...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,
dan mengerjakan amal
soleh
dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."
Monday, May 23, 2011
Taknak baby meragam sgt?
Saturday, May 21, 2011
Don't say you Love me
Don't say "you Love me" kalau you tak jaga I betul2..! takde maknenyerrr... X(
Cinta HIGH Class!
Thursday, April 28, 2011
Hadirnya seorang puteri
Realiti Alam Rumahtangga
Ada aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku kisah jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku kisah jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku kisah siapa yang mengambil berat tentang keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan ubat-ubatan ketika anak2ku demam dan meragam… Ada aku kisah siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku kisah dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku kisah betapa isteriku tak pernah jemu menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian dalam dan sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja… Ada aku kisah bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku cukup atau tidak ketika aku hendak kepergian.... Ada aku kisah betapa pedihnya hati isteriku bila aku memarahinya… memaki hamunnya dengan kata2 kesat setiap kali dia melakukan kesilapan kecil yang tak disengajakan… Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar... Ada aku kisah jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu untuk anak2ku… melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka demam… Ada aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku kisah bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu kepada anak-anakku… Ada aku kisah kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku kisah jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH… Ketika telefon isteriku berdering di malam hari. Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku ketika aku mahu ke tempat kerja… Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? :( P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya… Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
* Cerita ni sekadar perkongsian utk kawan2. Dapat dari salah satu entry note di fb. Semoga ia menjadi peringatan untuk sang suami dan isteri.. :)
Suami? Jgn jupa tunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kalau tak, jawablah nanti kat padang mahsyar!
Isteri? Semoga kalian jadi isteri yang taat. Ingat! Wanita senang je nak masuk syurga.. Solat, Puasa, jaga faraj dan Taat Suami.
Wednesday, April 27, 2011
Isteri jaga 3 hal pada Suami
Girls & Ladies! Jom Masuk Syurga..!
1. Solat 2. Puasa 3. Jaga faraj 4. Taat kat suami
*dgr ceramah ustaz kazim. hee.. ♥ sonangggg kan? ;)