...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Sunday, August 16, 2009

Makan.

assalamualaikum..

orang tanya, 'apa kelebihan awak?'

syu kata, 'makan banyak tanpa menaikkan berat badan.. hehe...'

beratku dah 48 kg! ;p

52 comments:

belalang tempur said...

syu..makan banyak !!hahaha

Farid KurmaBam® said...

Makan banyak tanpa menaikkan berat badan bukanlah satu kelebihan.

Kalau makan banyak tanpa dapat penyakit kronik, itu adalah kelebihan.

Amalkan pemakanan seimbang. Masa muda ni memanglah takde apa-apa kalau makan banyak. Tapi nanti kalau umur dah 40, penyakit banyak ooo...

syuhada said...

alhamdulillah... metabolisme tinggi lagik.. heheh.

ahu yang memahami, time kasih shbtku... ;p

"rerajinlah berjogging ye!"

Farid KurmaBam® said...

Ooo patut arr...

Baru teringat kamu ni jenis yang bersenam...

Anonymous said...

Salam..ukhti..maaf jika saya terkasar.saya pelik la tgk awak..dalam masa awak membaluti seluruh tubuh dgn keindahan busana muslimah..dlm masa yg sama juga awak membuka seluruh hal dalam kehidupan awak untuk tatapan umum..kisah hidup awak..ni,yg terbaru.berat badan awak..awak tau x,bhw blog awak ni di baca oleh ramai lelaki..lalu,melalaikan ramai lelaki..dgn keindahan dan kecantikan yang Allah kurniakan pada awak..sedarlah,bhw awak sedang di uji dgn semua tu..maaf..kita ni kaum wanita..di perintahkan untuk menutupi aurat,bkn shj tubuh..tp,lebih penting...malu kita..malu merupakan mahkota kita sbnrnya..amat sayang,bila wanita yg menutupi aurat seindah awak,tp membuka pekungnya di khalayak umum...mohon maaf jika saya agak kasar..boleh saja awak padam komen saya ni..tp,tolonglah renunginya dulu ya..kerna saya sayang saudari seIslam saya..Salam Juang

Farid KurmaBam® said...

Kepada Anonymous

Kalau ye pun Anonymous nak komen macam tu kenapa tak hantar terus ke email dia saja. Kenapa sampai nak komen kat sini sampai semua orang lain boleh baca komen anda tu. Kalau anda tak tahu email dia anda boleh minta dengan dia sendiri kat 'shoutbox' tu.

Saya faham apa yang Anonymous maksudkan tu dan saya yakin niat Anonymous sebenarnya baik. Cuma cara Anonymous tu kalau boleh biarlah 'private' dan teguran tu cuma sampai kepada dia saja untuk renungannya. Lagipun kamu berdua sama-sama perempuan.

Tambahan pulak saya rasa Anonymous memang agak kasar pun.

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata...

syuhada said...

o'oo.... sorry2..

ahu, aku ter'gile2' plak ni?? caner???

Anonymous said...

Maaf..saya ingtkan komen saya akan di approve dulu oleh tuan blognya,then bru kluar..
jadi, sya harap komen saya tu..di delete oleh saudari syuhada..

Wah..corncern btul saudara faridkurmabam pd saudari syuhada ya..
Suami dia ya?

syuhada said...

apsal semua orang gado pasal syu ni? terharu.....

Farid KurmaBam® said...

Pada saya kita tak perlu menjadi siapa-siapa dengan seseorang untuk 'concern' tentang seseorang tu. Saya juga bukan siapa-siapa dengan Syuhada, tak kenal pun, tak pernah jumpa pun. Setakat 'comment-comment' kat blog dia ni je. Lagipun saya rasa saya 'concern' dengan semua orang kat atas bumi ni. Kalau saya tahu siapa Anonymous tentu saja saya akan 'concern' tentang Anonymous. Jangan kata manusia, dengan haiwan pun saya 'concern' jugak. Selagi saya boleh lihat makhluk Tuhan tu saya akan 'concern'. Jin & Shaytan saya tak 'concern' sebab tak boleh nampak.

