...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Friday, November 30, 2007

Iman SEMUT... kita bagaimana?


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila NabiAllah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas NabiAllah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup diatas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
NabiAllah Sulaiman pun bertanya kepada semut:" Wahai semut apakah engkau yakin adamakanan cukup untukkamu". Semut pun menjawab: "Rezeki ditangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin diatas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".
Lantas Nabi AllahSulaiman pun bertanya:"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadarsebiji gandum sebulan".
NabiAllah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melatadi atas batu , aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempla k semut. "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut:"Aku tidak berbohong, aku tidakberbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan duabulan.
Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

No comments: