...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Monday, May 19, 2008

CINTA.....

"Jangan kerana cinta kita gugur.
Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut dan cair.
Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan
dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta.
Kecurangan akan meranapkan cinta.
Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta dibajai dan disuburkan
melalui kaedah- kaedah yang direstui, diberkati dan diredhai Allah."

Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2008

assalamualaikum sahabat- sahabat..

alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Ya Allah, ampunkan dosa- dosaku, dosa kedua ibu- bapaku, dosa sahabat- sahabatku, dosa saudara- saudaraku...

Hmm... sudah lama rasanya saya tidak mencoretkan apa- apa petikan disini. hari demi hari, kurasakan diriku kian penuh dengan ilmu, penuh dengan pengalaman, sahabat- sahabat seperjuanganku juga bertambah, kisah pahit manis bersama teman- teman, tidak kurang juga... saya dilamar beberapa jejaka yg hebat- hebat belaka.. ups! dugaan.. dugaan.. semua ini menjadikan diriku lebih matang dalam menjalani kehidupanku seterusnya...

saya harap begitu.

pada tanggal 12 hingga 15 mei lepas, saya telah mengikuti sebuah 'Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2008 bertempat di UiTM Shah Alam. Ya.. alhamdulillah saya diketemukan semula dengan rakan- rakan seperjuangan MPP UiTM SeMalaysia juga diketemukan senior- seniorku (aizuddin dan irshad). aku disapa mereka.. ternyata popular juga saya ni ya.. ;)

Konvensyen ini bertujuan bagi menghasilkan resolusi mengenai peranan mahasiswa dalam mempertahankan ketuanan melayu. Namun saya lihat ia lebih kepada perjuangan politik. ups! tersilapkah? ini hanya pandangan saya sahaja.. setiap yang mengikuti konvensyen itu berhak untuk memberi pandangan masing- masing.

Namun, ya... bagus juga konvensyen ini diadakan menjadikan saya lebih tahu mengenai permainan politik ini.. politik sememangnya sebuah permainan. makanya, perlu hati- hati ya untuk menerima sebuah informasi.. =)

Namun, saya telah membuat konklusi dimana seperti apa yang dikatakan dalam buku fikh al- aulawiyat (fikh keutamaan) karangan yusof al- qardawi dimana apa yang patut didahulukan, kita dahulukan, dan yang patut dikemudiankan, kita kemudiankan.. (namun tidak bererti ia tidak penting). saya menyimpulkan agar kedua- dua parti dari pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat bersatu dan bekerjasama bagi memperjuangkan ketuanan melayu itu sendiri. jika difikir- fikirkan, jika melayu itu hilang, apa lagi yang ada pada kita? melayu semestinya berkait rapat dengan Islam.. agama Allah swt. tapi, hakikatnya, melayulah yang memusnahkan bangsa melayu sendiri.

ini pendapatku.

remaja.. oh, remaja.. masa depan negara semestinya berada dipundakmu sayang... sedarlah anak muda...

wallahua'alam.

Monday, December 10, 2007

ZzZzzZ.. Sebelum Kita Tidur...... kroih.. kroihh...

Assalamualaikum saudara2ku sekalian..

Em, malam tadi nurul terjumpa buku Warta, Jabatan Agama Johor.. bil. 444.. ada artikel best taw!

hmmm... sebelum ni, kawan2 mesti dah tahu kan, sebelum tidur, kita kena baca surah al- ikhlas, selawat, istighfar, tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.. tapi ni nurul nak beritahu apa fadhilat yg kita dapat kalau buat amalan ni... menarik tauu...... =p

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra:
Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

..:: Sebelum khatam Al- Quran
..:: Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat dihari akhir
..:: Sebelum para muslim meredhai kamu
..:: Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur, bacalah:

..:: Al- Ikhlas tiga kali seakan- akan kau mengkhatamkan Al- Quran
..:: Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat
..:: Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu
..:: Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan- akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

hmmm... begitulah kawan2... =)
semoga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya ya.... =)

Selamat malam..... gud nyte.. =p

jzkk..

Thursday, December 6, 2007

Saya Mahu Suami Yang....... =p

Sape nak kahwin?? Angkat tangan!!!! Hehe.. nurul pun angkat tangan jugak lah.. =D

Di sini, nurul nak kongsi 1 artikel yang nurul baru baca dalam majalah Dara.com bulan ni…. Tapi, nak pilih calon suami ni bukannya senang sayang oi…. Lagi2 dalam dunia global sekarang ni.. segalanya tanpa sempadan kan? Tanpa iman terhadap Allah SWT, sudah pasti sikit2 pun kita akan terpengaruh juga… Nurul perhatikan kebanyakan remaja sekarang, asal suka je, asal hensem, ayat manis sikit, terus percaya bulat2.. terus serahkan sepenuh jiwa dan raga.. bagi sentuh sana sini dan sebagai- bagai- bagainye.. dah kenal bertahun2 pun, bila dah kahwin, lain pula jadinya.. . baru la nak mengadu menangis sane sini.. em… macam mana ni ye??

