rattib Al- Attas dan Asmaul Husna Menuju Husnul Khatimah"
Penyusun: As- Sheikh Haji Mohd. Azman bin Mohsin Al- Muari

Indahnya Dhuha....





Sumber: Buku "Rattib Al- Attas dan Asmaul Husna Menuju Husnul Khatimah"
Penyusun: As- Sheikh Haji Mohd. Azman bin Mohsin Al- Muari

Terima kasih adik- adikku..

Assalamualaikum.

Malam tadi, saya dan rakan- rakan dijemput ke majlis makan malam yang dinamakan 'Malam Jasamu Dikenang'. Majlis ini diadakan di Villa Hotel, Segamat.

nak diceritakan, Hotel Villa ni sangat baik tau! kerna apa.... setiap kali saya ke Segamat, jika hanya menaiki bas, setibanya waktu solat, saya terpaksa menumpang solat di hotel ini. Sudah pelbagai jenis bilik juga yang saya sudah cuba.. hehe.. (area ni tiada surau..)

Kami semuanya mantan Kelab Usahawan atau Entrepreneur Club(ETC). Ingat lagi dahulu sewaktu awal penubuhan kelab ini. =) Exco- exco baru menjemput kami sebagai tanda mengenang jasa ya.. =)
Setinggi penghargaan buat Puan Kursimah Bt Harun, penasihat ETC yang amat saya sayangi..(Puan banyak tau rahsia saya...) adik- adik exco yang baru.. Terima kasih sangat2 atas perlaksaaan majlis ini ya..

Semoga berjaya! =)

Saturday, April 4, 2009

Bahagianya ramai keluarga!

Assalamualaikum.

Pagi tadi, jam 8 pagi hingga 1 tengahari, Unit Sekretariat Rakan Muda UiTM Johor di sini menganjurkan Program Keluarga Gemilang Felda Medoi UiTM Johor. Ia adalah susulan daripada Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT yang dijalankan pada awal semester lepas.

Alhamdulillah, ramai keluarga yang hadir. Rasa gembira melihat bila anak- anak di UiTM Johor ni berjumpa dengan mak dan ayah angkat mereka. Tapi, mak dan ayah syu tak datang, mereka ke Melaka, abang Ayie je datang.. =)

Suka melihat teletah adik- adik SK LKTP Felda Medoi, terharu saya bila saya sampai saja, mereka terus jerit,"eh, Kak Syuhada!".. terharu bila adik- adikku masih mengingati nama saya =)

Anak- anak adalah ibarat kain putih kan? ibubapa yang mencorakkannya...

Ada masa tadi selepas tayangan Palestin, memberi peluang satu slot untuk saya bercerita kepada adik- adik, para belia dan mak ayah semuanya. Allah memberi ilham bercerita mengenai kasih- sayang ibu bapa dan saya kaitkan kasih sayang itu dengan Pencipta, penekanan solat lima waktu, rukun iman dan islam, asmaul- husna, surat cinta- Al Quran dan apa lagi ya? heheee.. bebel aje lah.. semuanya banyak yang diambil dari experiences dalam ESQ Training...

Bila saya tanya, "adik- adik tiap hari baca Al- Quran berapa m/s?". ada yang kata 2, ada kata 3...
"Sayang mak ayah tak? kalau mak marah adik2, sayang mak banyak2 ke sayang sikit2 je?"

jawabnya,"sayang banyak- banyak...". terus saya kata,"nanti mak ayah kat rumah nanti boleh marah anak- anaknya, nanti diorang makin sayang..." ;p

Comelnya budak- budak kecil ni.. seronok mereka terutama bila diajak pergi melawat library.. Canggih ya agaknya? harap moga mereka punya cita- cita belajar bersungguh- sungguh dan belajar di menara gading nanti!

paling penting, doaku: moga mereka semua tergolong dalam kalangan orang2 soleh.

Friday, April 3, 2009

Mahu kongsi rasa hati ni!

