...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Monday, May 19, 2008

Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2008

assalamualaikum sahabat- sahabat..

alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Ya Allah, ampunkan dosa- dosaku, dosa kedua ibu- bapaku, dosa sahabat- sahabatku, dosa saudara- saudaraku...

Hmm... sudah lama rasanya saya tidak mencoretkan apa- apa petikan disini. hari demi hari, kurasakan diriku kian penuh dengan ilmu, penuh dengan pengalaman, sahabat- sahabat seperjuanganku juga bertambah, kisah pahit manis bersama teman- teman, tidak kurang juga... saya dilamar beberapa jejaka yg hebat- hebat belaka.. ups! dugaan.. dugaan.. semua ini menjadikan diriku lebih matang dalam menjalani kehidupanku seterusnya...

saya harap begitu.

pada tanggal 12 hingga 15 mei lepas, saya telah mengikuti sebuah 'Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UiTM 2008 bertempat di UiTM Shah Alam. Ya.. alhamdulillah saya diketemukan semula dengan rakan- rakan seperjuangan MPP UiTM SeMalaysia juga diketemukan senior- seniorku (aizuddin dan irshad). aku disapa mereka.. ternyata popular juga saya ni ya.. ;)

Konvensyen ini bertujuan bagi menghasilkan resolusi mengenai peranan mahasiswa dalam mempertahankan ketuanan melayu. Namun saya lihat ia lebih kepada perjuangan politik. ups! tersilapkah? ini hanya pandangan saya sahaja.. setiap yang mengikuti konvensyen itu berhak untuk memberi pandangan masing- masing.

Namun, ya... bagus juga konvensyen ini diadakan menjadikan saya lebih tahu mengenai permainan politik ini.. politik sememangnya sebuah permainan. makanya, perlu hati- hati ya untuk menerima sebuah informasi.. =)

Namun, saya telah membuat konklusi dimana seperti apa yang dikatakan dalam buku fikh al- aulawiyat (fikh keutamaan) karangan yusof al- qardawi dimana apa yang patut didahulukan, kita dahulukan, dan yang patut dikemudiankan, kita kemudiankan.. (namun tidak bererti ia tidak penting). saya menyimpulkan agar kedua- dua parti dari pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat bersatu dan bekerjasama bagi memperjuangkan ketuanan melayu itu sendiri. jika difikir- fikirkan, jika melayu itu hilang, apa lagi yang ada pada kita? melayu semestinya berkait rapat dengan Islam.. agama Allah swt. tapi, hakikatnya, melayulah yang memusnahkan bangsa melayu sendiri.

ini pendapatku.

remaja.. oh, remaja.. masa depan negara semestinya berada dipundakmu sayang... sedarlah anak muda...

wallahua'alam.

No comments: