...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, January 22, 2009

Gambar- gambar Demontrasi Nakbah(Malapetaka) Palestin di UiTM Johor

Muslimin.. Depan- Azreen(MPP) dan Chubby (JPK) sedang melaungkan TAKBIR!

Mendengar sajak dan amanat dr Ustaz Kamaruzzaman yang sangat menyentuh perasaan..
Semangat cintai Palestin dan tangan yang dicat biru untuk di'cap' pada kain rentang menandakan bantahan serangan Israel terhadap Palestin.

Antara sepanduk yang menarik- Bangsat Yahudi!
[saya teringat salah seorang dr mereka berjumpa dengan saya,
"Kak Syu, sepanduk kitorang tulis 'Bangsat', boleh tak?" =)]

* Gambar ni diambil guna kamera h/p saya.. banyak lagi gambar yang best2 kat kamera orang lain.. insyaAllah kalau ada masa nnt saya upload.

* Thanks for all support dr seluruh warga UiTM Johor.

* Kita tak mampu untuk berperang, tapi kita mampu DOA untuk mereka.

* Doa adalah senjata orang mukmin.

Cadangan Demonstrasi palestin!

Ini post saya dalam ruangan forum laman web rasmi alumni mpp uitm.
[http://www.aspirasiuitm.com/]

Assalamualaikum. alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa alumni mpp atas kejayaan penubuhan laman web rasmi alumni mpp.

seperti sedia maklum, pihak KPT telah membenarkan seluruh mahasiswa untuk bangun menjalankan demonstrasi bantahan atas kekejaman israel terhadap palestin. nampaknya, banyak ipt termasuklah uitm telah pun menjalankan demonstrasi bantahan ini.

namun demikian, adakah ia sekadar berdemonstrasi? adakah yang datang berdemonstrasi benar- benar ikhlas atau sekadar untuk suka2? sejauh mana kesan demonstrasi ini dalam hati pelajar- pelajar kita?saya ingin berkongsi perlaksanaan bantahan ini di uitm johor baru2 ini.kami menamakan program ini, minggu nakbah(malapetaka) palestin.

antara aktiviti sepanjang minggu ini ialah:
TAZKIRAH & ISU SEMASA (Setiap hari di masjid dan kolej)
BACAAN QUNUT NAZILAH (Setiap hari di masjid dan kolej)
BACAAN SURAH AL- MULK & SURAH AL- FATH (Dibacakan semua penghuni setiap wing di setiap kolej sebelum tidur)
BERPUASA SUNAT HARI ISNIN & KHAMIS (Berbuka puasa di Masjid As- Syakirin)
KUTIPAN DERMA UNTUK PALESTIN (Setiap hari di masjid, kolej dan demonstrasi)PENGEDARAN ARTIKEL DI KOLEJ DAN SEKITAR KAMPUS
SOLAT HAJAT PERDANA (setiap hari di masjid)
MUNAJAT PALESTIN (di masjid)

Tajuk artikel dan tazkirah setiap hari:
SEJARAH PALESTIN DAN SAAT PERTAMA KALI DISERANGISRAEL.
MENGAPA KITA PATUT PEDULIKAN PALESTIN?
SENJATA DAN TAKTIK- TAKTIK YAHUDI MENYERANGPALESTIN.
KELEMAHAN UMAT ISLAM DAN TINDAKAN KITA.
JANJI ALLAH ITU BENAR!

Doa adalah senjata orang mukmin.

Galakkan warga kampus membacakan doa qunut nazilah.
- boleh menggunakan platform jpk untuk membacakan doa qunut nazilah menggunakan speaker dan diaminkan oleh semua warga kolej.

dalam bahasa arab boleh dapatkan dalam al- mathurat juga.

DOA QUNUT NAZILAH



Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

senjata orang mukmin adalah DOA.

ISU INI BUKAN ISU PALESTIN, TAPI ISU INI ISU UMAT ISLAM! SELURUH DUNIA!

TAKBIR!

segala yang baik dr Allah, segala yang buruk dtg dr kelemahan diri saya sendiri.

wallahu'alam.

salam sayang,
mpp uitm johor 07/08

Saturday, September 27, 2008

Buat lelaki akhir zaman ini....

Lelaki di akhir zaman ini...

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

-Sekadar renungan -

* Sajak ini ku peroleh daripada seorang sahabat di friendster. dan terus berminat untuk memberinya dibaca oleh semua LELAKI. sungguh, saya juga mencari...........

