...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,
dan mengerjakan amal
soleh
dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."
Friday, February 27, 2009
Wudu, Tayamum dan Solat Pesakit.
Alhamdulillah, pensyarah cancel kelas Isnin pagi.. maknanya, bolehla saya balik kampus lewat.. Isnin baru balik.. hehe.. =D
Itu asset ya, asset untuk saya.. kenapa? kerna Allah beri peluang pada saya mengikuti seminar wudu', tayamum dan solat pesakit- diadakan di Surau Al- Ikhwan, Taman Aman, Senai, Johor pada hari Ahad.. (ini tempat tinggalku..)
Pada mulanya saya berasa agak hairan, ada juga ya seminar wudu.. saya juga agak tertanya- tanya apakah yang ingin disampaikan dalam seminar pagi ini.
Nah, sedarkah kita bahwa setiap hari kita berwudu dan bersolat. Terfikirkah kita, bila kita ke hospital, ramai diantara pesakit yang tidak solat. alasannya apa? s.a.k.i.t.. mahu solat? mahu tapi bagaimana caranya tidak tahu.. tak pun, hentam saja ya..?
Penting untuk kita mencari ilmu mengenai wudu' tayamum dan solat ketika sakit. bayangkan ya macammana mau solat dalam keadaan tangan berbungkus, mulut terkoyak, kaki disimen bermeter- meter agaknya, tak mampu duduk, berdiri dan macam- macam lagi halangan solat.
bayangkan satu hari ibu ayah kita, sahabat- sahabat kita terlantar sakit dan kita tidak tahu cara untuk membantunya solat di waktunya.. terus kita biarkan dia berdosa disamping kita jua berdosa kerana tidak membantunya melakukan amalan wajib, SOLAT.
penting ilmu ini.. saya mendengar ceramah dari Ustaz Mahyudin, bersyukur kerna Ustaz Mahyudin dari UTM, Skudai tidak jemu- jemu mengajar kami di sini.. terima kasih ustaz..
susah ya untuk terangkan di sini, cuma diharap sahabat- sahabat dapat mencari ilmu ini dari ustaz- ustazah kalian yang terdekat.. semoga ia membantu kita.. =)
Cintai Asmaul Husna..
21 Februari 2009(Sabtu)
Alhamdulillah, Allah memberiku peluang pulang ke rumah walaupun terlalu sibuk dengan assignment dan test. Ibu menceritakan betapa sibuk kerna tetamu sememangnya tidak putus di rumahku. Murah rezeki ya agaknya.. alhamdulillah, syukur pada Allah.. Syukur jua diberi kesempatan berjumpa dengan atok dan nenekku yang berada dirumahku tika ini. Atok sakit.. mudahan sahabat- sahabat doakan atok cepat sembuh dan dipanjangkan umurnya..
Aku turun dari bas, terus ke kereta (oh.. cikgu nazirah beli kereta baru, Gen-2), bersama cikgu nazirah, ibu, cik ani dan cik wan.. (cik tu sbnrnya makcik ya..), sekali lagi aku bersyukur diberi kesempatan ke program ESQ Asmaul Husna di Kg. Melayu Majidee, JB.. Kami ke sana bersama.. =)
Sekali lagi berjumpa dengan Pak Andi serta alumni- alumni ESQ yang majoritinya lebih berumur dari saya. Betapa indah dikelilingi sahabat- sahabat, saudara- saudara yang ingin belajar mengenal 99 nama- nama Allah, memahami maksud- maksudnya..
Pak Andi mengajar penghafalan asmaul husna menggunakan gambar dan nama- nama 25 Rasul menjadi sebuah cerita. ia sungguh menarik.. =)
Saya dan cikgu nazirah memang bersemaaangat sangat, menjerit setiap kali Pak Andi bertanya mengenai maksud- maksud nama Allah, manguji minda sendiri.. Yang tua- tua agak kurang agresif, maklumlah, masuk saja nama- nama Allah ke 50 keatas, fikirannya sudah 'block'.. (nanti kita pun sama lah...)
Saya ada membeli sebuah buku asmaul husna, mudah saja dibawa ke mana- mana...
sahabat, Allah sayangkan kita.. Allah cintakan kita ya amaaaatt.... Asmaul Husna itu zikir, serulah nama Tuhanmu.. ia tergandung segala kebaikan..

"Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan kedalam syurga"- Hadis Riwayat Imam Bukhari
"Allah SWT mempunyai asmaa'ul husna(nama- nama yang indah) maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa'ul husna" - Surah Al- A'raf, ayat 180.
Disini saya ada pesanan, apabila berzikir dengan nama- nama Allah hendaklah dibaca, contohnya Ar Rahman dibaca Yaa Rahman, Ar Rahim dibaca Yaa Rahim, Al Malik dibaca Yaa Malik dan seterusnya...
Sahabatku.. kenali Tuhanmu.. serulah nama- nama indah Tuhanmu, Yaa Allah.....
