Assalamualaikum.
Semalam, 4 Jun 2008, syu buat keputusan untuk pulang rumah bila lecturer beritahu esok dan lusa takde kelas.. ape lagi, cabutlah kan?! ;) rindunya kat rumah.. homesick betul walaupun baru balik 3 hari lepas, hehe..
Mintalah kak Ema hantarkan ke busteen naik moto, 6.30 ptg. Nak pinjam helmet kat Pak U.K (Unit Keselamatan..).. berbuallah sekejap dengan pakcik R(leader guard UiTM Johor).
Kalau pelajar UiTM Johor, ramai yang tak suka dengan pakcik ni.. dah banyak kali pelajar naikkan nama pakcik R dalam program MPP bersama mahasiswa, mengadu sampai ke pihak atasan pun ada pasal pakcik R nih! syu pun selalu terima aduan pasal pakcik R ni terutama masa bergelar MPP. sebab ape? sebab pakcik ni selalu tegur pelajar perempuan yg pakai ketat, sendat, terangkat- angkat! saman- menyaman je..
Ini lebih kurang perbualan kami sementara syu tunggu kak ema:
Syu : assalamualaikum. pakcik.. (sambil tersengeh..)
Pakcik R : w'salam.. kenapa? eh, awak ni MPP ea?
Syu : takdelah pakcik..... mantan je.. zaman awe(YDP MPP sesi 2007/08) lepas... err.. pakcik, nak pinjam helmet boleh?
Pakcik R : awak nak topi bomba ke topi keledar? topi bomba pun pakcik ade ni!
Syu : hehee...
....................................(perbualan biasa)..........................................
Pakcik R : Pakcik sedih sangat tengok pelajar- pelajar perempuan ni.. pakai ketat sana, ketat sini.. ada yang pakai baju, depan dah ok, belakang pulak terdedah.. turun pegi mesin atm pakai t-shirt ketat lengan pendek sgt.. seluar jean ketat sangat.. pakcik sampaikan dah tak larat nak tegur...
Syu : ye pakcik, saya pun tengok kawan- kawan saya, saya pun sedih.. kasihan mereka sebab tak peroleh hidayah..
Pakcik R : pakcik tau ramai yang tak sukakan pakcik.. tapi, dah ini tanggungjawab pakcik.. Prof. Kamil dah banyak kali pesan solat malam, solat jemaah, berdoa... tapi, berapa ramai yang buat? dah azan pun, pelajar lelaki masih lagi main futsal! padahal, depan masjid pulak tu..
Syu : (mengangguk dan senyum..)
Pakcik R : pakcik pernah kena panggil dengan pihak atasan sebab nama pakcik selalu dinaikkan pelajar.. pakcik selalu tegur, saman pelajar bukan sebab ape.., pakcik tegur mereka sebab pakcik harap mudah- mudahan bila pakcik tegur pelajar buat silap, ada orang yang akan tegur anak pakcik kalau mereka buat silap jugak...
(tak jauh dr tu, kami hanya lihat ada couple yang bermanja- manja di busstop berdepan dengan post guard yang baru tadi pakcik R tegur, tapi tak makan saman!)
Pakcik R : kalau sekarang remaja dah macam ni, entah apa nak jadi zaman akan datang... pakcik dapat juga tawaran kerja dengan gaji lebih besar, tapi pakcik fikir tanggungjawab pakcik kena didik anak- anak UiTM ni, pakcik teruskan juga kerja ni..
(kak ema sampai...)
Pakcik R : pakcik harap sangat supaya pelajar- pelajar ni sedar dan berubah... Mereka kena letakkan Islam tu betul2 dalam diri.. kena hayati maksud dalam solat tu...!
Syu : seronok dapat bual dengan pakcik.. nanti lain kali kalau bosan2 nanti saya lepak sini je lah bual dengan pakcik ya! ;)
Pakcik R : insyaAllah.. eh, siapa nama awak?
Syu : nama saya Syuhada... =)
Pakcik R : eh, macam nama anak saya... =) ok, balik JB baik- baik...
Syu : ye ke? =) ok, assalamualaikum pakcik.. nanti kak ema ni pulangkan semula helmet pakcik ya..
Pakcik R : wa'alaikum salam..
mahasiswa sekalian, jangan dihina pak guard.. atau lebih glamor, pak U.K (unit keselamatan)... mereka yang selama ini menjaga keselamatan kita, menyaman kerana mendidik.. ikut lah SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR yang dah digariskan oleh UiTM.. ikutlah cara pemakaian yang dituntut oleh agama pegangan kita, Islam.
wallahu'alam.
*perbualan di atas tak lah tepat sangat, tapi lebih kurang dan banyak cut. kalau tak cut, banyak sgt perbualan kitorang sebenarnya... =)
...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,
dan mengerjakan amal
soleh
dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hahaha aku pun x ske p gurd nih..
Post a Comment