...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Thursday, April 30, 2009

Ah.... aku tak layak berdakwah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat kurniaanNya yang masih seluruh alam dapat menikmatinya hingga saat ini.

"Ah.. aku tak layak berdakwah! diri aku ni bukannya betul sangat!! aku masih jahil ilmu untuk disampaikan! aku bukan bertudung labuh atau berkopiah!!"

Seringkali alasan sebegini kita dengar, saya sendiri. bisikan- bisikan ini seringkali hadir dalam perjalanan menyampaikan Islam.

sahabatku....

"Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu." - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

"Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari" -Hadis Riwayat Al- Tabrani

"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepada-Nya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan(kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini." -Surah Muhammad: 38

Allah menyuruh kita memikul amanah sebagai da'e dan Allah melarang kita berputus asa daripada rahmat-Nya.

Sahabatku...

"Tawaduk suatu sifat terpuji. Perasaan tak mampu dan tak layak memang perlu ada dalam diri kita tapi apabila ia terlalu menguasai diri, itu bukan tawaduk lagi namanya sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja mulia ini." -monolog umi kpd anaknya, Asiah Yusra, novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha.

Saling mendoakan dan memperingati ya... =)

wallahu'alam.

8 comments:

Farid KurmaBam said...

Berdakwah, Berdakwah, Berdakwah! Aku ni bukannya baik sangat pun! Berdakwah, Berdakwah, Berdakwah! Aku ni bukannya warak pun! Berdakwah, Berdakwah, Berdakwah!
Aku bukan pelajar aliran agama pun!

Berdakwah tetap berdakwah!

Cabang dakwah ni banyak...

Hiburan pilihan aku...

Anonymous said...

ya farid, pelbagai method yang boleh kita gunakan dalam perlaksanaan dakwah ni.. moga segala jalannya dipermudahkan... amin.. =)

bersamalah istiqamah.. saling mendoakan ya...

Anonymous said...

ya farid, pelbagai method yang boleh kita gunakan dalam perlaksanaan dakwah ni.. moga segala jalannya dipermudahkan... amin.. =)

bersamalah istiqamah.. saling mendoakan ya...

MuJaHiDaH SyUhAdA iLYa NaTaSya said...

anonymous tu syu taw. hohoo... ntah nape tenet ni...

Farid KurmaBam said...

Iya, aku juga harap aku bisa terus istiqamah dalam dakwah ku.

Syuhada, kalau kau boleh tulis puisi Islami atau tulis lirik yang berunsurkan Islam ke, send ke aku OK. Kalau ada kawan-kawan kau yang boleh, suruh diorang hantar jugak ye....

Soal royaltinya kita bincang kemudianlah ye....

faridkurmabam@live.com

Hantar banyak2 OK, temanya tentang Islam umumnya, cinta boleh(jangan jiwang sangat), teman boleh, ibu bapa boleh, persaudaraan boleh, munajat boleh, taubat boleh, muhasabah boleh, perjuangan boleh, dan dll...

Pastikan yang asli korang punya OK, jangan ciplak yang orang pulak!

Ok ye Syuhada, Take Care....

joegrimjow said...

istiqamah jgn lupew

Anonymous said...

salam ziarah,
saudara farid penyanyi ke?
mantap2.. org2 ni la yang kite perlukan utk usaha ni..
xnak la org2 yang komited agama ni skit2 ustaz,
xpun professional mcm doktor n engineer..
nak gak penyanyi professional pun dalam bidang ni..

biar nyanyi alunkan semangat jihad. kobarkan pengorbanan..

pening gak asyik tgk lagu nasheed melayu mendayu2 xtentu hala. bukan perkecil perjuangan mereka. sbb faham mereka nak hidup pun susah dgn market yg kecil.

harapnya dgn golongan pedakwah dalam bidang hiburan spt penyanyi, pelakon dan pengarah boleh mencetus fenomena baru industri tanah air. kami dari jauh ni sentiasa mendoakan..

lihat hasil dakwah saudara kita di Indonesia.. mereka mendekati rakyat dgn nasheed dan filem.
lihat sahaja sang murabbi atau penyanyi nya izzatul islam.. hebat bukan.. karya mereka utk bangunkan rakyat yang lesu, penat dgn dunia. yela indonesia bukan macam kita. sume org mcm hidup ok. mereka byk merempat dan fakir (walau byk rumah agam). lagu2 begitu menyuntik semangat dakwah mereka. laju je dakwah kat indonesia. Partai keadilan sejahtera dah no 4 pun kat indonesia. alhamdulillah..

Apapun moga berjaya kepada tuan blog dan encik farid.
Barakallahu fik.

Ferdaus Tahar
Rathmines, Dublin

Farid KurmaBam said...

O tidak, saya bukanlah penyanyi... Cuma '(*)composer' yang positif. Karna itu saya minta jika ada sesiapa yang bisa menulis puisi atau lebih baik lagi lirik yang bernafaskan Islam agar bisa 'send' kepada saya di

faridkurmabam@live.com

Mungkin juga saudara Ferdaus Tahar bisa menulis lirik...

Send it to me...

*Will be

FARID KURMABAM
Serambi Mekah, Malaysia