Monday, September 22, 2008

Ketakutan menghadapi kematian. saya bermimpi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Malam tadi, semasa solat terawikh, saya merasakan degupan jantung saya laju.. sangat laju. saya merasa gementar. nafasku pendek- pendek. seperti biasa, berfikir apakah Tuhanku memandang kearahku? apakah aku berkesempatan untuk menunaikan lagi solat terawikh untuk hari seterusnya?

Ya Rabbi, ampunilah seluruh dosa- dosaku...

Malam yang sepi...

saya hanya memandang kearah katil. kosong. diri ini masih takut untuk tidur.. adakah masih punya waktu untuk saya menikmati oksigen ini pada hari esok? apakah cukup segala amalanku untuk bertemu dengan Allah Tuhanku?

Segera saya putarkan lagu alhamdulillah by opick. lagu yang sungguh mendamaikan hati.

(nota: lagu yg sedang dimainkan ini).

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah wa syukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Saya merasakan sungguh bahagia... rasa ingin tersenyum sahaja. (saya tidak gila ya?)
kerna memikirkan saya sangat bersyukur kerna dapat merasai ketenangan ini.

bersyukur jua kerna saya mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang sungguh menyayangi saya.. sentiasa mengajar saya, tidak jemu- jemu menasihati saya walaupun saya boleh dikatakan agak degil juga.. =') -terkenangkan kisah- kisah silam.

saya ingin menyatakan disini, saya amat menyayangi sahabat- sahabatku....

kak ros yang sangat saya sayangi, kak ana yang sangat saya rindui, kak zarina, kak su, kak ayu, kak raudhah, ayu, dayah, hajar, alin, fiza, nur, ika, lina, dan semuanya............

...semua sahabat- sahabat di Masjid As- syakirin... sungguh saya mencintai semua.....

namun, yang paling penting, untuk bertemu cinta hakiki, iaitu...

Allah Subhanahu Wa Ta'ala......

Tuhanku...

*****************************************************

selesai sahaja segala kerja- kerja dunia, saya terus ke katil.. lalu mengucapkan...

"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad utusan Allah"

terlena..

Tiba- tiba saya berada di sebuah tempat. jua boleh dikatakan sebuah pondok yang cantik. ramai orang di situ. semuanya wanita. ada yang muda, ada juga yang sudah berumur. semuanya berpakaian serba putih. saya hanya memerhati sekeliling. masing- masing tidak peduli.

saya berjalan- jalan di ruang itu. kelihatan disekeliling kami berterbangan rangkaian- rangkaian bunga- bunga ros putih. sangat banyak. ku lihat bunga- bunga berterbangan itu diselang- seli wajah- wajah manusia seperti mencari sesuatu.

ada seorang wanita tua berjalan- jalan. saya tidak pasti apakah sempat atau tidak saya berbual dengan wanita tersebut. namun, tiba- tiba wanita itu longlai, terhuyung- hayang, sedikit demi sedikit terus terjatuh dan terbaring di atas lantai....

innalillahi wainna ilaihi rajiun...

saya hanya terkedu melihat situasi itu. saya merasa ketakutan. apakah selepas ini giliran saya. saya terlalu takut... Ya Allah....

Terus ku lihat kelibat sahabatku, aien. saya terus mendakapnya. namun saya merasakan nafasku sudah semakin tipis.

nafasku semakin pendek.

namun terus berusaha bernafas

walau dalam ketakutan..

nafasku tersangkut- sangkut..

semakin susah bernafas.

Ya Allah, aku dahagakan udaraMu................................................

terasa hingga ke kerongkong......

Lailahaillallah..........

"Kok, kok, kok. ayam berkokok.. ayam dah kena penyakit........."

(nota: ini nyanyian dalam ceramah ustaz akhil hayy yang ku jadikan ringtone telefonku)

temanku mengejutkanku untuk bersahur. jam 4.50 pagi.

Alhamdulillah, saya masih hidup...

Ya Allah, ampunilah segala dosa- dosaku, dosa kedua ibu bapaku, doa adik- adikku, dosa sahabat- sahabatku, dosa guru- guruku, dosa pemimpin- pemimpinku, dosa saudara- saudaraku samada yang masih hidup dan yang telah pergi jauh menghadapMu....

amin.

saya rindukan Dia.. sungguh.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....... Aku merinduiMu....

