...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Showing posts with label Kampus. Show all posts
Showing posts with label Kampus. Show all posts

Friday, September 19, 2008

Kisah kos yang saya pelajari dan hidup sbg setiausaha.. (especially to saerah..)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai melaksanakan terawikh malam ke 19.. sudah nak masuk fasa yang ke 3.. Berdoalah semuanya moga ketemu dengan malam LailatulQadar...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Penulisanku ini kuhadiahkan buat sahabatku Saerah.... hehe.. Saerah memintaku bercerita sedikit mengenai kos pembelajaranku jua tugas sebagai setiausaha.. =) moga Allah membantuku dalam perkongsian ini..

Hmm.... buat pengetahuan Saerah, syu belajar di UiTM Johor dan mengambil jurusan Diploma in Business Studies.. Dulunya, semasa sekolah, syu dalam aliran sains tulen. Langsung tiada pengalaman dalam akaun. syu pun tak expect langsung kos business ni rupanya kena belajar akaun dan hal- hal perniagaan. pada asalnya, memang susah nak terima tapi lama- kelamaan business adalah suatu yang amat menyeronokkan! =D

Antara yang syu belajar dalam kos business ni, contohnya.. account, finance, hal2 mengenai komputer, public relation, operation behavior, operation management dan macam2 lagi.. semuanya sangat berguna untuk business. tapi, saerah mestilah kreatif untuk mencipta bisnes. bukan sekadar belajar sahaja. itu untuk menjadi seorang business woman yang berjaya lah. mahu buka perniagaan sendiri, kena pandai cari peluang. Tapi, kalau taknak bukak bisnes pun, banyak cabang saerah boleh sambung masa degree nanti. contohnya, saerah boleh ambil kos bachelor marketing, finance, islamic banking, international business dan sebagainya.

kalau syu, syu lebih suka buka perniagaan sendiri. doakanlah syu... selagi ada kemahuan, disitu ada jalan, insyaAllah... =)

setakat di universiti, ada beberapa business syu pernah try.. antaranya, buka gerai di minggu usahawan(jual roti rock! dll.. hehe), siswanet membership(talian celcom postpaid), pek universiti celcom, brooch, kerepek, emm.. ape lagi ya? syu dah tak ingat.. hehe. banyak yang syu belajar dr pengalaman.. apa yang kita belajar, kita praktikkan, baru seronok! hehe. lagi2, kos ni takde praktikal sepertimana kos2 yang lain. jadi, kena la cipta praktikal sendiri =)

hm, baru teringat.. saerah pernah dengar tak perniagaan francais? masa syu semester ke-3, syu berpeluang ke program francais di The Zone Hotel, JB... di sana, ramai francaiso yang menawarkan perniagaan francais. at the last program, syu isi borang ujian psychometric.. kalau kita pass ujian ni, kita akan dipanggil interview untuk belajar di institut IKRAM, Bangi selama lebih kurang 6 minggu dan kita akan terus dapat buka perniagaan francais mengikut pilihan kita dan akan diberi loan sebanyak 90%! kita juga akan diawasi&dijaga perniagaan kita oleh francaisor selama setahun sebelum kita bergerak sendiri. best kan?

Dan, alhamdulillah, syu berjaya dalam ujian tu, dan dipanggil interview.. jumpa lecturer, bincang nak buat bisnes ape, sampai syu rasa nak bukak bisnes dan jadi student PJJ(belajar sambil bekerja).. tapi, bila bincang2 dengan ibu syu, ibu syu kata habiskan belajar dulu dan syu pun rasa masih banyak tanggungjawab sebagai mahasiswa yg belum selesai.. jadi, syu tak pergi interview tu...

hmm.. buat pengetahuan saerah, Malaysia sememangnya sedang berusaha kearah melahirkan lebih ramai usahawan2 melayu di negara kita.. jadi, banyak sangat peluang untuk kita sebenarnya.. kalau takde idea nak bukak bisnes pun, bukaklah francais.. boleh dapat pengalaman dulu.. kan?

hmm.. ok lah, sekarang syu nak cerita tentang tugas sebagai setiusaha pulak.. =)

hmm.. alhamdulillah, dah hampir 2 semester syu pegang jawatan sebagai setiausaha mpp di kampus UiTM Johor.. Tugas sebagai setiausaha, syu kenalah ikut YDP kesana kemari meeting.. kalau takde YDP, syu kena ganti.. kehulur kehilir, kesana kemari... sampaikan syu rasa bila nak ke UiTM Shah Alam atau KL tu dah macam nak balik kampung tiap minggu je.. huhu.. tapi kadang2 YDP pergi sendiri.. selain dari tu, tugas sistem filing, surat menyurat, minit mesyuarat, laporan dan sebagainya. selain itu, kita juga kena alert pada tarikh- tarikh penting dan ingatkan pada rakan- rakan seperjuangan yang lain melalui sms atau tulis pada whiteboard di pejabat mpp.

