...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Monday, December 3, 2007

Syair CINTA buatMu...


Ku titipkan ia buat kawan2 semua...

Rabi'ah Al- Adawiyah

1. Suatu saat Sufyan At- Tsauri bersama Rabi'ah: dia berdoa: " Ya Allah, berilah redha kepadaku. " Rabi'ah berkata: "Tidakkah malu bila Allah tidak memberikan apa yang engkau minta itu?"

2. Ruwaym berkata: "Taubat ialah hendaklah kamu tidak akan mengulangi lagi perbuatan- perbuatan dosa, sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang wali wanita, Rabiah: "Saya memohon keampunan kepada Allah dari sedikitnya perbuatan benar dari diriku".

3. Alangkah sedikitnya rasa sedihku. Bila engkau benar- benar merasa sedih, maka tidak akan ada kesempatan untuk bersuka- suka.

4. Permohonan keampunan kita itu memerlukan pengulangan yang banyak.

5. Sufyan At- Tsauri memohon nasihat kepada Rabi'ah dan berkatalah beliau: "Engkau seorang yang baik, sekiranya engkau tidak mencintai dunia".

6. Beliau bersyair mengenai cinta kepada Allah sebagai berikut:

Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,

cintakan diriMu

dan cinta kerana Engkau patut dicintai.

Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.

Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,

aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.

Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,

tetapi puji dalam hal ini,

dan itu hanya milikMu.

Sunday, December 2, 2007

Keluarga Bahagia... =)

Keluarga Bahagia
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHearth

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi
Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita
Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga
Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu
Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah.....
Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

Kahwin??? Kenduri??? =D

Banyak betul kenduri kawen cuti sekolah ni kan? alhamdulillah.. aku doakan semoga pasangan2 ini semua akan kekal bahagia hingga ke anak cucu dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya, amin... =)

cuma, ada sesuatu yang aku sedikit kurang suka...

em, kebanyakan kenduri kawen yang aku pegi, mesti ade karaoke, dengan DJ memutarkan lagu2 yang amat membingitkan.. aku tau mungkin ada yang dah biasa berkaraoke dan berasa seronok dengan keadaan itu.. tapi kenapa tidak kita ubah dengan bercirikan islamic...??

apa ya salahnya kalau DJ tu putarkan lagu2 nasyid yang mendamaikan jiwa.. selawat2 yang menenangkan hati.. selesa lah sedikit dan tenang hati kami nak menjamu juadah2 yang telah pun disediakan tu... yer tak?

aku harap akan datang kebanyakan rumah2 kawen yang aku pegi akan memberi keselesaan kepada seluruh tetamunya.. aku gerenti... =) islam dah ajar yang terbaik! follow aja deyhh... =p

(bila plak aku dapat jumpe calon aku? mak aku tiap hari dok ungkit pasal menantu plak uh... hem... aku baru je sweet 19 maaa.... =( apa2 pun, jodoh di tangan Allah SWT.. Moga aku ditemukan lelaki yang boleh membimbing aku.. -dah le aku ni huru- hare! hehe =p)

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM !

Assalamu'alaykum..

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM

Kali ni ana nk ajak antum semua muhasabah balik diri kita yg bergelar pemuda ni. Adakah semua ciri2 ni sudah tersemat kukuh dlm hati kita dan telah kita jelmakan melalui perbuatan?? peringatan penting buat diri ini..Pemuda adalah harapan setiap bangsa utk mengembalikan keagungan mereka..

Pemuda Islam perlulah:
• Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri (sgt pnting!!)
• Faham dakwah dan cara kerja yang betul (Dakwah kurun ke 15 Hijrah)
• Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM- (5:3) manusia sdg mnuggu2 kita..
• Ianya perlukan pengorbanan (rujuk kisah Seerah Nabi dan Sahabat) pgorbanan dr segala sudut
• Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng, tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam.

Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori)
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali)
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama (manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga syahid!!

Slogan & keyakinan kita :
• " Allah matlamat ~ Rasul Ikutan ~ Quran perlembagaan ~ Jihad jalan ~ Mati syahid cita-cita tertinggi "
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.
Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)

Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas
• Menjadi pemerintah dunia (Ustaziyyatul 'Alam)
*Tak boleh pilih2..semua perlu dicapai..

--------------------------------• Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin ke arah ini maka sila cari cara & jalan lain.
• Kita bukan lemah (3:173)
• Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll. Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
• Orang Islam ialah: " PENDITA dimalam hari dan SATRIA disiangnya "
• Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
• Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
• Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita. (kebenaran yg tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun!!)
• Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam (tajarrud)
• Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)

p/s: terasa byk sangat yg perlu diperbaiki.. ana teringat kata2 dr penulis buku "al-munthalaq" karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid yg dibacakan oleh penceramah semasa ana mengikuti sebuah tamrin yg mengatakan putera-puteri Islam kini telah diasuh dari seekor ANAK SINGA yg GARANG menjadi seekor KIJANG yg PENGECUT. Ana petik sedikit ayat beliau yg menarik ini:

" Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mereka asuh anak anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama', ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam. Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya..! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.."

Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama' kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Realitinya memang benar2 terjadi kerana kita remaja kini telah disibukkan dengan hal-hal yg remeh-temeh dan malahan yg paling mengecewakan ianya tiada lgsung berkaitan dgn Islam. Memang tidak dinafikan, jika anak2 kijang ini ditegur, alasan demi alasan akan diberi semata-mata utk mengiyakan apa yg telah mereka perbuat tu. Dan yg lebih dasyat lagi sehingga ada yg cuba berselindung disebalik nama dan hukum-hakam Islam melalui secebis ilmu yg mereka perolehi. Alangkah hinanya kita jika menjadi salah seorang dr pencemar2 Islam itu sendiri.

Allahu ta'ala a'lam..yg baik 2 dtg dr Yg Maha Esa dan yg lemah itu adlh diri ini sndiri..
tegur jika silap..

Jzkk..

sumber: group permasuitmj

Saturday, December 1, 2007

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia?

¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.

¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

sumber: http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=2149

Kak Waheeda my sister?


Ini kakak saya... hehehe...
percaya?? boley percaye ke......
baek korang jangan percaya.. sebab,
aku tipoooo.......
Kak Waheeda...... !!!
love you!!!
mmuuuuaahhhhh3x!!! =D

kami N.A.K.A.L!!!


Aku ada 1 pengalaman yang tak bleh dilupakan bersama rakan2 kat wing aku. ade bende sikit N.A.K.A.L yang kitorang buat, termasuk aku laa... hihihii.... =p
(aku sediakn ini buat peringatan member2 batch aku wing aku)
hehe.. =D akhir semester 02.
Masatu, kitorang baru je habis paper final ECO.. jadi sebelum cuti sem, kami pun nak le enjoy bersama! hehe =D
kitorang keluar petang lepas asar.. mula2 agenda kitorang macam biase la... shopping! nak bowling rase macam x sempat je.. iskk.. isk.... lepas dah berpeleseran area billion segamat tu, kitorang bergerak ke GIANT! hehe.. aku masatu dah le kering. huhuhu... jalan punye jalan, dah petang sangat.. lepastu nak keluar dr GIANT.. kitorang melantak aiskrim secara ber'jemaah'.. hehe...
[makan aiskrim secara ber'jemaah']
kami bukan peminte sedekah jalanan wokeeyyy.......
Lepastu, dah nak maghrib, kitorang amek keputusan solat kat Villa Hotel.. ntah dah berapa kali aku menebalkan muka nak tumpang solat kat situ disebabkan takde surau terdekat. Banyak kali aku dapat masuk hotel ni free... hehehe.. tiap kali aku pegi mesti lain2 jenis bilik aku dapat.. =p mekasih banget kepada Villa Hotel, Segamat! =)

[ tumpang solat di Villa Hotel, Segamat]

hahahahahaha!!!! masa yang ditunggu2! kitorang pegi fun fair! jalan punye jalan kaki woooohhhhh..... seronok sangat masa tu!!!!! mainan yang paling aku suke maen, Roller Coaster! hehehe.. aku duk depan sekali uh.. punye la semangat! masa ni la sesi melepaskan tension dan tekanan menjawab final exam! =p

[hepy terbabaz hohooo....]

[=D]

Lepas dah penat dan dah puas, kitorang balik semula ke jalan yang benar.. hihi. kitorang pun gi makan sebab kelaparan!!! then, tengok jam dah pukul 10.. ni kira betul2 habes tension nih! hehe. nak balik, shhhhh..... (takut kene saman dgn pak guard!) hehe. makanya, kitorang amek keputusan malam tu tido hotel beramai- ramai!! ni la kire kemuncak keNAKALan kami! hikhikhik... sungguh tak bertanggungjawab punye students!!! =p kongsi2.. hotel RM50 1 malam... sorang RM5 la.. kitorang semua ade 10 orang! hahahak! =D

[jadi mayat sementare]



Sopan kan semua pakai baju kurung? mane plak kitorang dapat baju kurung ni?? haha.. kitorang terlupa pulak yang esoknya tu hari isnin.. jadi kitorang contact sorang student kat UiTM minte tolong hantarkan baju kurung.. hahaha!
kami pun selamat sampai ke UiTM tengahari esoknya tanpa ditahan dan disaman.. hihihi.. kepada u all, jangan tiru ok! (dun try this at home.. =D)
ianya kenangan terindah buat diri aku dan sahabat2..
i love u all!! wing B level 1, Kolej Baiduri!!!
muuuaaahhhhxxxxxx!!! =p