Mana ada sesiapa gaduh pasal Syuhada kat sini. Kita orang cuma saling berpendapat je. Kita orang bukannya budak-budak nak gaduh-gaduh. Kita orang tulis pun elok-elok je.

syuhada said...

syu gurau2 je lah.... :)

nw, thanks for all of u....

syuhada said...

maaf ya anonymous..

sebenarnya, saya cuma sekadar sharing.. bukan berniat menceritakan hal peribadi, biar semua orang tahu...

tapi, mungkin yang mana perjalanan hidup saya yang boleh dishare pada orang lain yang saya rasakan ada baiknya atau ada pengajaran utk yang lain.. sebab perjalanan dan ujian kita semua kan tak sama... :)

kalau ttg berat badan ni, hehe.. ini selingan je.. :) sebenarnya, alhamdulillah baru je check kesihatan sebab sedang demam. so, syu pegi check darah, blood pressure, berat badan, tinggi dan sebagainya.. dan alhamdulillah BMI normal dan lain2 juga alhamdulillah sihat..

saya cuma gembira dan alhamdulillah kerana sihat walafiat.. tu je.. cuma sedikit excited sebab dah sakit, jadi beratnya dah turun pulak ni.. mungkin sebab beberapa hari tak makan sebab sentiasa nak muntah aje sepanjang demam tu.. :)

sekian dulu.. :) nak balik keja da ni.... take care ya!

dgn kerendahan diri, syu mohon maaf zahir batin... :)

manusia.. apa hebat sgtkah kita ni kan? :) mudahan dapat saling support 1 sama lain.. terima kasih ya atas prihatin sahabat2... laki ke, perempuan ke.. semuanya saudara syu.... :)

Anonymous said...

Kpd saudari syuhada..dgn kerendahan hati,saya juga sgt-sgt mohon maaf atas komen saya yg menjadi tatapan umum..Saya sangkakan, komen saya ini akan di baca dulu oleh ukhti, approve then baru di publish..x sangka,ianya terus di publish..saya sgt2 mohon maaf.saya x berniat utk menegur di ruangan umum ni..jadi, sya mohon, ada baiknya saudari syuhada padamkan komen saya tu..kerna bukan itu niat saya..

Kpd saudara FaridKurmaBam..tahniah,kerna menjadi seorg yg sgt prihatin dan penyayang..mudah2an kan menjadi amal soleh buat saudara..saya doakan semoga saudara juga punya masa utk prihatin dgn masalah2 saudara2 Muslimin di luar sana yg terjebak dgn gejala sosial yang sgt parah..k,saudara faridkurmabam..Selamat Beramal Soleh dan bnyk membaca, memahami dan merenungi Al-Quran di bulan Ramadhan ni=)

Farid KurmaBam® said...

Tentu saja saya punya masa untuk prihatin dengan masalah-masalah saudara-saudara Muslimin di luar sana yang terjebak dengan gejala sosial yang sangat parah terutamanya di negeri paling tinggi kadar jenayahnya iaitu negeri Johor. Anonymous jangan bimbang, saya memang bersama dengan gerakan Islam yang memperjuangkan Al-Quran untuk dijadikan sebagai pelembagaan negara. Bila itu tercapai, InsyaALLAH semua gejala sosial akan dapat dihapuskan atau paling tidak diminimakan.

Kat negeri kepimpinan Ulama' ni pun ada gejala sosial yang parah...

Kalau nak banding dengan negeri lain saya rasa kat Kelantan ni paling kuat Islamnya. Jangan tersinggung tapi itulah kenyataannya.

syuhada said...

subhanallah....

inilah hati2 yang 'zero' dari prasangka atau apa jua belenggu.. :)

syukur, mudahan hati2 ini akan terus bersih, suci dari apa jua noda hitam..

mudahan kehadiran Ramadhan terasa 'ummpphh!' kebahagiaannya ya.. :)

syuhada said...

saya berminat dgn saudari. tolong email saya:

syuhada_syuk88@yahoo.com

bagi no.fon lebih mudah.. i'll call u...

Anonymous said...

kurma bam ada hati dgn syu tu...jangan tipu hati sendiri...huahahahahaha

syuhada said...

aduih... fitnah nnt..

Anonymous said...

ada anonymous baru...tu,bkn saya.takut timbul prasangka plak..tp,saya rasa saudara kurmabam jikammg benar berminat dgn saudari syuhada..be a gentlement..jumpa aja ibu dan ayah dia=). insyallah..kan lebih suci dan berkah..

Farid KurmaBam® said...

Hish! Anonymous tak dapat nilai ke daripada tulisan saya tuh...

Saya ada hati dengan Anonymous la. Saya suka la gadis misteri yang Islamik macam Anonymous ni...

Contact me OK!

faridkurmabam@live.com

Farid KurmaBam® said...

Ooo ada Anonymous lain pulak rupanya...

Tak kisah la berapa pun janji Anonymous...

(Setakat nak bergurau boleh la.)

syuhada said...

nanti syu buat 1 ruangan khas utk m'cari jodoh...

*blog ku dah dipergunakan. ape kes???

Farid KurmaBam® said...