Tapi, disamping syu sebagai setiausaha di kampus, syu juga baru sahaja semester ini memegang jwtn sebagai ketua sekretariat unit rakan muda.. jadinya, kadang- kadang syu agak busy dengan tugas ini. alhamdulillah, naib setiausaha banyak membantu... saerah pasti tahu kan tugas setiausaha memang agak berat dan banyak juga tugasnya. tapi, kita akan berkenalan dengan lebih ramai orang sebab banyak 'berutus surat' dan berhubung dgn orang luar.. hehe.

Paling penting, bagaimana menyusun maklumat dalam komputer supaya mudah dicari oleh rakan2 kita. tapi, fail syu kadang- kadang berterabur jugak.. pening gak kepala nak cari.. haha. tapi, jadi s/u ni kena lah tahan sikit kadang2 kena marah dgn big boss... tak leh buat keja salah sikit =( tapi, kena fahamlah big boss lagi banyak hal dia nak fikir... hehe. yang penting, bila buat tugasan tu, janganlah berkira.. anggaplah amalan kerja kita tu rezeki dr Allah SWT untuk hambaNya mencari ilmu... =)

cukup x? ke nak syu bercrite lagi? kalau nak, bagitau la.. nnt syu try untuk berkongsi dengan lebih baik k..?

syu lapa la.. nak gi makan dulu eh? hehe..

salam alaik.

Monday, September 8, 2008

Program Rakan Muda... hehe.

ini commentku di group rakan muda.. saje je letak kat sini sekali.. =)

salam ramadhan.. err... kene bagitau jawatan gak ke? saya nurul syuhada, ketua sekretariat unit rakan muda uitm johor.. yup, semester ini mmg sedikit padat dgn RMWD IPT.. alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar...

Program RMWD IPT sememangnya sangat baik dijalankan kerana dapat merapatkan hubungan pelajar universiti dengan penduduk kawasan luar bandar. kita sedia maklum kebanyakan penduduk kawasan luar bandar sememangnya kurang terdedah dengan pelbagai ilmu di luar kotak pemikiran mereka. Contohnya, mereka tahu mengenai kepentingan Islam dipraktikkan dalam seluruh kehidupan, mereka tahu mengenai isu- isu semasa amat penting, mereka tahu permainan pemikiran manusia di zaman global itu penting, namun disebabkan mereka di bawah jagaan ibu bapa dan tinggal di kawasan yang agak terpencil, ini membuatkan mereka kurang menerima pendedahan luar disebabkan oleh komunikasi yang kurang meluas. oleh yang demikian, diharap agar kehadiran pelajar universiti dapat membuka minda mereka disamping berkongsi pengalaman untuk melahirkan lebih ramai orang yang lebih berjaya. Sebenarnya, penduduk kampung sememangnya dahagakan aktiviti berfaedah terutama dikalangan remaja disamping ia dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam pelbagai kegiatan yang tidak berfaedah. Diharapkan agar mana- mana IPT yang terlibat dgn RMWD IPT akan menjalinkan tali silaturrahim secara berterusan dengan keluarga angkat dan pihak belia juga JKKK kampung berkenaan. Anda hebat!

Khamis ini juga insyaAllah akan diadakan program jejak warisan.. asalnya aktiviti dalam program ini ialah membuat dodol, bubur lambuk dan sebagainya tapi diubah kepada program gotong royong membersihkan kawasan perkuburan.. moga program ini memberi impak yang baik kepada semua peserta lagi2 dalam bulan ramadhan ni.. selain dapat mengingatkan peserta mngenai kematian yang datang tidak diduga dan menyedari bahawa 1 hari nanti kita juga akan kembali ke tanah jua. Remaja adalah tunggak masa depan negara!

Baru2 ini juga telah diadakan program belia remaja (Y2Y) dun peringkat daerah segamat di ulu tiram, johor. Program itu kebanyakannya disertai pelajar- pelajar yang bermasalah. saya telah dipilih sebagai penghuluwati program tersebut. program yang dijalankan amat menyeronokkan namun kadang2 agak tension juga dengan budak2 ni tapi takpelah.. nama pun adik- adik.... namun, bila dikaji dan diperhatikan, disebalik riak muka mereka yang sentiasa gembira (macam takde ape2 masalah), disebalik kenakalan mereka melawan cakap, kebanyakan mereka punyai masalah peribadi yang tersendiri.. mmg tepat, orang yang terlalu gembira, selalunya pasti ada something wrong somewhere.. hmm... sebenarnya mereka punya hati yang baik cuma mungkin latar belakang keluarga dan juga beberapa masalah peribadi. namun, mahasiswa haruslah cuba sedayanya mendekatkan diri dengan mereka dan cuba untuk mengubah mentaliti mereka kerana mereka sememangnya seorang yang berjaya!

