...:: demi masa ::...

...:: demi masa ::...
"Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang
beriman,

dan mengerjakan amal
soleh

dan berpesan-pesan dengan
kebenaran serta kesabaran."

Friday, September 19, 2008

Kisah kos yang saya pelajari dan hidup sbg setiausaha.. (especially to saerah..)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai melaksanakan terawikh malam ke 19.. sudah nak masuk fasa yang ke 3.. Berdoalah semuanya moga ketemu dengan malam LailatulQadar...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Penulisanku ini kuhadiahkan buat sahabatku Saerah.... hehe.. Saerah memintaku bercerita sedikit mengenai kos pembelajaranku jua tugas sebagai setiausaha.. =) moga Allah membantuku dalam perkongsian ini..

Hmm.... buat pengetahuan Saerah, syu belajar di UiTM Johor dan mengambil jurusan Diploma in Business Studies.. Dulunya, semasa sekolah, syu dalam aliran sains tulen. Langsung tiada pengalaman dalam akaun. syu pun tak expect langsung kos business ni rupanya kena belajar akaun dan hal- hal perniagaan. pada asalnya, memang susah nak terima tapi lama- kelamaan business adalah suatu yang amat menyeronokkan! =D

Antara yang syu belajar dalam kos business ni, contohnya.. account, finance, hal2 mengenai komputer, public relation, operation behavior, operation management dan macam2 lagi.. semuanya sangat berguna untuk business. tapi, saerah mestilah kreatif untuk mencipta bisnes. bukan sekadar belajar sahaja. itu untuk menjadi seorang business woman yang berjaya lah. mahu buka perniagaan sendiri, kena pandai cari peluang. Tapi, kalau taknak bukak bisnes pun, banyak cabang saerah boleh sambung masa degree nanti. contohnya, saerah boleh ambil kos bachelor marketing, finance, islamic banking, international business dan sebagainya.

kalau syu, syu lebih suka buka perniagaan sendiri. doakanlah syu... selagi ada kemahuan, disitu ada jalan, insyaAllah... =)

setakat di universiti, ada beberapa business syu pernah try.. antaranya, buka gerai di minggu usahawan(jual roti rock! dll.. hehe), siswanet membership(talian celcom postpaid), pek universiti celcom, brooch, kerepek, emm.. ape lagi ya? syu dah tak ingat.. hehe. banyak yang syu belajar dr pengalaman.. apa yang kita belajar, kita praktikkan, baru seronok! hehe. lagi2, kos ni takde praktikal sepertimana kos2 yang lain. jadi, kena la cipta praktikal sendiri =)

hm, baru teringat.. saerah pernah dengar tak perniagaan francais? masa syu semester ke-3, syu berpeluang ke program francais di The Zone Hotel, JB... di sana, ramai francaiso yang menawarkan perniagaan francais. at the last program, syu isi borang ujian psychometric.. kalau kita pass ujian ni, kita akan dipanggil interview untuk belajar di institut IKRAM, Bangi selama lebih kurang 6 minggu dan kita akan terus dapat buka perniagaan francais mengikut pilihan kita dan akan diberi loan sebanyak 90%! kita juga akan diawasi&dijaga perniagaan kita oleh francaisor selama setahun sebelum kita bergerak sendiri. best kan?

Dan, alhamdulillah, syu berjaya dalam ujian tu, dan dipanggil interview.. jumpa lecturer, bincang nak buat bisnes ape, sampai syu rasa nak bukak bisnes dan jadi student PJJ(belajar sambil bekerja).. tapi, bila bincang2 dengan ibu syu, ibu syu kata habiskan belajar dulu dan syu pun rasa masih banyak tanggungjawab sebagai mahasiswa yg belum selesai.. jadi, syu tak pergi interview tu...

hmm.. buat pengetahuan saerah, Malaysia sememangnya sedang berusaha kearah melahirkan lebih ramai usahawan2 melayu di negara kita.. jadi, banyak sangat peluang untuk kita sebenarnya.. kalau takde idea nak bukak bisnes pun, bukaklah francais.. boleh dapat pengalaman dulu.. kan?

hmm.. ok lah, sekarang syu nak cerita tentang tugas sebagai setiusaha pulak.. =)

hmm.. alhamdulillah, dah hampir 2 semester syu pegang jawatan sebagai setiausaha mpp di kampus UiTM Johor.. Tugas sebagai setiausaha, syu kenalah ikut YDP kesana kemari meeting.. kalau takde YDP, syu kena ganti.. kehulur kehilir, kesana kemari... sampaikan syu rasa bila nak ke UiTM Shah Alam atau KL tu dah macam nak balik kampung tiap minggu je.. huhu.. tapi kadang2 YDP pergi sendiri.. selain dari tu, tugas sistem filing, surat menyurat, minit mesyuarat, laporan dan sebagainya. selain itu, kita juga kena alert pada tarikh- tarikh penting dan ingatkan pada rakan- rakan seperjuangan yang lain melalui sms atau tulis pada whiteboard di pejabat mpp.

Tapi, disamping syu sebagai setiausaha di kampus, syu juga baru sahaja semester ini memegang jwtn sebagai ketua sekretariat unit rakan muda.. jadinya, kadang- kadang syu agak busy dengan tugas ini. alhamdulillah, naib setiausaha banyak membantu... saerah pasti tahu kan tugas setiausaha memang agak berat dan banyak juga tugasnya. tapi, kita akan berkenalan dengan lebih ramai orang sebab banyak 'berutus surat' dan berhubung dgn orang luar.. hehe.

Paling penting, bagaimana menyusun maklumat dalam komputer supaya mudah dicari oleh rakan2 kita. tapi, fail syu kadang- kadang berterabur jugak.. pening gak kepala nak cari.. haha. tapi, jadi s/u ni kena lah tahan sikit kadang2 kena marah dgn big boss... tak leh buat keja salah sikit =( tapi, kena fahamlah big boss lagi banyak hal dia nak fikir... hehe. yang penting, bila buat tugasan tu, janganlah berkira.. anggaplah amalan kerja kita tu rezeki dr Allah SWT untuk hambaNya mencari ilmu... =)

cukup x? ke nak syu bercrite lagi? kalau nak, bagitau la.. nnt syu try untuk berkongsi dengan lebih baik k..?

syu lapa la.. nak gi makan dulu eh? hehe..

salam alaik.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum w.b.t... semoga sihat dan bahagia selalu. Alhamdulillah, bagus dan slmt bertugas dengan tekun sentiasa.

OO anda seorang alumni ESQ yer, bagus2, teruskan jika ianya mendatangkan manfaat dalam hidup anda. Saya tahu gitu2 jer, x pernah belajar pun ESQ2 ni....... Slmt puasa, berbuka, terawikh, baca Quran dsbnya .......

Anonymous said...

cubalah pergi ke esq trainign tu... =)

Unknown said...

Nak tanya pasal business la saya baru nak amik spm whatsapp saya pls 016-5279794 tq

Anonymous said...

Nak tanya course bussiness at least nak berapa result spm ?

Anonymous said...

Boleh cerita tak macam mane boleh jd s/u ..kne amek kos ap..tak phm la..

Unknown said...

saya amik course business management. baru nk start sem 1. bole beri tunjuk ajar takk. bantulah sy

Unknown said...

saya amik course business management. baru nk start sem 1. bole beri tunjuk ajar takk. bantulah sy