Ahamdulillah wa Syukurillah... Bersyukur padamu Ya Allah....

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang hambaMu merasa nikmat kebahagian ini.. Aku sangat gembira dengan kebahagiaan dan ketenangan ini...... =')

Titisan air mata kegembiraan ini kuharapkan tidak akan berhenti mengalir.... titiskanlah ia Ya Allah.. titiskanlah ia kerana aku terlalu merinduiMu.....

Telah tiba malam ke 22... Semoga diri hina ini berpeluang bertemu dengan malam lailatulqadar....

diri ini berasa gementar setiap kali membaca surah alfatihah jua setiap kali mengucapkan 2 kalimah syahadah dalam solat..... aku merasakan helaan nafasku pendek2 saja.. oleh kerana gementar tika menghadapMu... sering timbul persoalan dalam diri, apakah antara ramai2 yang sujud padaMu, adakah Tuhanku memandang kearahku.... Pandanglah hambaMu yang kerdil lagi hina ini Ya Allah Ya Tuhanku....

selesai solat, sungguh aku merasakan bahagia yang sangat..............

Subhanallah.....

Friday, September 19, 2008

Kisah kos yang saya pelajari dan hidup sbg setiausaha.. (especially to saerah..)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai melaksanakan terawikh malam ke 19.. sudah nak masuk fasa yang ke 3.. Berdoalah semuanya moga ketemu dengan malam LailatulQadar...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Penulisanku ini kuhadiahkan buat sahabatku Saerah.... hehe.. Saerah memintaku bercerita sedikit mengenai kos pembelajaranku jua tugas sebagai setiausaha.. =) moga Allah membantuku dalam perkongsian ini..

Hmm.... buat pengetahuan Saerah, syu belajar di UiTM Johor dan mengambil jurusan Diploma in Business Studies.. Dulunya, semasa sekolah, syu dalam aliran sains tulen. Langsung tiada pengalaman dalam akaun. syu pun tak expect langsung kos business ni rupanya kena belajar akaun dan hal- hal perniagaan. pada asalnya, memang susah nak terima tapi lama- kelamaan business adalah suatu yang amat menyeronokkan! =D

Antara yang syu belajar dalam kos business ni, contohnya.. account, finance, hal2 mengenai komputer, public relation, operation behavior, operation management dan macam2 lagi.. semuanya sangat berguna untuk business. tapi, saerah mestilah kreatif untuk mencipta bisnes. bukan sekadar belajar sahaja. itu untuk menjadi seorang business woman yang berjaya lah. mahu buka perniagaan sendiri, kena pandai cari peluang. Tapi, kalau taknak bukak bisnes pun, banyak cabang saerah boleh sambung masa degree nanti. contohnya, saerah boleh ambil kos bachelor marketing, finance, islamic banking, international business dan sebagainya.

kalau syu, syu lebih suka buka perniagaan sendiri. doakanlah syu... selagi ada kemahuan, disitu ada jalan, insyaAllah... =)

setakat di universiti, ada beberapa business syu pernah try.. antaranya, buka gerai di minggu usahawan(jual roti rock! dll.. hehe), siswanet membership(talian celcom postpaid), pek universiti celcom, brooch, kerepek, emm.. ape lagi ya? syu dah tak ingat.. hehe. banyak yang syu belajar dr pengalaman.. apa yang kita belajar, kita praktikkan, baru seronok! hehe. lagi2, kos ni takde praktikal sepertimana kos2 yang lain. jadi, kena la cipta praktikal sendiri =)

hm, baru teringat.. saerah pernah dengar tak perniagaan francais? masa syu semester ke-3, syu berpeluang ke program francais di The Zone Hotel, JB... di sana, ramai francaiso yang menawarkan perniagaan francais. at the last program, syu isi borang ujian psychometric.. kalau kita pass ujian ni, kita akan dipanggil interview untuk belajar di institut IKRAM, Bangi selama lebih kurang 6 minggu dan kita akan terus dapat buka perniagaan francais mengikut pilihan kita dan akan diberi loan sebanyak 90%! kita juga akan diawasi&dijaga perniagaan kita oleh francaisor selama setahun sebelum kita bergerak sendiri. best kan?