Rasanya, itu saja dululah yang dapat saya kongsikan kerana kesuntukan masa.. semoga bertemu lagi!! selamat berpuasa kawan2..! =)

Monday, May 19, 2008

Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2008

assalamualaikum sahabat- sahabat..

alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Ya Allah, ampunkan dosa- dosaku, dosa kedua ibu- bapaku, dosa sahabat- sahabatku, dosa saudara- saudaraku...

Hmm... sudah lama rasanya saya tidak mencoretkan apa- apa petikan disini. hari demi hari, kurasakan diriku kian penuh dengan ilmu, penuh dengan pengalaman, sahabat- sahabat seperjuanganku juga bertambah, kisah pahit manis bersama teman- teman, tidak kurang juga... saya dilamar beberapa jejaka yg hebat- hebat belaka.. ups! dugaan.. dugaan.. semua ini menjadikan diriku lebih matang dalam menjalani kehidupanku seterusnya...

saya harap begitu.

pada tanggal 12 hingga 15 mei lepas, saya telah mengikuti sebuah 'Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2008 bertempat di UiTM Shah Alam. Ya.. alhamdulillah saya diketemukan semula dengan rakan- rakan seperjuangan MPP UiTM SeMalaysia juga diketemukan senior- seniorku (aizuddin dan irshad). aku disapa mereka.. ternyata popular juga saya ni ya.. ;)

Konvensyen ini bertujuan bagi menghasilkan resolusi mengenai peranan mahasiswa dalam mempertahankan ketuanan melayu. Namun saya lihat ia lebih kepada perjuangan politik. ups! tersilapkah? ini hanya pandangan saya sahaja.. setiap yang mengikuti konvensyen itu berhak untuk memberi pandangan masing- masing.

Namun, ya... bagus juga konvensyen ini diadakan menjadikan saya lebih tahu mengenai permainan politik ini.. politik sememangnya sebuah permainan. makanya, perlu hati- hati ya untuk menerima sebuah informasi.. =)

Namun, saya telah membuat konklusi dimana seperti apa yang dikatakan dalam buku fikh al- aulawiyat (fikh keutamaan) karangan yusof al- qardawi dimana apa yang patut didahulukan, kita dahulukan, dan yang patut dikemudiankan, kita kemudiankan.. (namun tidak bererti ia tidak penting). saya menyimpulkan agar kedua- dua parti dari pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat bersatu dan bekerjasama bagi memperjuangkan ketuanan melayu itu sendiri. jika difikir- fikirkan, jika melayu itu hilang, apa lagi yang ada pada kita? melayu semestinya berkait rapat dengan Islam.. agama Allah swt. tapi, hakikatnya, melayulah yang memusnahkan bangsa melayu sendiri.

ini pendapatku.

remaja.. oh, remaja.. masa depan negara semestinya berada dipundakmu sayang... sedarlah anak muda...

wallahua'alam.

Saturday, December 1, 2007

Larian Suatu Yang Seronok???



Ni la hamper pertama yang aku dapat masa semester 01 di UiTM, Johor..
Aku sebagai mahasiswa dan remaja amat menggalakkan supaye rajin2 la anda berjogging! sebab jogging ni sangat baik untuk kesihatan! =D
macam aku, tiap minggu kalau ade masa free, lepas subuh, aku akan keluar pada jam 6.45 pagi... aku akan terus pegi padang depan kolej aku.. kemudian barulah aku akan jogging macam biase non-stop keliling kampus mengikut kemampuan. jogging awal pagi ni, pertamanya, udaranya sangat segar dan fresh! keduanya, tak ramai orang.. laki pun takde..
ni aku nak cite.. bila aku berada di padang sorang2, satu rasa insaf tu akan datang dalam diri. masa ni la aku akan muhasabah diri... kadang2 pernah juga aku berkata dengan sekalian pokok2 di padang tu.. sebab aku tahu, semuanya hidup dan mengabdikan diri kepadaNya... kalau yang nampak, mesti kata aku dah layak masuk hospital bahagia. hehe =)

nak rase tak ape yg aku rasa? try laaa...... hehe =D
Majulah Sukan Untuk Negara!