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW...
Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad, Wa'ala Alihi Wasohbihi Wassalam.

Sahabat, saya ingin kongsikan keadaan kehidupanku seharian. Apa pemikiranku seharian, ada 'sesuatu' yang sentiasa saya kaitkan dengan setiap saat perjalanan hidup saya.. (ya, sudah semestinya ada ter'missed' juga 'sesuatu' itu..)

Apa dia? sebuah perasaan yang tidak boleh dibeli dengan apa jua.. sebuah anugerah Ilahi yang tidak tergambar nilainya.

kerinduan.. ketenangan.. kebahagian... perasaan kewujudan Tuhan yang mencipta segala sesuatu...

Setiap hari, pelbagai kerenah hidup, cerita- cerita baru yang kita tempuhi lalu menjadikan diri lebih matang dalam menempuh kehidupan seterusnya. Kawan- kawan remaja semuanya, yang lelaki semakin kacak kan, yang perempuan pula semakin cantik dari hari ke hari... =) saya juga? emm... hehee... ;p

Namun, harus diingat bahwa jantung kita ni sentiasa berdegup, tanpa ada bateri pun... tak perlu nak cas2 jantung kan? =)Allah mengurnia kita sebuah nikmat hidup yang kerna berlalunya masa dengan kesibukan dunia, kita sering lupa mengenai betapa cinta Allah pada kita..

Setiap cerita- cerita hidup ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk kita. Hatta sekecil- kecil perkara pun, contoh: kenapa pensil box ni aku letak kat sini? kenapa kunci hilang? kenapa hari ni kelas habis awal? kenapa hari ni aku outing? kenapa discussion hari ni cancel? kenapa duit aku kena curi? kenapa aku kawan rapat dengan dia? kenapa aku kena pegang jawatan ni? kenapa aku kena pergi program ni? kenapa aku failed paper ni?

wallahua'alam apa pendapat kawan- kawan, namun, bagi saya.. sehingga tahap itu saya berfikir mengenai betapa terperincinya setiap apa yang Allah rancangkan untuk kita.. kerna, pasti! pasti setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. percayalah ya.... =)

apa yang penting, sentiasa berdoa, berdoa, dan berdoa.. mohon pada Dia.. Dia pasti tolong kita hambaNya, kerna.... sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...

Sampai jumpa! =)

Kematian itu... pasti.

Assalamualaikum

Teringin berkongsi sebuah lagu...

Ketika Tangan Dan Kaki Berkata

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggungjawab tiba

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Dijalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
Hamba-Mu yang hina

untuk melihat video lagu ini: http://www.youtube.com/watch?v=cNsURlMA-dg

semoga ia bermanfaat...

Thursday, April 2, 2009

Sesuatu yang ku cintai...

Assalamualaikum..

Inilah benda yang paling kucintai... =)

buku kecil Asmaul Husna....

Saya beli di program GEMAH ESQ di Johor Bahru.
RM5 sahaja. Tapi, harganya tak ternilai dibandingkan dengan isinya... =)

Zikir dengan nama Tuhanmu ya... =)

Saya punya impian dan cita- cita, ingin menghembuskan nafas di dunia dalam keadaan ingat pada Dia, Allah SWT.. agar mudah saya menyebut, Lailaha Illallah...

I Love Allah....

Amin. Doakan saya ya kawan- kawan! =)

Ustaz Akhil Hayy is coming!!!!

Assalamualaikum.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Johor menganjurkan program Minggu Keagungan Islam semalam (1 April 09) dan hari ini..

Malam ini, insyaAllah selepas Isya', Ustaz Akhil Hayy akan memberi ceramah di Dataran Sri Bendahara UiTM Johor. Terbuka kepada warga UiTM Johor khususnya dan masyarakat luar umumnya.

Teringat dulu- dulu masa saya sekolah lagi, Ustaz Akhil Hayy masih baru dalam dunia dakwah. Masatu, Ustaz Akhil berceramah di gelanggang badminton saja, orang yang datang juga tak ramai dan duduk- duduk di tepi- tepi gelanggang saja.