Dan, alhamdulillah, syu berjaya dalam ujian tu, dan dipanggil interview.. jumpa lecturer, bincang nak buat bisnes ape, sampai syu rasa nak bukak bisnes dan jadi student PJJ(belajar sambil bekerja).. tapi, bila bincang2 dengan ibu syu, ibu syu kata habiskan belajar dulu dan syu pun rasa masih banyak tanggungjawab sebagai mahasiswa yg belum selesai.. jadi, syu tak pergi interview tu...

hmm.. buat pengetahuan saerah, Malaysia sememangnya sedang berusaha kearah melahirkan lebih ramai usahawan2 melayu di negara kita.. jadi, banyak sangat peluang untuk kita sebenarnya.. kalau takde idea nak bukak bisnes pun, bukaklah francais.. boleh dapat pengalaman dulu.. kan?

hmm.. ok lah, sekarang syu nak cerita tentang tugas sebagai setiusaha pulak.. =)

hmm.. alhamdulillah, dah hampir 2 semester syu pegang jawatan sebagai setiausaha mpp di kampus UiTM Johor.. Tugas sebagai setiausaha, syu kenalah ikut YDP kesana kemari meeting.. kalau takde YDP, syu kena ganti.. kehulur kehilir, kesana kemari... sampaikan syu rasa bila nak ke UiTM Shah Alam atau KL tu dah macam nak balik kampung tiap minggu je.. huhu.. tapi kadang2 YDP pergi sendiri.. selain dari tu, tugas sistem filing, surat menyurat, minit mesyuarat, laporan dan sebagainya. selain itu, kita juga kena alert pada tarikh- tarikh penting dan ingatkan pada rakan- rakan seperjuangan yang lain melalui sms atau tulis pada whiteboard di pejabat mpp.

Tapi, disamping syu sebagai setiausaha di kampus, syu juga baru sahaja semester ini memegang jwtn sebagai ketua sekretariat unit rakan muda.. jadinya, kadang- kadang syu agak busy dengan tugas ini. alhamdulillah, naib setiausaha banyak membantu... saerah pasti tahu kan tugas setiausaha memang agak berat dan banyak juga tugasnya. tapi, kita akan berkenalan dengan lebih ramai orang sebab banyak 'berutus surat' dan berhubung dgn orang luar.. hehe.

Paling penting, bagaimana menyusun maklumat dalam komputer supaya mudah dicari oleh rakan2 kita. tapi, fail syu kadang- kadang berterabur jugak.. pening gak kepala nak cari.. haha. tapi, jadi s/u ni kena lah tahan sikit kadang2 kena marah dgn big boss... tak leh buat keja salah sikit =( tapi, kena fahamlah big boss lagi banyak hal dia nak fikir... hehe. yang penting, bila buat tugasan tu, janganlah berkira.. anggaplah amalan kerja kita tu rezeki dr Allah SWT untuk hambaNya mencari ilmu... =)

cukup x? ke nak syu bercrite lagi? kalau nak, bagitau la.. nnt syu try untuk berkongsi dengan lebih baik k..?

syu lapa la.. nak gi makan dulu eh? hehe..

salam alaik.

Tuesday, September 16, 2008

Alhamdulillah, kebahagiaan masih menjadi milikku hari ini...

Cinta...

Cinta itu milik Allah...

Ibu sayang saya... Ayah sayang saya.... Ayu sayang saya... Semua orang sayang saya... tapi sayang itu milik Allah..

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.....

Ya, Allah sangat menyayangi saya...

Saya terlalu merindui Dia.. saya terlalu merindui kekasihNya, Rasulku....

Saya sentiasa berfikir.. saya lihat, Allah memandang ke arah saya dengan penuh kasih...
Nabi Muhammad Rasulku jua tersenyum sangat manis pada saya.........

Saya merasakan Tuhanku dan Rasulku, berada terlalu hampir dengan saya...

saya bahagia..

Sahabat- sahabatku, saya merasai kebahagiaan.... ketenangan.... kedamaian.... yang tidak kurasakan pada yang lain..

Semalam saya menerima sejambak bunga kekwa.... Saya yakin, Allah memberinya pada saya..... Saya pasti sedih jika bunga itu layu nnt.....

Allah... aku merinduimu sesungguhnya......

Kekalkanlah perasaan Cinta dan sayang ini sehingga aku bertemu denganMu nnt...

Sahabat- sahabat, saya amat berharap kalian seluruhnya dapat merasakan kebahagian seperti yang saya rasakan.... kebahagiaan yang tidak dapat ku ungkap dengan apa jua kata- kata.....

Doakan aku kekal dalam perasaan damai ini......

Amin..