...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Monday, May 11, 2009

Tetamu tak putus. Ini rezeki.

Assalamualaikum..

Lepas ibu masuk wad selama 2 hari bulan lepas, slama lebih seminggu lepastu rumah macam 'open house'- tetamu datang bawa makanan sendiri, rolling2 ngan next2 tetamu... hmm.. kalau nak tau, rumah syu alhamdulillah tiap hari mesti ada tetamu datang hantar makanan, ziarah dan sebagainya... syukur pada Allah.... (ibu syu sangat peramah. kami mesra alam.. ;p)

* jemputla dtg rumah... ;)
- tunggu kad jemputan kahwin lama lagi kot... ;p

teringat 1 comment seorang sahabat di friendster:

At-Tabrani meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya daripada meminta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangga, nescaya pada hari kiamat ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”


“Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).


mudahan ia menjadi pendorong bagi kita agar sentiasa berkasih-sayang sesama manusia semata- mata kerana pengabdian diri pada Allah SWT...

ampuni dosa- dosa kami Ya Allah.....

ingatlah betapa cintanya Rasululullah SAW pada kita...,
"ummati.... ummati.... ummati....."

wallahu'alam.

2 comments:

Farid KurmaBam said...

Menarik. Tak pernah dengar lagi cerita macam ni kat Malaysia setakat ni. Boleh masuk Mastika ni...

syuhada said...

mastika??? ups, berapa no fon editor mastika?