...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, June 4, 2009

Bas Kuning UiTM Johor.

Assalamualaikum.

Ahad, 31 Mei 2009, syu balik kampus dari JB. sampai ke segamat jam 6.04 petang. tengok ke busteen, ada bas kuning... selamatlah....

bila turun je....

"alamak, bas kuning takde!"
rupanya bas kuning dah gerak ke uitm sebab dah penuh... ada juga 5 orang siswi uitm(1 geng) nak balik kampus dan mereka naik teksi, teksi dah penuh.. nak naik teksi sensorang, syu mana lah cukup duit.. bukak dompet, RM3 je!

"macammana nak balik ni... dah la dalam dompet ade RM3 je... takkan nak menapak gi bank.. nak naik teksi, takde geng plak nak kongsi2.."

"hmm, dah pukul 6 ni.. baik solat dulu.. mudahan Allah bantu...."

syu pun ke surau untuk laksanakan solat asar...

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk pulang ke kampus Ya Allah....."

bila syu melangkah keluar je....,

tadaaaa!!!!!!!! BAS KUNING!!!!!!!
"Dan apabila hamba- hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." al- Baqarah 2:186

nota: istilah bas kuning adalah pengangkutan samada van atau bas sekolah berwarna kuning yang juga memberi kemudahan kepada pelajar UiTM Johor bagi perjalanan ulang- alik dari uitm ke bandar segamat. ia adalah semata- mata gelaran pelajar uitm johor je...

3 comments:

suarajagat said...

dah lama tak rasa burger segamat.
salam ukhuwah buat ahli2 ADESA/Permas. Rindu pada as-syakirin.

please add link blog saya.. sebarkan dakwah, selamatkan umat

http://suarajagat.wordpress.com/

dobot said...

www.afifahyusof.blogspot.com

Anonymous said...

www.alliff26.blogspot.com