...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, July 9, 2009

Syu Resign Kerja.

Assalamualaikum.

Syu start kerja dari minggu lepas, dalam sebuah international company di Johor Bahru. Salary RM 2500>/ month. Dengan hanya kelulusan diploma, syu mula kerja ni... Alhamdulillah, performance syu sgt baik dalam training dan terus dihantar outstation di Amcorp, Kuala Lumpur.

Ternyata, pergaulan kerja sangat bebas! Most of them, India dan Cina. Malay ada lah dalam 4 orang.. (dari JB, syu sorang je..). Pagi2 mereka sudah 'Hi-5!' sesama sendiri. Tapi, syu mulakan bersalam dengan mereka(perempuan: bersalam. lelaki: syu akan letak tangan di dada dan tunduk tanda hormat.) mereka ada sorakan dan macam2 yell yang menaikkan semangat bekerja setiap hari. Itu suatu perkara yang sangat syu puji! Mereka mementingkan semua orang dan sangat caring! Cuma, ketidakbatasan pergaulan menyebabkan syu rasa tak selesa.

Syu juga 1 hotel dengan Ms. Minaka. Pagi2 dia minta tutup lampu, sebab nak sembahyang. Kemudian, dia letak gambar tuhan dia(ada 2 gambar) kat atas katil dia, didirikan sebelah bantal. Mungkin sebab syu juga dari awal letakkan Al- Quran dan Al- Mathurat samada di atas meja cermin atau katil. Nak jaga aurat pun agak susah.

Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyat ayat 56

“ Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

Buat apa syu menghabiskan sepanjang masa siang syu yang jalannya macam ni kan? rasa macam syu buang masa sangat... Astaghfirullah..

Lalu, dalam jam 11 pagi sedang bekerja, syu nyatakan hasrat syu pada Ms. Minaka(my leader) untuk resign kerja. hm.. syu terus balik hotel, ambil beg, ke KLCC jumpa aunt and pulang ke rumah aunt di Bangi.

Alhamdulillah, walaupun sekejap, ada beberapa hal 'beauty of Islam' yang dapat syu kongsikan pada mereka. Contohnya, semasa kami sedang makan tengahari di sebuah kedai mamak, di sana ada sebuah gambar ka'abah dan umat yang sedang bertawaf. Syu ambil peluang untuk menceritakan tentang ibadah Haji. :) mereka tekun mendengar, kelihatan berminat. :)

Mudah- mudahan terbuka hati mereka untuk menerima Hidayah Allah suatu masa nanti.. amin... amin.... amin....

Moga ia menjadi sebuah pengalaman berharga buat diri ini.

14 comments:

Anonymous said...

Itulah cabaran hidup...kenalah kuat skit...

kalau nak berdakwah kena kuat...iskhh rugi berhenti...sebab mungkin di situ banyak kebaikan dan nur islam kita boleh kembangkan.

banyak lagi kerja yang lebih maha hebat dugaannya.. tapi jika kita lari sebelum berjuang...kita akan terus jadi muslim yang lemah.

Tak setuju dengan tindakan awak.

Farid KurmaBam said...

Syu kerja sebagai apa sebenarnya? Takkan la kerja diorang cuma 'Hi-5!' dan bersorakan je.

Tentang hal pergaulan bebas ni kat mana-mana pun ada. Kat University dan College pun sama. Kat UiTM Segamat tu pun pergaulan bebas jugak. Apatah lagi kat sebuah 'international company'.

Cari je kerja lain yang sesuai dengan diri Syu.

Nak tanya, Syu tak nak sambung buat 'degree' ke?

syuhada said...

ha ah, mmg kena kuat. cuma, saya ada tawaran kerja lain yang boleh lebih mengabdi padaNya..

tanggungjawab saya lebih banyak diperlukan disitu... dan mereka berharap saya dapat bekerja dgn mereka.

oh.. kerja sbg marketing and business development executive je..

syuhada said...

yang saya ceritakan hanya secubit saja... taklah cuma hi5, tapi secara peribadi, saya sebagai wanita, em.. mungkin tahap kemampuan saya, saya tidak selesa dgn beberapa keadaan di situ.

berundur tak semestinya lemah saudara. saya boleh teruskan namun kemampuan saya terbatas.

Ibnu Abas said...

Mungkin mudah untuk kita yang tidak berada dalam situasi tu untuk menuduh orang "lemah", "mengalah"

Adakalanya kita terpaksa berundur bila kita rasa iman kita mungkin terancam.

Kena menilai mana mudharat yang lebih besar.

Wallahu 'Alam

Farid KurmaBam said...

Benar kata saudara kita Pak Ibnu.

Saya juga pernah berhenti kerja kerana merasakan persekitaran di tempat kerja saya itu tidak sesuai untuk saya sebagai seorang Muslim. Sebenarnya sebab kita kuatlah kita berhenti. Kalau kita tak kuat tentu dah lama kita ikut je arus dunia yang sememangnya penuh dengan dosa ini. Lagipun kita ada pilihan lain. Bukannya terdesak sangat nak kerja kat situ.

Buat Mbak Syuhada, saya menyokong tindakan anda.

Anggap aja kata-kata Anonymous itu sebagai perbezaan pendapat di antara manusia.

"Rempuh Selagi Tak Mati!!!"

Ingat motto kamu.

Farid KurmaBam said...

Teruskan berjuang!

AJA AJA FIGHTING!

sekuk said...

xpe..bile kputusan dibuat kerana Allah..
Allah akan bagi yg lebih baek..
walaupon kcil ganjaran di dunia..namun ganjaran akhirat itu lah yg paling adzhimm..

Ibnu Siddique said...

Ihfazhillaha Yahfazhka..Peliharalah Allah,maka Allah akan pelihara kamu..bahkan,seorang sahabat yg agung juga,di beri nasihat dan peringatan sebegini mendalam dan bermakna dr baginda nabi Muhammad SAW.kerna inilah resipinya.agar senantiasa,kita kan mendahulukan Allah dlm setiap tindakan kita.Mudah2an dgn itu, Allah akan sentiasa memelihara kita.btw,tahniah kpd saudara anonymous kerna terus bekerja dan berjuang untuk islam..Tahniah juga,pada nurul syuhada,kerna mampu menolak kilauan dunia..semoga kita kan senantiasa memelihara Allah,dan dipeliharaNya..amin

♥Niesa' imana♥ said...

xpe la syu..mungkin rezeki syu kat tempat lain..yg pasti,pengalaman adalah guru yang paling baik..=)

kita tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang berlaku untuk hari esok.. tapi kita punya akal dan pengalaman untuk menyiapkan diri meniti hari2 yang bakal mendatang..insyaALLAH..

bersyukurlah pada Allah SWT dgn setiap dugaan yg kita hadapi. itu buktinya bahawa Allah SWT menyayangi kita...^_^

joegrimjow said...

gambate jugakkk!!

syuhada said...

thanks sahabat2 semuanya.. :)

moga Allah merahmati kalian... amin.. amin.. amin....

Muhd Suhaily said...

Salam, mana yg baik itu yang akan dipilih,empunya diri rasanya lebih tahu keadaan sebenar.

syuhada said...

ya.. insyaAllah..

mohon doa sahabat2 ya...

tempat kerja syu sekarang alhamdulillah, tenang bangat!!!

syukur padaMu Ya Allah kerna menempatkanku di sini....