Kemudian, selesai ustaz berceramah, ayah saya duduk di sebelah Ustaz Akhil dan minta saya ambilkan air untuk mereka berdua. hmm.. =)

Tapi, sekarang… Ustaz Akhil Hayy da meletup dah.. hehe..

Mudahan beliau terus diberi kekuatan untuk berjuang menegakkan agama Allah swt.. amin.. =)

Keranamu Lima Ringgit!

Assalamualaikum..

saya ada seorang kawan baik.. nama dia, tuutttt... dikenali sebagai Ratu saja.. ;)

Ratu beli topup rm5 celcom kat sorang awek ni... bile beli je, tak masuk2 top- up nya.. ape lagi, marahlah dia kan? kalau saya pun, marah juga... bila beritahu kat awek tu, dia taknak bertanggungjawab pulak, siap suruh pegi celcom centre sendiri.. waduh2x...

Ratu punya lah sound direct, dimintanya pula saya sound awek tu, "syu, ko cakap je kat dia, aku tak halalkan RM5 tu! kalau dia taknak bayar RM5 aku, biar dia susah nak jawab final nanti! blaa.. blaa.. bla...." saya iyekan aje lah... mana mungkin saya cakap begitu dengan sesama saudara Islam..

aduhai, sahabatku.. marahnya dia.... =)

Terfikir juga, amarah ni kan sifat tak baik..
"assabarul minal iman- sabar itu separuh daripada iman"

Tulah dia kan.. kekadang hal sekecil ini pun, syaitan boleh rasuk kita hingga kita berpecah belah sesama manusia.. lebih- lebih sesama saudara- saudara kita...

Konklusinya, saya pun minta tolong kawan saya untuk reloadkan RM5 pada Ratu tanpa pengetahuan dia.. saya messege pada awek tu:

"Saya dah reloadkan dia RM5. Buat2 macam awak je yang topupkan dia semula. Jangan bgtau dia actually awak tak topup dia. Thx ya.. =)"

dia reply;

"Thanks la. Bagus dapat kawan cam awak. Saya da topupkan dia tau. Ade reportnya. Nnt awk gi bilik saya la. Biar saya bayar duit dia tu pakai duit saya. Saya taknak jumpa dia. saya taknak cari gaduh dengan dia."

Ha.. kan simple. selesai. saya dapat balik RM5 saya.. =)

Pengajarannya: Bersabar ya dalam setiap masalah yang dihadapi. Allah tu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita niat baik nak meleraikan perpecahan atau apa jua pertengkaran dengan tenang dan ikhlas, Allah akan bantu kita...

Jumpa lagi! ;)

Wednesday, April 1, 2009

Aku di PLKN..- to QudriX n all

Assalamualaikum..

Oh ya.. syu terlupa dulu ada yang meminta syu bercerita pengalaman syu di PLKN.. hehee... izinkan syu bercerita ya kawan- kawan! =)

hmm... dulu, lepas SPM tahun 2005, syu dapat ke PLKN Siri 3 Kumpulan 1. Ingatkan tak dapat, sebab syu kan dulu sekolah Sarjan Kadet Polis, jadi ada juga yang kata kalau aktif tak dapat PLKN, hmm.. sape kata?? syu dapat je...? ;p

Teruslah naik bas ramai- ramai dengan kawan- kawan yang masih lagi belum dikenali. seronok tau!! tapi, ya... harap- harap tak lama lagi akan ada kawan nanti.. =)

sampai ja Kem Putra Putri Alor Gajah, Melaka.. hm... masuk ja sudah melalui kubur cina.. kemudian kem tu di hadapan reban ayam.. wah... harumnyaaa.... ;p

terus membentuk kumpulan.. cuaca sangat panas, kulit muka syu ni pula sekejap je kena matahari, terus gelap.. hmmm, tapi dah biasa dah nak buat macam mana kan...

