...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, May 21, 2009

Demam dan bermimpi.

Assalamualaikum.

Syu dah 2 hari demam, sejak pagi semalam dan hari ni.

malam tadi, syu betul2 demam, tak larat sangat, badan rasa lemah, tekak sakit sangat..

teringat saat Rasulullah terbaring kerana demam, dikelilingi sahabat2 waktu itu...

Laailahaillallah, laailahaillallah, laailahaillallah.... ku sebut berkali- kali.. apakah malam ini malam terakhir untukku..

hingga terlena...

dan bermimpi...

syu dibawa ke langit... syu sempat memandang ke bawah, kelihatan planet bumi yang telah syu tinggalkan terlalu jauh.......

di sana, syu berjumpa dengan seorang akak yang sangat cantik... berkulit putih bersih, bermata hazel@ kebiru- biruan, hidung mancung.. subhanallah, sangat cantik dan sempurna.... ustaz kamaruddin (ustaz di UiTM) pun ada juga di sana.. mereka berkata, "syuhada... kamu dipilih untuk ke sini.....!"

bermacam perkara yang mereka menegur dan menasihati syu... "syuhada, kamu seorang yang hebat.. gunakan sebaiknya segala kebolehan dan nikmat yang telah Tuhanmu kurniakan sebaiknya..."

tiba- tiba, kedengaran bergema satu suara agak kuat..

"syuhada...! ikutilah jejak asrar!"

* dlm bahasa arab, 'asrar' bermaksud rahsia.

(panjang ayatnya, tapi.. itu yang syu ingat...)

ia seperti arahan, amaran atau apa syu tak pasti..

ia masih terngiang- ngiang di benak pemikiran hingga sekarang...

Ya Allah... apa sebenarnya yang ingin Kau tunjukkan?

2 comments:

pak nujum pakai hantam said...

itu petandanya kita jangan kuat berangan dan berkhayal...orang cakap la..bukan kite...

syuhada said...

mmg syu suke berangan pun... hehe....

berangan yg ada cita2... :)