...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Sunday, December 2, 2007

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM !

Assalamu'alaykum..

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM

Kali ni ana nk ajak antum semua muhasabah balik diri kita yg bergelar pemuda ni. Adakah semua ciri2 ni sudah tersemat kukuh dlm hati kita dan telah kita jelmakan melalui perbuatan?? peringatan penting buat diri ini..Pemuda adalah harapan setiap bangsa utk mengembalikan keagungan mereka..

Pemuda Islam perlulah:
• Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri (sgt pnting!!)
• Faham dakwah dan cara kerja yang betul (Dakwah kurun ke 15 Hijrah)
• Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM- (5:3) manusia sdg mnuggu2 kita..
• Ianya perlukan pengorbanan (rujuk kisah Seerah Nabi dan Sahabat) pgorbanan dr segala sudut
• Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng, tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam.

Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori)
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali)
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama (manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga syahid!!

Slogan & keyakinan kita :
• " Allah matlamat ~ Rasul Ikutan ~ Quran perlembagaan ~ Jihad jalan ~ Mati syahid cita-cita tertinggi "
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.
Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)

Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas
• Menjadi pemerintah dunia (Ustaziyyatul 'Alam)
*Tak boleh pilih2..semua perlu dicapai..

--------------------------------• Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin ke arah ini maka sila cari cara & jalan lain.
• Kita bukan lemah (3:173)
• Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll. Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
• Orang Islam ialah: " PENDITA dimalam hari dan SATRIA disiangnya "
• Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
• Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
• Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita. (kebenaran yg tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun!!)
• Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam (tajarrud)
• Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)

p/s: terasa byk sangat yg perlu diperbaiki.. ana teringat kata2 dr penulis buku "al-munthalaq" karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid yg dibacakan oleh penceramah semasa ana mengikuti sebuah tamrin yg mengatakan putera-puteri Islam kini telah diasuh dari seekor ANAK SINGA yg GARANG menjadi seekor KIJANG yg PENGECUT. Ana petik sedikit ayat beliau yg menarik ini:

" Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mereka asuh anak anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama', ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam. Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya..! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.."

Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama' kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Realitinya memang benar2 terjadi kerana kita remaja kini telah disibukkan dengan hal-hal yg remeh-temeh dan malahan yg paling mengecewakan ianya tiada lgsung berkaitan dgn Islam. Memang tidak dinafikan, jika anak2 kijang ini ditegur, alasan demi alasan akan diberi semata-mata utk mengiyakan apa yg telah mereka perbuat tu. Dan yg lebih dasyat lagi sehingga ada yg cuba berselindung disebalik nama dan hukum-hakam Islam melalui secebis ilmu yg mereka perolehi. Alangkah hinanya kita jika menjadi salah seorang dr pencemar2 Islam itu sendiri.

Allahu ta'ala a'lam..yg baik 2 dtg dr Yg Maha Esa dan yg lemah itu adlh diri ini sndiri..
tegur jika silap..

Jzkk..

sumber: group permasuitmj

2 comments:

Anonymous said...

Salaam alaikum w.b.t. Apa kabar wahai ukhti Syuhada? Hehe mesti x kenal saper saya kn? Ape2 je laa :D

Neway, ambe dah add link blog anti ke blog ambe. Bagus usaha anti, selamat berblog. Semoga success belaka dunia akhirat, jazaakillahi khoirol jazaa', baarokallahu lakum :)

http://hikmatun.wordpress.com

Anonymous said...

ana buat blog ni suke2. hehe.. disamping tu insyaAllah ana cuba lah masukkan input2 yang berguna..

neway thanks ya... =)