...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,
dan mengerjakan amal
soleh
dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."
Monday, May 23, 2011
Taknak baby meragam sgt?
Saturday, May 21, 2011
Don't say you Love me
Don't say "you Love me" kalau you tak jaga I betul2..! takde maknenyerrr... X(
Cinta HIGH Class!
Thursday, April 28, 2011
Hadirnya seorang puteri

Realiti Alam Rumahtangga
Ada aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku kisah jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku kisah jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku kisah siapa yang mengambil berat tentang keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan ubat-ubatan ketika anak2ku demam dan meragam… Ada aku kisah siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku kisah dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku kisah betapa isteriku tak pernah jemu menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian dalam dan sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja… Ada aku kisah bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam.... Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku cukup atau tidak ketika aku hendak kepergian.... Ada aku kisah betapa pedihnya hati isteriku bila aku memarahinya… memaki hamunnya dengan kata2 kesat setiap kali dia melakukan kesilapan kecil yang tak disengajakan… Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar... Ada aku kisah jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu untuk anak2ku… melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka demam… Ada aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa.... Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku kisah bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu kepada anak-anakku… Ada aku kisah kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku kisah jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH… Ketika telefon isteriku berdering di malam hari. Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku ketika aku mahu ke tempat kerja… Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? :( P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya… Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
* Cerita ni sekadar perkongsian utk kawan2. Dapat dari salah satu entry note di fb. Semoga ia menjadi peringatan untuk sang suami dan isteri.. :)
Suami? Jgn jupa tunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kalau tak, jawablah nanti kat padang mahsyar!
Isteri? Semoga kalian jadi isteri yang taat. Ingat! Wanita senang je nak masuk syurga.. Solat, Puasa, jaga faraj dan Taat Suami.
Wednesday, April 27, 2011
Isteri jaga 3 hal pada Suami
Girls & Ladies! Jom Masuk Syurga..!
1. Solat 2. Puasa 3. Jaga faraj 4. Taat kat suami
*dgr ceramah ustaz kazim. hee.. ♥ sonangggg kan? ;)
Orang yang TerBaik.
"Perempuan yang PALING Baik ialah perempuan yang TERBAIK pada Suaminya"
Kembali berblog? hehe.
Monday, August 30, 2010
For the rest of my Life
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you..
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for u..
Saturday, August 28, 2010
Anugerah Terindah
Em, rasanya dah terlalu lama masa 'berehat' daripada b'blog.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT adalah anugerah seorang suami, Farid Izwan yang selamat kami diijabkabulkan 29 mei lalu.
Dan, kini syukur Ya Allah.. di bulan penuh mulia, Ramadan Al-Mubarak, kami berdua sekali lagi dikurniakan anugerah terindah, yang sudah sekian 5 minggu.
"Sayang, kita kena bacakan surah Yusuf supaya dia Hensem macam abang kan? Cantik macam sayang..."
"Ya abang... kena juga baca surah Luqman supaya dia jadi anak soleh solehah..."
Segera syu membuka tafsir Al- Quran dan membacakan tafsir surah2 ini. Kami tersenyum.
Alhamdulillah. Semoga cinta krn Allah akan berterusan buat kami ber'tiga'.
Monday, February 15, 2010
Kembali berblog..
wah... dah berbulan rasanya tak menaip blog.. Alhamdulillah, hari ni terlintas untuk mula kembali menulis sesuatu..
1 Januari 2010... maka selamatlah sudah syu menjadi tunangan orang, dengan..... :) em, jalannya mudah.. mudahan mmg dialah yang telah ditentukan untuk syu.. amin.. :)
1 Februari 2010.. syu mula bekerja di Prudential BSN Takaful, Skudai, JB... sbg HR Exec... Syukur Ya Allah Ya Rabb... padahal, syu sangat ingin further degree dalam bidang HR.. namun, atas beberapa kekangan, syu tak dapat further dulu... tapi, inilah hikmahnya... :))) amin....
* ha.... kalau ade siapa2 yang sudah bekerja atau mahu mencari pekerjaan... ini peluang anda! :)
Tempat: SKUDAI, JOHOR BAHRU.
Syarikat: PRUDENTIAL BSN TAKAFUL.
~FULL TIME atau PART TIME
Jawatan ditawarkan: MARKETING EXECUTIVE, FINANCIAL PLANNER, PRUDENTIAL WEALTH PLANNER.
Call Syuhada: 016 717 1050
if u are qualified, do appointment with me for an interview session! :)
ok... nak masak ni...... lapa sudah... jumpa lagi ya!
jzkk.
Friday, October 16, 2009
Puisi syuka syuki dr Udin
Msg ni cuma untuk Khairuddin a.k.a Udin, my cousin:
Udin, aku abadikan sajah bertuah ko untuk aku ni kat blog aku.. haha.. mekasih2... ;p
heheheh
syuk yang syuka syuka syaking syeng
tak da keja
cari keja
buat keja
syuka syuka
asal puas hati dan jiwa
yang penting jiwa tak berduka
asal tidak lari usul dan din nya
yang pentg bergumbira seadanya
jagn lari dari fitrah pencipta
aku mengarut di tengah hari raya
walau raya nak abis da
yang pentg aku tak susahkan sesiapa
itu dia puisi ku di tengah jumaat yang ma a'jaba
selamat tinggal
aku nak ke kuliah
doakan daku semoga bahagia dengan ilmu-NYA
BYEEEEEEEEEEEEE....
aku: babai Udin.. semoge ko bahagie dunia akhirat... :)
Tuesday, October 13, 2009
Sebuah Visi, Misi dan Nilai.
