...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Friday, August 28, 2009

Sharing Morning Briefing 27 sept 09

Assalamualaikum wbt.

dah lama rasanya tak menaip sesuatu..

Ada sedikit pengisian dari salah seorang trainer ESQ, Pak Andi Muhammad Fajar on our morning briefing 27 sept 09.

1. Ibadah bukan hanya 'simbol' tapi 'ritual'.

kita kan sedang menjalani ibadah puasa.. :) tapi, ingat ya! puasa itu bukan sekadar perbuatan saja, tapi 'spirit' atau makna disebalik puasa itu mesti kita betul2 fahami dan nikmati.. :)

2. Repetitive Magic Power (RMP) formula.

hakikatnya, setiap manusia memerlukan pengulangan. Allah perintah kita ulang setiap hari 5 waktu kita solat, berulang2 kita berpuasa setiap tahun, berulang2 kita mengucapkan syahadah setiap hari, berulang2 kita belajar di kampus dan ambil exam...

memang kita memerlukan pengulangan.

TAPI, berapa ribu pun kita ulang sesuatu perkara, kalau ia tak dihayati, IA TIADA MAKNA....

*setiap hari syu mendapat 'sesuatu' sepanjang hari bekerja di sini. nak sangat sharing pada semua orang.. tapi, cuma tak sempat nak menaip.. huhu...

selamat berpuasa! :)

Rasakan betapa nikmat Cinta Allah dan RasulNya... :)

Saturday, August 22, 2009

Friendster.

Assalamualaikum.

Bila check friendster, ada 3 friend request. tapi, tak boleh approve sebab dah maximum number of friends???

"You have a maximum number of friends. [Edit Friends]"

rasanya, my friend list baru je 1289 ppl. tu pn, berapa ramai dah terdelete sendiri.. huhu..

kenapa friendster?? isk...

sorry.... syu masih 'buta it'. nanti akan approve ya, if ada pnyelesaiannya :)

Sunday, August 16, 2009

Makan.

assalamualaikum..

orang tanya, 'apa kelebihan awak?'

syu kata, 'makan banyak tanpa menaikkan berat badan.. hehe...'

beratku dah 48 kg! ;p

Thursday, July 30, 2009

PENTING: Makluman Website dan Mesyuarat kali ke-4 Ikatan Silaturrahim Siswa[ISIS]

Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada seluruh alumni ESQ- Mahasiswa and Teens!

Pagi! Salam Juang 165 ya! :)

Mudahan semuanya sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Sebagai makluman, Ikatan Silaturrahim Siswa (ISIS) adalah Jaringan Komuniti Alumni Mahasiswa dan Remaja ESQ Way 165 Malaysia.

Oleh yang demikian,

1. Anda sekalian dijemput ke website ISIS:

http://isis165.ning.com

Sila register sebagai ahli community web isis.

2. Anda sekalian juga dijemput ke Yahoo! Group ISIS:

http://groups.yahoo.com/group/isis_esq165/

Sila register dan mudahan dapat sama- sama berdiskusi di sini.

3. Mesyuarat ISIS kali ke-4 akan diadakan. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad)

Tempat: Maju Junction Mall (Teens KL 14)
- di surau (bilik bersebelahan dewan ESQ training)

Masa: 9.00 pagi

Agenda Meeting:

1. Ucapan alu- aluan pengerusi
2. Pembentangan mesyuarat lepas
3. Perbincangan logo, video promosi, website
4. Pembentangan cadangan biro- biro ISIS
5. Bagaimana ISIS bergerak?
6. Inter- U representitive ISIS.
7. Zone- base ISIS
8. Perbincangan aktiviti bulan Ramadhan
9. Cadangan Takwim ISIS
10. Hal- hal berbangkit
11. Penutup

Semua ahli ISIS dijemput hadir. Moga kehadiran kalian akan menjadi saham di
akhirat kelak, insyaAllah.

Harap maklum.

Regards,
Nurul Syuhada
013- 7198512

Thursday, July 9, 2009

Syu Resign Kerja.

Assalamualaikum.

Syu start kerja dari minggu lepas, dalam sebuah international company di Johor Bahru. Salary RM 2500>/ month. Dengan hanya kelulusan diploma, syu mula kerja ni... Alhamdulillah, performance syu sgt baik dalam training dan terus dihantar outstation di Amcorp, Kuala Lumpur.