Dalam kumpulan Alpha yang dirindui banget ni, jurulatih tanya, siapa diantara pelatih- pelatih yang pernah memegang jawatan komander, koperal ke.. lans koperal ke.. atau sarjan..
syu dan beberapa org angkatlah tangan, syu pula jawatan tertinggi.. maka terus dilantik sebagai ic skuad kompeni alpha.. (ic skuad tu macam leader kumpulan lah..)

lepas lebih kurang 2 minggu syu jadi ic skuad kompeni, kemudian ura- ura kata, Ketua Jurulatih(KJ) nak cari penghuluwati kem... setakat 2 minggu tu, kem dikawal oleh penghulu kem- Boy yang juga lepasan maktab tentera dan antara jawatan tertinggi dalam maktab tu.. orangnya tinggi dan tough.. no wonder laa...

1 hari, lepas riadah, KJ jerit nama syu suruh pegi depan.. fuuuhh, ape nak buat ni? syu diminta bagi command seluruh kem... barulah tahu, rupanya, syu dilantik jadi penghuluwati kem.. berganding dengan boy, tentera tu.... alahai... kecilnya tubuh syu berbanding dia.. haha.. =D

hmm.. jangan main- main tau... suara syu kalau bagi command, hujung padang kawad tu boleh dengar tau, hujung padang pun boleh... (dulu lah... sekarang tak tau lah.. hehee..)

masa waktu- waktu biasa, syu cam biasa je... tapi, kalau kat padang kawad, ups! minta maaf.. tiada maaf bagimu... samada wira ke.. wirawati ke... semuanya syu treat sama... selalunya kesalahan kengkawan ni datang lambat, tak solat jemaah, kasut tak kilat, barisan tak lurus, bilik bersepah, pegi makan pakai selipar dan macam- macam lagi..! aduhai... macam- macam kerenah nak diceritakan...

ingat lagi, ada wira yang lambat, masa tu syu lead keseluruhan skuad(Alpha, Bravo, Charlie, Delta), dari depan tu syu dah jerit..."yang lambat kat belakang tu, cepat sikit!!! terhegeh- hegeh kau jalan!!).. sampai depan syu, lepas tabik hormat, kalau wira, mestilah kena bumping.. yang perempuan, kena labu- labi.. No kesian- kesian, excuse2 takde!

ada satu masa tu, lepas diorang solat zohor, syu rasa kasihan lah semuanya pun penat.. dah la kena duduk kem 3 bulan kan... syu pegang siren dan tak marah pun mereka semua.. syu biar je semuanya bersiap dengan 'lemah lembut'.. syu fikir mungkin keletihan.. tapi, hm! syu tak marah diorang, syu pula yang dimarah..

"syuhada! Kau pegang siren tu nak buat ape! perhiasan kat tangan kau!! kau tak nampak ke anak- nak buah kau ni semua lembab sangat nak berbaris!", jerit jurulatih kompeni..

syu pun ape lagi, marah la semua... marah salah, tak marah salah... heheheee....

tapi kan, hal ni banyak beri pengajaran pada syu... kadang- kadang pelik juga kalau kes kawan blame kawan lah, ketua marah sikit anak buah nak merajuklah... haii.... ntah hape2 ntah la..... relax sudaaaa kan??? tengok macam syu... macam2 kena tengking pun, muka cooool je... ;p ingat nak layan, ley blah.. hek3x..

ada 1 hari tu, nak men adventure games, syu devide diorang jadi 2 group.. syu lead kompeni Charlie and Delta.. then, diorang berbaris dah la tak lurus! bercakap pulak dalam barisan! (sebab berbaris kat dalam kawasan hutan.. hehe..) aduhai.. panas.. panas.... then, jurulatih sindir syu,"syuhada, ape lgi??? tak reti- reti??"