So, di sini, nurul kongsikan sedikit tips macam mana nak pilih calon suami anda!
Nurul pun nak praktikkan lah ni… hehe.. =p

Andai cinta hendak diberi

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti.. Itulah sedikit rangkap lagu Raihan. Lantaran Kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang……..

Jeng, jeng, jengggg!!!!

Kuat agamanya
Biar sibuk macam mana pun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah saw menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredabiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, ‘ kelab malam’, pub dan bar?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia!

Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar kearah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Hmm… carilah yang lain ye!

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

Haaaa…. Itulah dia tips untuk cari calon suami! =D

Kepada wanita, selamat mencuba! Carilah suami yang terbaik untuk masa depan kalian… =D [doakan diriku jua… =)]

Kepada lelaki yg membaca artikel ini, sila penuhi syarat2 ini untuk menjadi idaman dan contoh kepada masyarakat terutama dalam menaikkan kegemilangan agama Islam! =) Anda bakal ketua keluarga yg bakal mencorakkan warna2 ceria atau kelam keluarga anda!

Apa yg baik datang dr Allah swt dan yg buruk dr kelemahan nurul sendiri..

Jzkk.

Wednesday, December 5, 2007

My RoOm '8' ;p

ROOM8 NURUL.. hehe.. =D
[KAK ZURA ter' RiNdu', ZAJA ter'ChInt3', HUSNA ter'CayUnK']
I MiSsSsssssSSSssSss YoUuuuUUUuuuu!!!!!!!

Pintaku..

assalamualaikum....

nurul merasakan diri nurul terlalu banyak kekurangan.. walaupun banyak bende yang nurul kecapi kini tapi makin nurul kenal dunia, makin nurul rasa diri nurul makin jahil dengan ilmu.... kadang2 orang mengharapkan yang terbaik daripada diri nurul.. orang lain yakin nurul boleh buat yang terbaik dalam itu dan ini... nurul takut tak dapat buat yang terbaik walaupun sokongan kawan2 mengatakan nurul boleh buat yg terbaik...

Ya Allah.. nurul amat berharap agar nurul diberi kekuatan Ya Allah.. nurul sangat takut memegang banyak sangat tanggungjawab... Kau tahu Ya Allah, pelbagai ragam dan jenis hambaMu yang aku hadapi. sifat aku yang terbuka berkawan dengan sesiapa, kadang2 aku takut tak dapat mengawal emosi. maka, kurniakanlah aku Ya Allah keimanan yang ketaqwaan terhadapMu yang jitu Ya Allah...

Aku sedih Ya Allah... aku sedih lihat rakan- rakanku yang ramainya masih tak sedar akan tanggungjawab mereka sebagai Islam Ya Allah.. ada juga memberi dan mencabar sekuat2nya pada diriku Ya Allah.. Ya Allah.. aku ini insan kerdil hina.... ilmu yang aku ada hanya sedikit cuma.. bantulah aku Ya Allah.. Bantulah aku dalam perjuangan ini....

Ya Allah.. aku mohon Ya Allah..
Ya Allah.... aku benar- benar mohon Ya Allah..
beri aku kekuatan........

Monday, December 3, 2007

Tentang D + O + S + A = DOSA

Dari Abdullah ibn Abbas

Wahai diri yang melakukan dosa!
Janganlah rasa terhindar dari seksaan dosamu itu, kerana tabiatmu itu adalah lebih besar dosanya daripada dosa asal.
Apabila kamu tidak rasa malu dengan dua malaikat penjaga yang berada di kanan dan kirimu, itu adalah dosa yang lebih teruk daripada dosa asal.
Ketawa selepas membuat dosa, tidak mengetahui seksaan yang bakal tiba adalah lebih parah dosanya juga.
Rasa gembira atas apa yang kamu peroleh daripada melakukan dosamu itu, adalah lebih besar dosanya.
Rasa sedih kerana hilangnya peluang mendapat pulangan atau hasil daripada dosa yang dibuat, juga dosa yang lebih besar.
Rasa tertekan atau takut, apabila angin bertiup pada langsir jendelamu, kerana takut terdedah apa yang kamu lakukan, adalah dosa lebih besar,
dan apabila hati tidak bergetar, dan mengabaikan ilmu yang kamu tidak pernah lekang darinya, walaupun hanya sebahagian saat yang kamu ada, daripada sisi pandang Allah, Tuhan yang berkuasa dan besar- itu adalah dosa yang lebih teruk dan besar dosanya.
-Abdullah ibn Abbas