Busana Muslimah


Kenangan masa aku semester 02...
Johan Pertandingan Busana Muslimah...
ntah hape2.. bila fikir balik, masa ni la 1st time muke aku kena ditokok- tambah... =D tapi ia meninggalkan kenangan yang sangat manis terutama ukhwah antara kami yang sama2 membantu aku dalam pertandingan ni.. rindunya..... =)
semua perempuanlah yang terlibat..
kenangan ini juga adalah kemuncak kedua dalam hidup aku... =)

Friday, November 30, 2007

Poster Mase Aku Bertanding.. (kenangan)


Ni la poster aku masa aku bertanding..

Ape pendapat u all?

especially moto aku..

"Rempuh Selagi Tak Mati!"

hehe =D

Baek aku bagitau dulu..

Moto ni bermaksud; menghadapi apa jua cabaran selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.. (pendek & padat)

Takbir!

Wednesday, November 28, 2007

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 07/ 08

Alhamdulillah, setelah aku bertanding dlm fakulti aku, aku menang 570 undi... mekasih banget kepada yang sudi mengundi aku dan memberi kepercayaan untuk aku memimpin.

makanya, habis je final, aku merantau dr utara ke selatan. mula2 aku gi setiu, terengganu.. kem di sana dengan MPP UiTM Kelantan.. hehe.. tapi malangnye pantai kat situ tak boleh mandi. maka, aku berase sangat sedih.. uhuhuhuu.... tapi, selonok sangat men tarik tali! hehe. n jogging tepi pantai... =)

then, kami turun ke uitm shah alam selama seminggu. ada kursus pengurusan organisasi.

masa ni la aku jumpa dengan semua MPP seluruh Malaysia tapi tak berpeluang sangat untuk berkenalan lebih rapat. Di sana ada banyak juga kenangannya.. aku jual t-shirt labuh sekejap.. saje2 je jual.. aku penah sekali kene jadi MC masa turn kampus aku. hehe. then, aku ada jugak kena pegi depan jadi model sekejap.. hehe. katanya, cara aku pakai tudung tak berapa elok.. mau tak aku dah melilit2 tudung aku.. disuronye aku pakai tudung singkat sikit. aku gemok ke? isk..isk....

masa ni awe ade.. kecoh gile. cume kadang2 aku sebagai setiausaha dia kene la tegur kalau tibe2 beliau tergembira dn terexcited sangat! tapi, aku sangat menyenangi sikap dan perangai boss aku ni.. huhu.
yang bestnye jugak, aku berjumpa dengan 2 orang 2 pupu aku.. ezuwan dr MPP Kelantan dan Zainizam dr MPP Perlis.. Jejak Kasih la kirnye.................. =)

cuma, seorang sahabat yang paling aku tunggu tak dapat follow program ni.. huwawaaaaa....................
lepas dah seminggu ka sana, kami ke Perak untuk program Biro Tatanegara. Masani la paling best!

awalnye, ntah camane majoriti sokong aku jadi AJK Dewan. Maka, aku aje la yang jadi MC.. walopon aku ade lagi 2 ajk.. aku ni jenis kalau aku mampu buat, aku malas nak bagi arahan kat orang lain.. hoho.. bukanlah baek hati tp mmg baek pon.. huwawahehehe..... disamping aku nak cari pengalaman banyak2.. hihi.
kitorang berakit sepanjang 12 km dan explore race 8 km.. mau tak hitam la muka aku.. iskkk.....

masa main burung hantu disebabkan aku dah biase, maka aku tido lah sepanjang perjalanan game tu.. huhu. tak payah la fasi2 nak bohong aku.. hahaak!!
aku ingat lagi, aku wakil kumpulan aku masuk pertandingan gadis paling ayu.. tapi aku tak sangke plak apai dengan bob nak kenekan aku. disurohnye aku buat ninja turtle kat depan! huwaaa.... kurang kesopanan aku.. hohoo..

di sana, aku digelar sebagai ninja turtle... sebab aku boleh lompat ninja turtle. aku pon digelar inspektor gadget sebab aku pakai blazer labuh.. aku juge digelar gadis siswanet.. sebab aku buat promotion siswanet kat sane.. hehehe..

aku kat sane jadi setiausaha ahu pulak.. hehe.. sebab awe takde.. hihi.

yang bestnyer, member special aku ade kat sana. cume dia banyak senyap... bukan pendiam tapi memulas buah fikiran.. huhuuu...

demikianlah serba sedikit cerita aku..

ku amattttttttttttt merindui kalian.!!!!!!!!!!!!!!!!!! =)