"ok semua sekali, wira wirawati, down! bumping 15 kali!"

hmm.. tak ley buat apa lah kan..... tapi esoknya, syu try bumping 15 kali, aduh.. rupanya penat gile..... ye la, diorang belum cukup rehat lagi.. huhu.. kalau tau, bagi 10 kali je... iskk... sorry la kenkawan ek.... ;)

tapi, waktu malam.. syu suka ajak kawan2 wirawati ke padang kawad.. =) (ceh, mentang2 ada kuasa kan...), kami akan baring atas tar tu dan melihat keindahan bintang- bintang yang bertaburan.. Subhanallah.... (syu suka sangat tengok bintang tau...) rasanya semua penat hilang... =)

Sampai berlalu 2 bulan setengan PLKN... syu pun tak sangka macam mana syu boleh mampu hidup dan kawal kem selama di sana.. ape2 pun, syu berterima kasih sangat kepada KJ, semua jurulatih2, fasilitator2, dan terutama semua kawan2 wira wirawati semuanya.. =)

Ini adalah antara kemuncak hidup bila syu mendapat anugerah pelatih wirawati terbaik keseluruhan kem PLKN.. syukur Ya Allah...

Harap dapat gathering dengan semuanya 1 masa nanti! =)

Siapa dia suamiku......

Assalamualaikum..

sejak akhir- akhir ni, ya.... semakin ramai pula yang merisik2 saya... samada terus melalui empunya diri, sahabat- sahabat dan juga parents..

Ya, umurku mungkin sudah dikira 21 tahun.. (sebenarnya, masih sweet 20 =)
DOB: 24 Sept 1988 )

diri ini kurasakan terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.. berbanding lelaki2 yang ingin menikah dengan saya.. betapa hebat mereka...

kekadang tertanya diri sendiri, apalah istimewanya sangat saya ni??? hmm...

ibu messege, "kaklong jangan jual mahal sangat.. sekarang ni ramailah peminatnya, nanti dah masuk 23 tahun, cantik macam mana pun, susah dah nak cari calon tau....."

aduhai, macam mana ni???

berbalik pada firman Allah SWT dalam surah An- Nuur ayat 26...

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Diri ini terlalu banyak dosa Ya Allah.. layakkah saya menerima seorang lelaki sebaik dia, dia atau dia...?

kusut juga kekadang memikirkan hal jodoh.. Namun, cinta pada Allah mengatasi segalanya.. Saya yakin Allah akan membantuku..

saya juga manusia biasa, yang punya hati.. punya nafsu.. punya keinginan untuk dibelai, dimanja, dijaga dan disayangi dengan penuh rasa cinta sebagai seorang manusia dari seorang suami....

Namun, cinta Allah adalah segala.. cinta Allah adalah segala- galanya... cinta Rasulku adalah segala- galanya buat diriku..

Ada 1 sms ku terima...

"I wish you were here.. here next to me.. been missing u so.. so desperately..but lately i feel how you feel.. and I see.. what you see.. how i'm missing you.."

- Dat's a great song from Sami Yusuf.. lyrics with full of love and miss.. from him to Rasulullah saw.. =)

* Thanks dedicated to my friend, Shahrul who sent this messege..


rindu pada Rasulullah.. teringat betapa hebatnya pengorbanan Siti Khadijah.. Aisyah.. isteri2 rasulullah selama kehidupan Nabi Muhammad saw di dunia..

Diri saya langsung hina tidak sehebat mereka.. namun, punya impian untuk memiliki sebuah keluarga yang sentiasa menuju cinta Tuhan kami, Allah SWT... terus berusaha bagi mendapat syafaat Rasul kami, Rasulullah saw.

Alangkah indah keluarga saya nanti dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan sebuah keluarga dalam nur Islam.... punya suami, punya anak- anak yang menuju cinta Ilahi....

Mudahan Allah makbulkan doa saya... mudahan diri ini diberi kemudahan dan dikurnia cinta dia seorang manusia yang akan memimpinku menuju syurga yang abadi... =) amin...

cuma... siapa dia ya Tuhanku....??? ia masih persoalan.......