...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Saturday, June 27, 2009

berangan jadi puteri! ;)

alangkah bestnya jadi seorang puteri, macam dalam kisah khayalan.... dalam kedamaian dan ketenangan malam, sepanjang masa.. tanpa kecewa... bertemankan bintang2 yang setia... menaiki kereta terbang, dan terus berkhayal melayari keindahan angkasa raya.. menyusuri pelangi2...... terus singgah minum apple juice kat zuhal! =)))

tapi sayang.. hanyalah impian... bulan tak bisa tumbuh ditaman.. dan bila mentari datang, pulanglah segala kenyataan.......

* syu suke berangan.

Thursday, June 4, 2009

Bas Kuning UiTM Johor.

Assalamualaikum.

Ahad, 31 Mei 2009, syu balik kampus dari JB. sampai ke segamat jam 6.04 petang. tengok ke busteen, ada bas kuning... selamatlah....

bila turun je....

"alamak, bas kuning takde!"
rupanya bas kuning dah gerak ke uitm sebab dah penuh... ada juga 5 orang siswi uitm(1 geng) nak balik kampus dan mereka naik teksi, teksi dah penuh.. nak naik teksi sensorang, syu mana lah cukup duit.. bukak dompet, RM3 je!

"macammana nak balik ni... dah la dalam dompet ade RM3 je... takkan nak menapak gi bank.. nak naik teksi, takde geng plak nak kongsi2.."

"hmm, dah pukul 6 ni.. baik solat dulu.. mudahan Allah bantu...."

syu pun ke surau untuk laksanakan solat asar...

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk pulang ke kampus Ya Allah....."

bila syu melangkah keluar je....,

tadaaaa!!!!!!!! BAS KUNING!!!!!!!
"Dan apabila hamba- hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." al- Baqarah 2:186

nota: istilah bas kuning adalah pengangkutan samada van atau bas sekolah berwarna kuning yang juga memberi kemudahan kepada pelajar UiTM Johor bagi perjalanan ulang- alik dari uitm ke bandar segamat. ia adalah semata- mata gelaran pelajar uitm johor je...

Kejujuran. Amanah.

Assalamualaikum..

masa dah nak habis final hari tu, adik bilik call syu,"kak syu, akak ada dapat surat.. nanti akak balik kampus, akak ambil dalam loker ya..."

ini suratnya(ada barang kat dalam..)...
buat sahabatku, its ok my dear... =)

Subhanallah, apa yang buat syu terharu adalah kejujurannya.. benda yang dipulangkan tu, amanah yang syu beri masa syu semester 3 dulu.. syu pun dah lupa..

Moga sahabat sentiasa dibawah naungan keredhaan dan kasih- sayang Allah ya... =)

"Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah Memperhitungkannya(tentang perbuatan itu) bagimu. Dia Mengampuni siapa yang Dia Kehendaki dan Mengazab siapa yang Dia Kehendaki. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." -al-Baqarah 2: 284

Buyud(moyang)ku meninggal dunia..

Assalamualaikum..

Khamis minggu lepas(28 may 2009), lecturer kata, jumaat takde kelas coz lecturer meeting di Shah Alam.. jadinya syu yang homesick je ni terus je buat keputusan nak balik rumah.

tapi, tak sangka kepulangan syu tu, khamis malam jumaat, jam 11.25 malam, dapat call daripada atok, arwah buyud syu baru je menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

kami bergegas ke rumah atok, mujur di JB je.. melihatkan sekujur tubuh yang terbaring kaku, syu tenangkan diri syu... kami membaca yasin dan mengaji...

umur arwah buyud syu dah lebih 100 tahun.. panjang kan umurnya? sejak arwah buyud berumur 31 tahun, arwah buyud tak pernah tinggal bangun solat malam dan puasa sunat hari isnin dan khamis... subhanallah...

malam tu, arwah buyud demam. sepupu syu bagi arwah buyud makan ubat. tak lama kemudian, nafas arwah tersekat- sekat. lepas mengucap Syahadat, buyud dah tiada.....

Alhamdulillah, syu dapat bersama- sama mandikan dan kafankan arwah... harum sangat arwah buyud.. kalau cium, macam tak puas wanginya...

sehingga kebumikan arwah, syu ikut... satu hari nanti, syu pun akan begitu juga kan..... kita semua pasti akan menghadapi kematian juga..

mudah- mudahan arwah buyud kini tenang di alam sana dalam golongan orang- orang soleh.. amin.

buat arwah buyudku, Khatijah bt Hj. Sirat,

al- fatihah...

"Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun." -al-A'raf 7: 34

Kisah Pak U.K (Unit Keselamatan) UiTM.

Assalamualaikum.