Kah kah kah! Orang gurau je tuh...

Takkanlah serius kot...

Maaflah sebab bergurau kat blog kamu ni...

syuhada said...

bagus perrr menyatukan saudara seislam... lebih bagus, sefikrah tu...

dua2 anonymous ni muslimat ke? atau sorang muslimin, sorang muslimat?

syu? syu belum bersedia.. hohoooo.... cukuplah....

Farid KurmaBam® said...

Dah dah dah! Kamu pun nak merepek nak menyatukan orang la pulak tu apa hal...

Dah dah dah...

syuhada said...

ala... gurau je pun...

sensetip ke? huu...

Farid KurmaBam® said...

Orang ni gurau, orang tu serius.

Orang tu gurau, orang ni serius.

Habis...

syuhada said...

kita semua mesti 'Zero Mind Process'! yeah!

Farid KurmaBam® said...

Tak kisahlah 'zero' ke, 'mind' ke, 'process' ke...

Janji ROCK...

Keep On Rockin'!

Farid said...

Astaghfirullah..makin bnyk dan makin tersasar plak discussion ni..em,sya juga alumni esq..alumni dari angkatan exec.saudari syuhada,zero mind process x menjadikan kita memandang benar semua perkara..tambahan, bila hal yg jelas ada dalilnya..dlm kes apa yg saudari anonymous tegur ni, ada dalilnya..mungkin saudari syu leh tanyakan pada ustaz2 yg lebih bnyk ilmu..sekadar share ttg zero mind process..sgt syg,bila konsep sgt baik yg di perkenalkan Pak Ary ni (rebranding yg sgt baik dari beliau),tp di salah ertikan..saya punya pengalaman, melihat ada alumni yg berdua..dlm kereta..bukan muhrim..ingin di tegur (dgn baikla..coz,kita pun kenal dia), tp,kemudian di jwb.."Zero Mind Process la saudara..jgn prasangka..kami x buat apa2 pun.."
sdgkan hal ini, sgt jelas di tegah oleh Islam..dan,bnyk lg contoh lain..takut,kelak kita para alumni menjadi fitnah..pada Islam dan pd apa yg di ajarkan ESQ..renungan bersama ya saudari syuhada..

syuhada said...

baiklah.. tq. saya takkan sharing lagi....

syuhada said...

saudara farid, mahasiswa ke?

farid said...

x..executive.dah lama ikut..skang saya kerja di overseas.kpd en faridkurmabam,saya cdgkan..ambil no saudari syuhada ni,tanyakn mana rumah parents,dtg taaruf trus..concern btul saudara pd syuhada..bgus untuk suami..be a gentlement. klu minat, sampaikan trus pd parents dia.tkut cik syuhada ni, dah berpunya plak nanti.ini pun utk jaga hati en farid.semoga x lalai.cik syuhada dah berpunya ke?ana doakan ntum. Salam Ramadhan semua=)

Ibnu Siddique said...

wah..bnyknya komen..dah jadi mcm tpt mencari jodoh plak ni..hehe..
ambil yang jernih,buang yang keruh..barulah teguh peribadi..Ramadhan Kareem :)

Ibnu Siddique said...

Sja share..rasanya ada kaitan dgn komen2 semua ni.song by sami yusuf=)

So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see...

“Why can’t you just accept me?” she says
“Why can’t I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
And all I want is equality
Why can’t you just let me be free?

inginkan lagunya?

http://www.youtube.com/watch?v=dYQutw5L5sw&feature=related

syuhada said...

NOTIS.

antara saya dan farid kurmabam tu, huu.. kitorang saling tak kenal pun.

dia hanya follower blog syu.

ape kes?

nota: bestnyeee buka... terawikh yuk! ;)

♥Niesa' imana♥ said...

waa..hebat btul entry ni..
isu pasal len,comment pasal len..
meleret-leret da nih..huhu..
apa2 pun,jodoh kita rahsia ALLAH..skrip lakonan kita pun telah tertulis..susunan ALLAH da cantik..=)

sekadar perkongsian ana utk sahabat/sahabiah yg disayangi kerana ALLAH..DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan atau kekacauan..

Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)

akhirul kalam,semoga kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..insyaALLAH..
ramadhan kareem..^_^

syuhada said...

insyaAllah ya niesa... :)

terima kasih sgt atas perkongsian ya.. :)

Farid KurmaBam® said...

Kepada Farid

Mana satu la ayat saya yang "concern" sangat tu sampai En. Farid & Anonymous boleh kata saya ni "'concern' betul saudara pada...".

Saya dah jelaskan dengan panjang lebar sebelum ni tentang "concern" saya tu. Bagi saya itu dah jelas...

Saya tak faham kenapa sampai boleh jadi macam ni...

Tambahan pulak, saya dan Syuhada tu memang saling tak kenal pun. Saya bukan kenalan dia, bukan rakan dia, bukan kawan dia, bukan sahabat dia dan saya bukan siapa-siapa. Saya hanya 'follower' blog dia ni je. Kaitan saya dengan dia cuma, dia kawan kepada sahabat saya dan adik dia yang STPM 2009 pernah jadi kawan 'social networking' saya. That's all.

Harap selepas ni tiada lagi apa-apa cadangan seperti itu ditujukan kepada saya. Lagipun kat Kelantan ni dah cukup, tak payahlah nak cari sampai ke Johor tu.

syuhada said...

kat klate gewe comel molek..

berbudi bahasa, sopan santun, b'budi pekerti..

* org johor ni lain sikit.. ;p (yang penulis blog ni je laen.. penulis blog ni die 'pelik' sikit.)

syuhada said...

farid kurmaBam,

watpe mu susah payah duk bercrite panjang lebar.. huhuuu...

biasalah ni, dah nama pun internet networking, yang pembacanya dr pelbagai latar belakang... :)

apa pun, terus bersemangat ya! ;)

nota: farid 'kurma'Bam ade jual kurma ke bulan puasa ni? ;p

Anonymous said...

faridkurmabam..alaa..ambil hati ke..hehe.bak kata aniesa jodoh tu dah di tentukan,kita pelakon je..ikut ckp director..saya gurau2 je..tp,klu ada jodoh, jgn lupa jemput di blog ni ya..haha

syuhada said...

kesian farid kurmaBam...

sorry2....

time kasih selalu singgah blog yg mengarut ni.. ;)

Farid KurmaBam® said...

Tak susah pun nak cerita...

Perkataan tu keluar macam tu je... All out!

Maaflah kalau terlalu berterus terang sangat...

Farid KurmaBam® said...

Tak pernah jual kurma pun...

Farid KurmaBam® said...

Memang betul blog kamu ni mengarut...

Tapi kalau semua blog skema je pun tak 'best' jugak...

Ada jugak 'post' yang menarik bagi saya seperti 'post' "Aku Jadi Cikgu PASTI".

Yang tu jela yang menarik bagi saya kat blog ni...

Farid KurmaBam® said...

Maaflah Anonymous...

Saya tak guna konsep pelakon & 'director' tu dalam hidup saya. Saya guna konsep sebagai seorang pengembara je. Singgah sebentar untuk mencari bekalan ke destinasi yang pasti.

Aku dan Tuhanku.

syuhada said...

seday gile post tu je yg best.. :'(

ala.. blog syu, ye... gue punye blog, gue punye suke laaa..

lalala~~~

Farid KurmaBam® said...

Terpengaruh dengan bahasa Indonesia betul la dia ni...

Jangan-jangan memang ada keturunan Indonesia pun...

Maklumlah, Johor kan dekat dengan Indonesia... Berenang pun boleh sampai ke Indonesia... Siaran TV Indonesia pun dapat...

Farid KurmaBam® said...

Dia sendiri yang kata blog dia ni mengarut... Nak sedih-sedih pulak... Apa hal...

Takkan la yang mengarut tu banyak yang 'best' pulak... Tapi dalam banyak-banyak yang mengarut tu pasti ada sebahagian yang menarik secara peribadi bagi pelawat-pelawat blog kamu ni. Maklumlah, apa yang kamu tulis tu semuanya tentang kehidupan ni jugak. Pasti ada antara jalan kehidupan itu yang kena dengan kehidupan pelawat-pelawat blog kamu ni dan bagi mereka itu adalah menarik.

Mungkin bagi saya cuma 'post' yang satu tu je yang menarik. Mungkin orang lain tak rasa apa yang saya rasa menarik tu menarik. Tapi pasti ada 'post' lain yang mereka rasa menarik.

(Apa ke benda la yang aku duk merepek tetengah pagi buta ni...)

syuhada said...

mmg ade keturunn indonesia pun..

indonesia(keturunan jawa) + arab(arwah buyud)= syuhada

jawa(ibu) + banjar(ayah)= syuhada

nota: 1 malaysia! ;p

Farid KurmaBam® said...

Jawa tu Indonesia, Banjar tu pun Indonesia(Kalimantan Selatan).

Kalau macam tu bukan setakat keturunan, memang dah Indonesia pun.

Memang dah nampak sangat muka Jawa...

(Nasib baik aku keturunan Raja Melayu...)