Sesungguhnya, disebalik setiap nama dalam asmaa'ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan seorang hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.
Semoga kita menjadi golongan terpilih Tuhan kita.. amin.. =)
Thursday, January 22, 2009
Gambar- gambar Demontrasi Nakbah(Malapetaka) Palestin di UiTM Johor
Muslimin.. Depan- Azreen(MPP) dan Chubby (JPK) sedang melaungkan TAKBIR!
Mendengar sajak dan amanat dr Ustaz Kamaruzzaman yang sangat menyentuh perasaan..
Semangat cintai Palestin dan tangan yang dicat biru untuk di'cap' pada kain rentang menandakan bantahan serangan Israel terhadap Palestin.
Antara sepanduk yang menarik- Bangsat Yahudi![saya teringat salah seorang dr mereka berjumpa dengan saya,
"Kak Syu, sepanduk kitorang tulis 'Bangsat', boleh tak?" =)]
* Gambar ni diambil guna kamera h/p saya.. banyak lagi gambar yang best2 kat kamera orang lain.. insyaAllah kalau ada masa nnt saya upload.
* Thanks for all support dr seluruh warga UiTM Johor.
* Kita tak mampu untuk berperang, tapi kita mampu DOA untuk mereka.
* Doa adalah senjata orang mukmin.
Cadangan Demonstrasi palestin!
[http://www.aspirasiuitm.com/]
Assalamualaikum. alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa alumni mpp atas kejayaan penubuhan laman web rasmi alumni mpp.
seperti sedia maklum, pihak KPT telah membenarkan seluruh mahasiswa untuk bangun menjalankan demonstrasi bantahan atas kekejaman israel terhadap palestin. nampaknya, banyak ipt termasuklah uitm telah pun menjalankan demonstrasi bantahan ini.
namun demikian, adakah ia sekadar berdemonstrasi? adakah yang datang berdemonstrasi benar- benar ikhlas atau sekadar untuk suka2? sejauh mana kesan demonstrasi ini dalam hati pelajar- pelajar kita?saya ingin berkongsi perlaksanaan bantahan ini di uitm johor baru2 ini.kami menamakan program ini, minggu nakbah(malapetaka) palestin.
antara aktiviti sepanjang minggu ini ialah:
TAZKIRAH & ISU SEMASA (Setiap hari di masjid dan kolej)
BACAAN QUNUT NAZILAH (Setiap hari di masjid dan kolej)
BACAAN SURAH AL- MULK & SURAH AL- FATH (Dibacakan semua penghuni setiap wing di setiap kolej sebelum tidur)
BERPUASA SUNAT HARI ISNIN & KHAMIS (Berbuka puasa di Masjid As- Syakirin)
KUTIPAN DERMA UNTUK PALESTIN (Setiap hari di masjid, kolej dan demonstrasi)PENGEDARAN ARTIKEL DI KOLEJ DAN SEKITAR KAMPUS
SOLAT HAJAT PERDANA (setiap hari di masjid)
MUNAJAT PALESTIN (di masjid)
Tajuk artikel dan tazkirah setiap hari:
SEJARAH PALESTIN DAN SAAT PERTAMA KALI DISERANGISRAEL.
MENGAPA KITA PATUT PEDULIKAN PALESTIN?
SENJATA DAN TAKTIK- TAKTIK YAHUDI MENYERANGPALESTIN.
KELEMAHAN UMAT ISLAM DAN TINDAKAN KITA.
JANJI ALLAH ITU BENAR!
Doa adalah senjata orang mukmin.
Galakkan warga kampus membacakan doa qunut nazilah.
- boleh menggunakan platform jpk untuk membacakan doa qunut nazilah menggunakan speaker dan diaminkan oleh semua warga kolej.
dalam bahasa arab boleh dapatkan dalam al- mathurat juga.
DOA QUNUT NAZILAH

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.
senjata orang mukmin adalah DOA.
ISU INI BUKAN ISU PALESTIN, TAPI ISU INI ISU UMAT ISLAM! SELURUH DUNIA!
TAKBIR!
segala yang baik dr Allah, segala yang buruk dtg dr kelemahan diri saya sendiri.
wallahu'alam.
salam sayang,
mpp uitm johor 07/08
Saturday, September 27, 2008
Buat lelaki akhir zaman ini....
Lelaki di akhir zaman ini...
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..
-Sekadar renungan -
* Sajak ini ku peroleh daripada seorang sahabat di friendster. dan terus berminat untuk memberinya dibaca oleh semua LELAKI. sungguh, saya juga mencari...........
Monday, September 22, 2008
Ketakutan menghadapi kematian. saya bermimpi.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Malam tadi, semasa solat terawikh, saya merasakan degupan jantung saya laju.. sangat laju. saya merasa gementar. nafasku pendek- pendek. seperti biasa, berfikir apakah Tuhanku memandang kearahku? apakah aku berkesempatan untuk menunaikan lagi solat terawikh untuk hari seterusnya?
Ya Rabbi, ampunilah seluruh dosa- dosaku...
Malam yang sepi...
saya hanya memandang kearah katil. kosong. diri ini masih takut untuk tidur.. adakah masih punya waktu untuk saya menikmati oksigen ini pada hari esok? apakah cukup segala amalanku untuk bertemu dengan Allah Tuhanku?
Segera saya putarkan lagu alhamdulillah by opick. lagu yang sungguh mendamaikan hati.
(nota: lagu yg sedang dimainkan ini).
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Alhamdulillah wa syukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Saya merasakan sungguh bahagia... rasa ingin tersenyum sahaja. (saya tidak gila ya?)
kerna memikirkan saya sangat bersyukur kerna dapat merasai ketenangan ini.
bersyukur jua kerna saya mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang sungguh menyayangi saya.. sentiasa mengajar saya, tidak jemu- jemu menasihati saya walaupun saya boleh dikatakan agak degil juga.. =') -terkenangkan kisah- kisah silam.
saya ingin menyatakan disini, saya amat menyayangi sahabat- sahabatku....
kak ros yang sangat saya sayangi, kak ana yang sangat saya rindui, kak zarina, kak su, kak ayu, kak raudhah, ayu, dayah, hajar, alin, fiza, nur, ika, lina, dan semuanya............
...semua sahabat- sahabat di Masjid As- syakirin... sungguh saya mencintai semua.....
namun, yang paling penting, untuk bertemu cinta hakiki, iaitu...
Allah Subhanahu Wa Ta'ala......
Tuhanku...
*****************************************************
selesai sahaja segala kerja- kerja dunia, saya terus ke katil.. lalu mengucapkan...
"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad utusan Allah"
terlena..
Tiba- tiba saya berada di sebuah tempat. jua boleh dikatakan sebuah pondok yang cantik. ramai orang di situ. semuanya wanita. ada yang muda, ada juga yang sudah berumur. semuanya berpakaian serba putih. saya hanya memerhati sekeliling. masing- masing tidak peduli.
saya berjalan- jalan di ruang itu. kelihatan disekeliling kami berterbangan rangkaian- rangkaian bunga- bunga ros putih. sangat banyak. ku lihat bunga- bunga berterbangan itu diselang- seli wajah- wajah manusia seperti mencari sesuatu.
ada seorang wanita tua berjalan- jalan. saya tidak pasti apakah sempat atau tidak saya berbual dengan wanita tersebut. namun, tiba- tiba wanita itu longlai, terhuyung- hayang, sedikit demi sedikit terus terjatuh dan terbaring di atas lantai....
innalillahi wainna ilaihi rajiun...
saya hanya terkedu melihat situasi itu. saya merasa ketakutan. apakah selepas ini giliran saya. saya terlalu takut... Ya Allah....
Terus ku lihat kelibat sahabatku, aien. saya terus mendakapnya. namun saya merasakan nafasku sudah semakin tipis.
nafasku semakin pendek.
namun terus berusaha bernafas
walau dalam ketakutan..
nafasku tersangkut- sangkut..
semakin susah bernafas.
Ya Allah, aku dahagakan udaraMu................................................
terasa hingga ke kerongkong......
Lailahaillallah..........
"Kok, kok, kok. ayam berkokok.. ayam dah kena penyakit........."
(nota: ini nyanyian dalam ceramah ustaz akhil hayy yang ku jadikan ringtone telefonku)
temanku mengejutkanku untuk bersahur. jam 4.50 pagi.
Alhamdulillah, saya masih hidup...
Ya Allah, ampunilah segala dosa- dosaku, dosa kedua ibu bapaku, doa adik- adikku, dosa sahabat- sahabatku, dosa guru- guruku, dosa pemimpin- pemimpinku, dosa saudara- saudaraku samada yang masih hidup dan yang telah pergi jauh menghadapMu....
amin.
saya rindukan Dia.. sungguh.......
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....... Aku merinduiMu....
Ahamdulillah wa Syukurillah... Bersyukur padamu Ya Allah....
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang hambaMu merasa nikmat kebahagian ini.. Aku sangat gembira dengan kebahagiaan dan ketenangan ini...... =')
Titisan air mata kegembiraan ini kuharapkan tidak akan berhenti mengalir.... titiskanlah ia Ya Allah.. titiskanlah ia kerana aku terlalu merinduiMu.....
Telah tiba malam ke 22... Semoga diri hina ini berpeluang bertemu dengan malam lailatulqadar....
diri ini berasa gementar setiap kali membaca surah alfatihah jua setiap kali mengucapkan 2 kalimah syahadah dalam solat..... aku merasakan helaan nafasku pendek2 saja.. oleh kerana gementar tika menghadapMu... sering timbul persoalan dalam diri, apakah antara ramai2 yang sujud padaMu, adakah Tuhanku memandang kearahku.... Pandanglah hambaMu yang kerdil lagi hina ini Ya Allah Ya Tuhanku....
selesai solat, sungguh aku merasakan bahagia yang sangat..............
Subhanallah.....