...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Monday, May 19, 2008

Zaman Persekolahanku.. kukongsi buat tatapanmu.

Tiba- tiba saya terkenangkan zaman persekolahan dulu. Ketika bersekolah di sekolah kebangsaan pada paginya, juga sekolah agama pada sesi petang.. juga sekolah menengah, sehingga saya mengikuti PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), sekolah memandu ;p, seterusnya menyambung pelajaran di UiTM Johor.

Sekolah Tadika Cina

Tika itu umurku 4 tahun. saya dihantar ke sekolah cina oleh kedua ibu bapaku kerana tiada sekolah melayu tika itu ditempatku. Ibuku mengatakan aku seorang yang sangat fasih berbahasa cina. saya bergaul bersama teman- teman juga hanya menggunakan bahasa cina, menyanyi lagu- lagu cina juga menonton cerita- cerita cina. kenapalah tidak kekal hingga sekarang..

aku sudah lupa.

Sekolah tadika kemas.

Kemudian, ketika umurku 5 dan 6 tahun, saya di tadika kemas. saya pernah juga ******.. oh, malunya..... akibat malu memberitahu cikgu untuk pergi ke tandas.

namun, ade seperkara yang tidak saya lupakan. pada usiaku 5 tahun, satu hari semasa kelas mengaji, tiba- tiba saya boleh mengaji dengan lancar. subhanallah, saya terkejut dan agak pelik juga dengan diri saya pada tika itu. pabila sampai dihadapan rumah, saya terus berlari ke arah ibu dan memberitahu bahawa saya sudah lancar mengaji!

Alangkah gembiranya.. :)

Sekolah Kebangsaan Senai

Pakaianku sudah baru. Hal- hal yang saya teringat tika di sekolah rendah, saya aktif dengan Tunas Puteri. comelnya saya.. Kami selalu membuat aktiviti memasak nasi goreng, membuat sandwich. alangkah berasa susah untuk memasak nasi goreng (sampai cikgu pun tak mahu makan.. kasihan..)

tapi saya teringat ada satu hari itu, saya tidak mahu memakai tudung ke sekolah. lalu, rambutku diikat tocang. Namun, apabila saya kesekolah untuk kokurikulum, orang melihat pelik pada saya. aduh.. malunya. terus tak buka tudung lagi.

Semasa saya darjah 3, saya dilantik sebagai pengawas perpustakaan. wah, hebatnya jadi pengawas perpustakaan! namun, saya datang bertugas hanya sekali sahaja. itu pun, selepas cikgu memanggilku untuk berjumpa.. baru ku tahu, oh.. jadi pengawas perpustakaan ini kena jaga perpustakaan ya... teruknya......

semasa saya darjah 6, saya pernah berasa untuk memakai purdah. namun, tidak dibenarkan.

UPSR... debaran peperiksaan. saya menghadapinya dengan penuh sungguh- sungguh. Ya, alhamdulillah, saya memperoleh 4A 1B.

Sekolah Menengah (STAR Putra, Kulai)

Hari pertama sebagai pelajar sekolah menengah, saya dilantik untuk menjadi seorang bendahari kelas.. kutip duit aja.... kemudian, tak lama selepas itu, tiba- tiba guru disiplin masuk ke kelas lalu meminta semuanya berdiri. tiba- tiba beberapa pelajar dipukul dengan rotan! termasuklah saya.. apa salah saya? rupanya, kami diminta berkumpul di kantin. oh, saya dilantik sebagai pengawas rupanya.

saya menjadi seorang pengawas yang tidaklah garang. biasa- biasa aja.. saya seorang yang sangat rendah diri (seperti katak bawah tempurung), juga sangat pemalu. saya juga bergiat aktif dalam kawad kaki Kadet Polis. sampai peringkat daerah aja...

saya ingat lagi, satu hari, saya mewakili kelas untuk memasuki pertandingan bercerita. ah, teruknya diriku masa itu. itulah pertama kali saya bercakap dihadapan orang ramai. cerita yang sudah ku hafal dan create dengan sangat kelakar, namun, saya menjadi kaku semasa berada di depan. semuanya saya lupa...

saya diketawakan. malu.

Saya seorang yang nakal. saya meminati komik dan minat melukis sejak tingkatan 3.. tika itu, tidak lama lagi peperiksaan PMR. pedulikan.. hobi tetap hobi. walaupun pengawas, dalam kelas pun masih boleh membaca komik. (minat yg sangat mendalam). saya juga digelar kartunis oleh rakan- rakan setingkatan. tapi, hanya seorang yang saya jumpa mempunyai minat sama dengan saya, Maryam namanya. (saya tidak dapat kesan dimana dia kini).

Keputusan PMR, alhamdulillah, saya memperoleh hanya 6A 2B.. syukur... (walaupun main- main)

Rakan- rakanku mendapat tawaran ke sekolah elit. saya juga. namun, saya menolak semua tawaran. saya mahu kawan- kawan saya berpindah ke sekolah lain dan tinggalkan saya seorang di sini. (kejam tak?) Yeah! saya seorang di sini. sangat gembira.

Saya bosan duduk di bawah tempurung. lemas.

