...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Saturday, September 27, 2008

Buat lelaki akhir zaman ini....

Lelaki di akhir zaman ini...

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

-Sekadar renungan -

* Sajak ini ku peroleh daripada seorang sahabat di friendster. dan terus berminat untuk memberinya dibaca oleh semua LELAKI. sungguh, saya juga mencari...........

7 comments:

=azam= said...

andai tidak ketemu seperti yang dicari?

robokop said...

waaaa, byk makan dalaman woo.
nanti aku wat sajak gak
-buat gadis akhir zaman-

Anonymous said...

there are still alot a man kindness ,honest to woman in malaysia here,jangan menidakkan keadaan itu.perempuan yang terlalu takut dan memilih.

Anonymous said...

bagus sajak 2..tapi kalu dituka kepada wanita pun ley digunakn..kalu ikut tanda akhir zaman..perempuan sangat ramai..sangat mudah masuk syurga..tapi paling ramai pilih jalan sebaliknya..renung2 kan yer..kakak..

avicenna said...

salam...begitu indah sajak ni...mungkin masih ada lg lelaki yg seperti diimpikn saudari...cuma Tuhan belum tunjukkan lg...tiba ms nnt insyllh akan ditunjukkn...lelaki yg baik hanya utk wanita yg baik...tp persoalannya skrg bagaimana pula dgn wanita akhir zaman?ku juga sedang mencari

Gaijin said...

bkn semua lelaki zmn skrg mcm tu..
jgn krn sgelintir, trus d persalahkn semua...

perempuan pun apa kurangnya...
bkn mahu mnegakkn benang yg basah atau apa2...

kita x spatutnya mcari ksilapn org lain, patutnya cari n perbaiki klemahan yg kita ada... setiap ciptaanNYA adalah cantik dan sempurna... yg mencorakkn adalah kita sendiri...

setiap insan punya kelemahan tsendiri...

maaf andai komen ni agak keterlaluan...

wassalam..

Farid KurmaBam said...

Bukan lelaki je cik Syuhada, tapi perempuan di akhir zaman ini pun payah benar untuk ku temui yang...