...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, December 6, 2007

Saya Mahu Suami Yang....... =p

Sape nak kahwin?? Angkat tangan!!!! Hehe.. nurul pun angkat tangan jugak lah.. =D

Di sini, nurul nak kongsi 1 artikel yang nurul baru baca dalam majalah Dara.com bulan ni…. Tapi, nak pilih calon suami ni bukannya senang sayang oi…. Lagi2 dalam dunia global sekarang ni.. segalanya tanpa sempadan kan? Tanpa iman terhadap Allah SWT, sudah pasti sikit2 pun kita akan terpengaruh juga… Nurul perhatikan kebanyakan remaja sekarang, asal suka je, asal hensem, ayat manis sikit, terus percaya bulat2.. terus serahkan sepenuh jiwa dan raga.. bagi sentuh sana sini dan sebagai- bagai- bagainye.. dah kenal bertahun2 pun, bila dah kahwin, lain pula jadinya.. . baru la nak mengadu menangis sane sini.. em… macam mana ni ye??

So, di sini, nurul kongsikan sedikit tips macam mana nak pilih calon suami anda!
Nurul pun nak praktikkan lah ni… hehe.. =p

Andai cinta hendak diberi

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti.. Itulah sedikit rangkap lagu Raihan. Lantaran Kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang……..

Jeng, jeng, jengggg!!!!

Kuat agamanya
Biar sibuk macam mana pun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah saw menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredabiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, ‘ kelab malam’, pub dan bar?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia!

Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar kearah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Hmm… carilah yang lain ye!

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

Haaaa…. Itulah dia tips untuk cari calon suami! =D

Kepada wanita, selamat mencuba! Carilah suami yang terbaik untuk masa depan kalian… =D [doakan diriku jua… =)]

Kepada lelaki yg membaca artikel ini, sila penuhi syarat2 ini untuk menjadi idaman dan contoh kepada masyarakat terutama dalam menaikkan kegemilangan agama Islam! =) Anda bakal ketua keluarga yg bakal mencorakkan warna2 ceria atau kelam keluarga anda!

Apa yg baik datang dr Allah swt dan yg buruk dr kelemahan nurul sendiri..

Jzkk.

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

bagus betul lampiran yg dimuatkn kali ini..
saye sebagai lelaki terpanggil juga untuk meneliti dan kalau boleh mengamalkan ciri-ciri tersebut.

Tapi saya ade 1 soalan la, agnyk syuhada ni dah btemu x dgn bakal jodoh seperti yang terdapat artikel ini..hehehe

sekadar btanya..

Anonymous said...

w'salam....

belum ade calon...

isk... iskk.....

siapakah aku.......

wawaaaaa......... ='(

Anonymous said...

salam..waaa..da lama ke wat blog?
aku pon ade, tapi kat friendster la..kat blogspot susah nak komersial,hoho..rajin2 la comment

cuma ade persoalan..jika daku berusaha untuk memenuhi ciri2 di atas, adakah wanita2 yang inign menjadikan aku calon (Ahaks!) akan memenuhi syarat2 menjadi calon isteri?
HOhohoho..

1 more thing..saya sudi menjadi calon,peace! =P

Anonymous said...

w'salam ilmi ppm.. kakakaka..... =p

mane la aku tau.. ko tanye la calon isteri ko nnt.. aku mane la tau sape calon isteri ko ilmi oii......

takde la.. aku baru je buat blog ni.. busan duk rumah.. jadi aku menghabiskan mse aku dgn beberapa aktiviti tak kesahlah samada berpatutan atau tak berpatutan..

lalalaaaa........... hehehe.. =p

Anonymous said...

in progress.. sedang mencari, meneliti.... hmm.. tahle... makin pikir makin pening kpale..

Anonymous said...

Jangan pening syuhada...saya ada..

Farid KurmaBam said...

Takde calon lagi rupanya masa kamu tulis ni. Kamu pernah kata kamu dah ada calon secara terbuka di UiTM dulu.

Kawan saya bagi tahu...

Farid KurmaBam said...

Susahnya nak cari orang yang terbatas pergaulannya. Apatah lagi di UiTM. Johor pulak tu...