Assalamualaikum,Alhamdulillah... betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang... A day before event, Puan Marhaini, GM ESQ Training Malaysia mengizinkan syu untuk attend for ESQ Mission Statement and Character Building (MCB) angkatan 7 pada 10 & 11 Oct di Matrade, Jalan Duta yang disampaikan sendiri oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, Pengasas The ESQ Model 165.. :)
Dalam training ni, syu mendalami rukun islam pertama dan kedua, shahadat dan solat..
Syahadat:
Resolusinya, buat diri syu dan sahabat2..
bermula hari ini:
VISI: Bertemu dengan Allah SWT di Syurga Firdaus.
MISI: Pengabdian pada Allah SWT mengikut panduan Rasulullah.
NILAI: Asma Ul Husna (Suara Hati)
Solat:
Resolusinya...
"Solat untuk membentuk karektor"
Perbaiki solat supaya hilang karektor buruk & terbit karektor yang mulia.
- Solatlah tepat waktu, agar disiplin..
- Solatlah jemaah, agar terlatih kerjasama..
- Sujudlah secara fizikal & hati, agar anda tidak sombong..
- Ikutlah turutan saf solat, agar terbina sifat adil..
Sama- samalah saling mendoakan ya.. moga2 kita semua akan sama- sama berjuang menuju ke syurga Firdaus, amin... :)
Indahnya kasih- sayang dan Cinta Tuhan...... hayatilah surah Ar- Rahman.....
Takbir! Allahu Akbar!
Tuesday, September 8, 2009
Allah dekat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerna terus melimpahkan cintaNya pada kita.
Sahabat2, kita MESTI bersyukur pada Allah SWT kerana kita dipilih Allah utk memiliki sebuah hati yang sentiasa berhajat dan mengingati Dia...
Baca ni, berita gembira buat kita... :) Allah berfirman:
"Dan apabila hamba- hamba- Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (2: 186)
Rebutlah cinta Allah ya! ;)
Wallahu'alam.
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun."
Kalimat ni kita hanya akan sebut selalunya cuma bila ada orang meninggal dunia atau ada orang yang mungkin sedang nazak saja kan...?
padahal, Allah berfirman:
"Dan Kami pasti akan Menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang- orang yang sabar,
(iaitu) orang- orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun"(sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali)." (2: 155- 156)
Jadi, lepas ni.. kalau ditimpa musibah.. kesusahan ke... kekurangan duit ke... ucaplah...
"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" ya.. :)
Wallahu'alam.
Saturday, September 5, 2009
Flash back diri kita!
Baru saja keluar dari dewan ESQ Training ni.. Tadi session mengembara terbangggg jauuhh ke angkasa raya.. Subhanallah.... terasa betapa kerdil diri ni... betapa diri ini asiikk saja berbuat kesalahan pada Allah swt....
Kami seluruhnya diperingatkan dengan sepotong firman Allah:
"Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu (tadinya) mati,
lalu Dia Menghidupkan kamu,
kemudian Dia Mematikan kamu,
lalu Dia Menghidupkan kamu kembali,
Kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
(Al-Baqarah, 2: 28)
Mudah- mudahan Allah membimbing kita semua kepada jalan yang Dia redhai.
Wallahu'alam.
Thursday, September 3, 2009
Nikahi perempuan@lelaki beriman.
Assalamualaikum..Ada sebuah firman Allah yang ingin saya titipkan buat sahabat- sahabat yang ingin menikah atau mungkin sedang membuat pemilihan... :)
"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hatimu.
Dan janganlah kamu menikahkan orang (laki- laki) musyrik (dengan perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya laki- laki yang beriman lebih baik daripada laki- laki musyrik meskipun dia menarik hatimu.
Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. (Allah) Menerangkan ayat- ayat-Nya kepada manusia agar mereka mengambil pelajaran." (2:221)
* Jadi, buatlah pilihan baik2 ya....
tepuk dada, tanya selera ke?
bukan3x...!
---> tepuk dada, tanya IMAN.... :)))
wallahu'alam. :)
Tuesday, September 1, 2009
Friendster da tiade masalah lagi.. :)))))
majula sukan utk negare...
1 Malaysia!
Friday, August 28, 2009
Sharing Morning Briefing 27 sept 09
dah lama rasanya tak menaip sesuatu..
Ada sedikit pengisian dari salah seorang trainer ESQ, Pak Andi Muhammad Fajar on our morning briefing 27 sept 09.
1. Ibadah bukan hanya 'simbol' tapi 'ritual'.
kita kan sedang menjalani ibadah puasa.. :) tapi, ingat ya! puasa itu bukan sekadar perbuatan saja, tapi 'spirit' atau makna disebalik puasa itu mesti kita betul2 fahami dan nikmati.. :)
2. Repetitive Magic Power (RMP) formula.
hakikatnya, setiap manusia memerlukan pengulangan. Allah perintah kita ulang setiap hari 5 waktu kita solat, berulang2 kita berpuasa setiap tahun, berulang2 kita mengucapkan syahadah setiap hari, berulang2 kita belajar di kampus dan ambil exam...
memang kita memerlukan pengulangan.
TAPI, berapa ribu pun kita ulang sesuatu perkara, kalau ia tak dihayati, IA TIADA MAKNA....
*setiap hari syu mendapat 'sesuatu' sepanjang hari bekerja di sini. nak sangat sharing pada semua orang.. tapi, cuma tak sempat nak menaip.. huhu...
selamat berpuasa! :)
Rasakan betapa nikmat Cinta Allah dan RasulNya... :)