Semalam, 4 Jun 2008, syu buat keputusan untuk pulang rumah bila lecturer beritahu esok dan lusa takde kelas.. ape lagi, cabutlah kan?! ;) rindunya kat rumah.. homesick betul walaupun baru balik 3 hari lepas, hehe..

Mintalah kak Ema hantarkan ke busteen naik moto, 6.30 ptg. Nak pinjam helmet kat Pak U.K (Unit Keselamatan..).. berbuallah sekejap dengan pakcik R(leader guard UiTM Johor).

Kalau pelajar UiTM Johor, ramai yang tak suka dengan pakcik ni.. dah banyak kali pelajar naikkan nama pakcik R dalam program MPP bersama mahasiswa, mengadu sampai ke pihak atasan pun ada pasal pakcik R nih! syu pun selalu terima aduan pasal pakcik R ni terutama masa bergelar MPP. sebab ape? sebab pakcik ni selalu tegur pelajar perempuan yg pakai ketat, sendat, terangkat- angkat! saman- menyaman je..

Ini lebih kurang perbualan kami sementara syu tunggu kak ema:

Syu : assalamualaikum. pakcik.. (sambil tersengeh..)
Pakcik R : w'salam.. kenapa? eh, awak ni MPP ea?
Syu : takdelah pakcik..... mantan je.. zaman awe(YDP MPP sesi 2007/08) lepas... err.. pakcik, nak pinjam helmet boleh?
Pakcik R : awak nak topi bomba ke topi keledar? topi bomba pun pakcik ade ni!
Syu : hehee...
....................................(perbualan biasa)..........................................

Pakcik R : Pakcik sedih sangat tengok pelajar- pelajar perempuan ni.. pakai ketat sana, ketat sini.. ada yang pakai baju, depan dah ok, belakang pulak terdedah.. turun pegi mesin atm pakai t-shirt ketat lengan pendek sgt.. seluar jean ketat sangat.. pakcik sampaikan dah tak larat nak tegur...
Syu : ye pakcik, saya pun tengok kawan- kawan saya, saya pun sedih.. kasihan mereka sebab tak peroleh hidayah..
Pakcik R : pakcik tau ramai yang tak sukakan pakcik.. tapi, dah ini tanggungjawab pakcik.. Prof. Kamil dah banyak kali pesan solat malam, solat jemaah, berdoa... tapi, berapa ramai yang buat? dah azan pun, pelajar lelaki masih lagi main futsal! padahal, depan masjid pulak tu..
Syu : (mengangguk dan senyum..)
Pakcik R : pakcik pernah kena panggil dengan pihak atasan sebab nama pakcik selalu dinaikkan pelajar.. pakcik selalu tegur, saman pelajar bukan sebab ape.., pakcik tegur mereka sebab pakcik harap mudah- mudahan bila pakcik tegur pelajar buat silap, ada orang yang akan tegur anak pakcik kalau mereka buat silap jugak...

(tak jauh dr tu, kami hanya lihat ada couple yang bermanja- manja di busstop berdepan dengan post guard yang baru tadi pakcik R tegur, tapi tak makan saman!)

Pakcik R : kalau sekarang remaja dah macam ni, entah apa nak jadi zaman akan datang... pakcik dapat juga tawaran kerja dengan gaji lebih besar, tapi pakcik fikir tanggungjawab pakcik kena didik anak- anak UiTM ni, pakcik teruskan juga kerja ni..

(kak ema sampai...)

Pakcik R : pakcik harap sangat supaya pelajar- pelajar ni sedar dan berubah... Mereka kena letakkan Islam tu betul2 dalam diri.. kena hayati maksud dalam solat tu...!
Syu : seronok dapat bual dengan pakcik.. nanti lain kali kalau bosan2 nanti saya lepak sini je lah bual dengan pakcik ya! ;)
Pakcik R : insyaAllah.. eh, siapa nama awak?
Syu : nama saya Syuhada... =)
Pakcik R : eh, macam nama anak saya... =) ok, balik JB baik- baik...
Syu : ye ke? =) ok, assalamualaikum pakcik.. nanti kak ema ni pulangkan semula helmet pakcik ya..
Pakcik R : wa'alaikum salam..

mahasiswa sekalian, jangan dihina pak guard.. atau lebih glamor, pak U.K (unit keselamatan)... mereka yang selama ini menjaga keselamatan kita, menyaman kerana mendidik.. ikut lah SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR yang dah digariskan oleh UiTM.. ikutlah cara pemakaian yang dituntut oleh agama pegangan kita, Islam.

wallahu'alam.

*perbualan di atas tak lah tepat sangat, tapi lebih kurang dan banyak cut. kalau tak cut, banyak sgt perbualan kitorang sebenarnya... =)