Saya mula menjadi koperal dalam Kadet Polis. selain itu, hanya menjadi seorang ahli lembaga pengawas (yang makin tegas), juga bendahari kelas (sama je....) selain aktif dalam larian jarak jauh.. Alhamdulillah, sampai peringkat negeri. saya mula berjinak- jinak tentang dunia kepimpinan. saya mohon untuk tinggal di asrama tetapi pejabat pendidikan daerah tak beri saya masuk asrama dan meminta saya berpindah ke sekolah elit yang baru. saya tak mahu. jadi, saya setiap hari berulang- alik dari sekolah kerumah (1/2 jam) selepas selesai semua tugasan.

Tingakatan 5.

Saya juga tidak tahu bagaimana saya masih boleh bernafas semasa di tingkatan 5.

Begini, setiap tahun ada mesyuarat agong. Ya... saya menyenaraikan jawatan- jawatan saya semasa di tingkatan 5. Exco Disiplin Pengawas, Exco Perhimpunan Pengawas, Bendahari kelas, naib pengerusi kadet polis, sarjan utama platon wanita kadet polis, naib pengerusi kelab cegah jenayah, pelatih J- Robik, setiausaha kerohanian asrama.

Begini rutin harianku. 5.30 pagi saya bangun, bagi penyediaan solat jemaah subuh di aspuri. kadang- kadang saya mengimamkan (saya kurang selesa jika mengimamkan tika saya selsema). selesai mengambil kehadiran, saya bersiap untuk ke sekolah. kemudian sarapan dan segera ke sekolah tanpa mengikuti perhimpunan pagi kerana saya pengawas. saya terus ke bilik gerakan pengawas dan bersedia untuk menjadi pengacara majlis (bertindak sbg exco perhimpunan pengawas). kemudian, saya bertugas untuk menjalankan pemeriksaan atau dikenali sebagai sport- check kepada pelajar (bertindak sbg exco disiplin pengawas). saya jenis yang 'sound direct' aja... no 'tapis- tapis'.. hehe. kecewa juga ku lihat rakan- rakanku memakai tudung pendek, kain singkat.. saya berkata kepada rakan pengawas,"aku tak nampak sekolah ni banjir pun.. eh, ko nampak sekolah ni banjir ke? terang- benderang je..".. itu saya dah geram la maknanya.

Kemudian saya masuk ke kelas. tugasku mengutip yuran kelas (bertindak sbg bendahari kelas). masalahnya, pelajar- pelajar cina kelas saya ni banyak tipu loo.. hmmm....

waktu rehat, saya menjaga blok bangunan atau dimana- mana saya ditugaskan seperti biasa. saya juga pernah diugut oleh seorang lelaki bertubuh gemok! (bukan sasa). saya kata apa pada dia? "hey, ko ingat aku takut dengan ko! berani naiklah! aku tulis nama ko kat sini!".. itu bila moodku kurang baik. ganas juga saya ni ya.. (tapi kalian jangan takut ya.. saya baik. hehe )

Selesai waktu persekolahan, saya terus lunch, solat zohor dan bersiap ke kelas tambahan SPM pada jam 2 petang. namun, saya hanya dapat mengikuti kelas sehingga jam 3 petang sahaja. Jam 3, saya akan melatih platon kadet polis wanita bagi bertanding acara kawad kaki di peringkat sekolah, daerah dan negeri (bertindak sebagai naib pengerusi dan sarjan utama wanita kadet polis). wajahku gelap sangat tika itu. tetapi, pada jam 5 petang, saya perlu melatih pelajar senaman J- Robik (bertindak sebagai pelatih J- Robik). Banyak step juga perlu diajar.

Kemudian, pada jam 6 atau 6.30, saya pulang ke asrama. makan dan bersiap untuk solat jemaah maghrib d masjid. saya perlu periksa semua bilik kosong dan semuanya ke masjid untuk menunaikan solat maghrib juga mendengar tazkirah. Selesai, saya ke kelas tambahan malam. pada jam 9.30 malam, saya akan pulang ke asrama, minum malam dan segera ke surau aspuri untuk mengajar mengaji (bertindak sbg setiausaha kerohanian). saya juga berasa sedih kerana ada dikalangan adik- adikku yang masih belum boleh mengaji. saya mengajar iqra'.

selesai mengajar dan mengemas surau, saya segera ke bilik prep untuk mengulangkaji juga membuat kerja rumah, kemudian menggosok baju dan tidur.

itulah rutin harianku.

Gimana ya?

Dulu, kurasakan mengapa saya, saya, saya, dan kemudian, aduh.. saya lagi....

saya pernah tidak puas hati dengan cikgu. saya ingat lagi, cikgu saya menyatakan,"syuhada, siapkan satu platon, latih hingga peringkat negeri". ringkas dan padat.

Namun, terima kasih cikgu kerana memberi saya peluang merasai semua itu. tanpa cikgu, saya tidak menjadi seperti sekarang ini..

Selamat Hari Guru.. =)

2 comments:

Zulkifli said...

SALAM..
WAH, KAGUMNYA SY DGN RUTIN HARIAN AWK..MCM XCAYE JEK..
KALO NAK BANDINGKAN RUTIN AWK DGN SY MMG JAUH BEZA LA..CAM BENUA INDIA DGN MENARA KLCC..HUHU..
ANYWAY SERONOK BACE PENGALAMN2 AWK..

syuhada said...

thanks zulkifli krn sudi membaca..

hmm.. sengaja berkongsi pengalaman hidup.. semoga ia mendatangkan kebaikan pada saya dan semuanya..

=)