Ternyata, pergaulan kerja sangat bebas! Most of them, India dan Cina. Malay ada lah dalam 4 orang.. (dari JB, syu sorang je..). Pagi2 mereka sudah 'Hi-5!' sesama sendiri. Tapi, syu mulakan bersalam dengan mereka(perempuan: bersalam. lelaki: syu akan letak tangan di dada dan tunduk tanda hormat.) mereka ada sorakan dan macam2 yell yang menaikkan semangat bekerja setiap hari. Itu suatu perkara yang sangat syu puji! Mereka mementingkan semua orang dan sangat caring! Cuma, ketidakbatasan pergaulan menyebabkan syu rasa tak selesa.

Syu juga 1 hotel dengan Ms. Minaka. Pagi2 dia minta tutup lampu, sebab nak sembahyang. Kemudian, dia letak gambar tuhan dia(ada 2 gambar) kat atas katil dia, didirikan sebelah bantal. Mungkin sebab syu juga dari awal letakkan Al- Quran dan Al- Mathurat samada di atas meja cermin atau katil. Nak jaga aurat pun agak susah.

Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyat ayat 56

“ Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

Buat apa syu menghabiskan sepanjang masa siang syu yang jalannya macam ni kan? rasa macam syu buang masa sangat... Astaghfirullah..

Lalu, dalam jam 11 pagi sedang bekerja, syu nyatakan hasrat syu pada Ms. Minaka(my leader) untuk resign kerja. hm.. syu terus balik hotel, ambil beg, ke KLCC jumpa aunt and pulang ke rumah aunt di Bangi.

Alhamdulillah, walaupun sekejap, ada beberapa hal 'beauty of Islam' yang dapat syu kongsikan pada mereka. Contohnya, semasa kami sedang makan tengahari di sebuah kedai mamak, di sana ada sebuah gambar ka'abah dan umat yang sedang bertawaf. Syu ambil peluang untuk menceritakan tentang ibadah Haji. :) mereka tekun mendengar, kelihatan berminat. :)

Mudah- mudahan terbuka hati mereka untuk menerima Hidayah Allah suatu masa nanti.. amin... amin.... amin....

Moga ia menjadi sebuah pengalaman berharga buat diri ini.

Saturday, June 27, 2009

berangan jadi puteri! ;)

alangkah bestnya jadi seorang puteri, macam dalam kisah khayalan.... dalam kedamaian dan ketenangan malam, sepanjang masa.. tanpa kecewa... bertemankan bintang2 yang setia... menaiki kereta terbang, dan terus berkhayal melayari keindahan angkasa raya.. menyusuri pelangi2...... terus singgah minum apple juice kat zuhal! =)))

tapi sayang.. hanyalah impian... bulan tak bisa tumbuh ditaman.. dan bila mentari datang, pulanglah segala kenyataan.......

* syu suke berangan.

Thursday, June 4, 2009

Bas Kuning UiTM Johor.

Assalamualaikum.

Ahad, 31 Mei 2009, syu balik kampus dari JB. sampai ke segamat jam 6.04 petang. tengok ke busteen, ada bas kuning... selamatlah....

bila turun je....

"alamak, bas kuning takde!"
rupanya bas kuning dah gerak ke uitm sebab dah penuh... ada juga 5 orang siswi uitm(1 geng) nak balik kampus dan mereka naik teksi, teksi dah penuh.. nak naik teksi sensorang, syu mana lah cukup duit.. bukak dompet, RM3 je!

"macammana nak balik ni... dah la dalam dompet ade RM3 je... takkan nak menapak gi bank.. nak naik teksi, takde geng plak nak kongsi2.."

"hmm, dah pukul 6 ni.. baik solat dulu.. mudahan Allah bantu...."

syu pun ke surau untuk laksanakan solat asar...

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk pulang ke kampus Ya Allah....."

bila syu melangkah keluar je....,

tadaaaa!!!!!!!! BAS KUNING!!!!!!!
"Dan apabila hamba- hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." al- Baqarah 2:186

nota: istilah bas kuning adalah pengangkutan samada van atau bas sekolah berwarna kuning yang juga memberi kemudahan kepada pelajar UiTM Johor bagi perjalanan ulang- alik dari uitm ke bandar segamat. ia adalah semata- mata gelaran pelajar uitm johor je...